Amerika Syarikat sedang mempersiapkan sebuah rancangan dan
senario yang mengancam tanah suci Makkah dan Madinah. Negara Barat itu
merancang perang kemusnahan dengan menggunakan bom atom terhadap Makkah dan
Madinah. Ini merupakan langkah deteren terhadap negara-negara Islam yang
menjadi ancaman bagi Amerika Syarikat.
Tentera Amerika Syarikat dilaporkan sedang mempersiap dan
melatih para pemimpin masa depan bahawa perang terhadap umat Islam di seluruh
dunia sangat diperlukan, bertujuan melindungi Amerika dari ancaman pengganas
Islam, seperti dilaporkan oleh BBC baru-baru ini.
Berita yang dikeluarkan oleh BBC itu mengatakan, bahawa
tentera Amerika sedang mengajar para pemimpin masa depan yang akan melakukan
perang besar melawan 1.4 billion umat Islam di seluruh dunia.
Sekolah yang mendidik para pemimpin masa depan itu, seperti
diungkapkan oleh seorang bekas tentera yang mengajar di Sekolah Staf Gabungan
Angkatan Bersenjata di Norfolk, Virginia.
Sekolah dan pendidikan tentera yang dikhususkan kepada calon
pemimpin masa depan itu, termasuk menggunakan cara seperti Amerika Syarikat
menghadapi Jepun dengan mengebom Hiroshima.
Mereka diajarkan ilmu peperangan, termasuk bagaimana
menghapus seluruh kota dan pekan kecil di negara-negara Islam, serta
kemungkinan menggunakan senjata nuklear, terhadap kota-kota suci Makkah dan
Madinah.
Pesara tentera di Norflok, Virginia itu, mengatakan bahawa
tidak ada konsep Islam sederhana. Beliau turut
mengatakan, keseluruhan agama (Islam) itu harus dianggap sebagai musuh
melawan Amerika.
"Mereka membenci segala sesuatu yang anda perjuangkan
dan tidak pernah akan hidup berdampingan dengan anda, kecuali anda serahkan
Amerika,", ungkap instruktur Angkatan Darat, Letkol Matthew Dooley, dalam
ceramahnya di Sekolah Tinggi Staf Gabungan Angkatan Bersenjata di Norfolk.
Dooley mengatakan teori perang yang baru sudah menganggap
“tidak relevan lagi teori” bahawa Konvensyen Geneva yang menetapkan standard
dari konflik bersenjata.
Rencana perang itu ingin menjadikan negara seperti
"Arab Saudi terancam kelaparan ... kota-kota suci Islam, di antaranya
Makkah dan Madinah di Arab Saudi "dihancurkan" secara keseluruhan.
Itulah rancangan masa depan para pemimpin masa depan Amerika Syarikat, dan
mereka akan lahir dari lembaga tentera tertinggi di Norfolk, yang menjadi
markas operasi mereka.
p/s : Ingat senang-senang je nak bom.. jahanam punya US.
Sumber : Here
27 comments:
ALLAH akan melindungi mekkah&madinah....
hehe...1st...
akhir zaman
Alah,nanti bila nak serang dah kena balasan Allah,tunggu dan lihat :)
Tak sempat nak pasang bomb dah kena balasan :)
kiamat sudah dekat...
sebelum diowg nk bom mekah ngan madinah .. biar aq bom diowg dulu..
takkan berjaya punya..berangan jelaa ko amerika..
us nak tunjuk kuat..@amilism.blogspot.com
meh sini bom mekah.. biar burung ababil datang lg...
org besar2 usa kan, majoriti yahudi/ freemason/illuminati.
lahanat.
@:Aku percaya mekah & madinah dlm lindungan Allah.. Allahuakbar..
makin hari kita semakin dekat dengan hari perhitungan..
kita semakin dekat dengan hari kiamat, kalau kita hanya mengahrap Allah, tanpa berusaha
Us....Jgn senjata mkn tuan sudah la....uhuk2
Aku ada terbaca Artikel tentang Kota Mekah.Pusat Gravity tertinggi adalah di kawasan kaabah.So memang susah kalau BOM atau Missile nak masuk dalam kawasan tu sebab kuasa Magnetik tertinggi berada di kawasan tersbut.Sebab tu banyak dengar cerita tentang orang yang mulanya sakit bila sampai tanah suci Mekah terus sihat.Allahuakbar!!!!
BILA BERLAKU KEMUSNAHAN DI KOTA SUCI ITU... BERMAKNA KIAMAT BENAR2 HAMPIR... SUDAH BERSIAP KAH KITA?....
subhannallah..
nak jadi cam abrahah jugak....wait n see
try la wat cmtu.. tgk mcm mane Allah balas.. Suka ati mak bapak us je.. Jgn lah risau wahai sahabat sbb mekah merupakan tmpat untuk org Islam berlindung drp Al-Masih Dajjal..
memang betul dunia akhir zaman...tapi diantara pengkomen-pengkomen diatas cuba anda lihat diri anda...sudahkah anda menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam..sekiranya sudah alhamdulillah...renung2kan selamat beramal......
Pihak yg keluarkan artikel kata US nak serang nih mmg buta ilmu politik, ilmu ketenteraan n ilmu kemanusiaan... bkn kata admin or blog nih ekk... tapi BBC... hehehe....
Kalo betul US nak istihar perang kat Mekah... die bakal terima tentangan dari seluruh Ummat Islam seluruh dunia... sekarang nih ancaman dieorg just org arab.. tapi dieorg yg bodo kata semua org arab tu org islam....
ps :- sorry admin... bkn kata admin or blog nih yee....
ini adalah antra petanda besar hari kiamat..ia mengingatkan kita umat islam agar sentiasa berada di landasan Allah dan meninggalkan laranganNya..Allah melindungi hamba2Nya yang mengikut perintah Allah.
Semoga ALLAH meRAHMATI & meLINDUNGI semua umat ISLAM di dunia ini...AMIN...
kalo tak silap aku, pernah terbaca yang mana dajal akan masuk setiap pelusuk didunia ini dan memusnahkan org yang beriman, mana kala org yang taat akan perintah dajal akan dibiarkan hidup. Dajjal akan masuk kesetiap tempat dimana ada masjid kecuali masjid masjidil haram..
ni msti kerana sifat2 pak arab yg agak bongkak dan kasar..
manakala aku dsini sedikit pun tidak gentar malah sentiasa mempersiapkan diri dengan segala tindakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh membawa kepada peperangan kelak.
Era kebangkitan Imam Mahdi hampir tiba
allah tetep akan melindungi kota suci mekah..mekah dan madinah adalah tempat suci..jangan harap amerka nak serang..
Post a Comment