Kongsikan Entri Kami

Friday 25 May 2012

OMG : Adik, Kenapa Masukkan Kepala Kat Situ? (Gambar)


CEMAS...orang ramai cuba mengeluarkan kepala Farah Fitrina (dalam bulatan) yang tersangkut di jeriji pintu pagar.

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam. Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.

Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.

p/s : Kepada mak bapak sekalian, jagalah anak anda dengan sebaiknya.. 

Sumber : here

 

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st sudu utk 1 lauk

Anonymous said... Best Blogger Tips

2 sudu utk 2 lauk

Anonymous said... Best Blogger Tips

3 sudu pasti ad yg burthurt..tq

Anonymous said... Best Blogger Tips

4 sudu utk 4 sudu dan seterusnya

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 19:07
burthurt or butthurt?:P

Yanie Oranie said... Best Blogger Tips

aishhh macam2

Anonymous said... Best Blogger Tips

dia ni tgk gambar bdk kat cina yg tersangkut tu kot, jd dia tiru la

Anonymous said... Best Blogger Tips

dah jadi macam lembu dah aku tengok...TUKAQ KERAJAAN!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...