Kongsikan Entri Kami

Thursday, 8 March 2012

OMG : Minum Air Kencing Unta Untuk Ubati Penyakit (4 Gambar)


Unta memang terkenal dengan susu dan dagingnya yang berkhasiat. Tapi tahukan korang yang kencing unta juga berkhasiat dan boleh digunakan untuk berubat? Kencing unta dikatakan boleh dijadikan ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kencing unta 250 mililiter dijual dengan harga 100 riyal .

Satu botol susu unta dengan ukuran 500 mililiter dihargai 5 riyal. Unta-unta ini diberi makan rumput serta roti. Bila dijual, unta yang besar dijual sekitar 12 ribu hingga 15 ribu riyal. Yang kecil pula sekitar 5 ribu hingga 7 ribu riyal.




Boleh ke minum kencing unta ni? Bukan ke kencing tu najis? Jom kita baca artikel kat bawah ni pulak. Ini merupakan soal jawab. 

"Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari #2855, Muslim #1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi S.A.W menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat.

Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].

Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”

Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. WA."

-Mohd Masri

Sumber : Here




10 comments:

yu (24) said... Best Blogger Tips

thanks for info...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak lalu aku nak minum...

Anonymous said... Best Blogger Tips

xsanggup nak minum tp ubat-ubatan kebanyakkannya dari binatang jugak...(kakcik)

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalo xde alterntif laen untk mengubat penyakit, telan lah air kencing unta pun..
lagipun jumhur ulama dah mengeluarkan fatwa

Anonymous said... Best Blogger Tips

silap plak...jumhur fuqaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

check btol2...blogers ni bodoh..main copy paste jer..semuo campur aduk blog ni...semua ado info...

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 17:36 skurg2nye bloggers ni rjin la jgk cri info..ko 2 ape ade..lyn blog org pas2 nk ckp org 2 bdo lak..ko 2 yg bdo..

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku dh cek kt internet mmg hadis tersebut betul2 sahih..ambik yg baik buang yg x baik..

firdaus zainal said... Best Blogger Tips

anon 17:36 bodo

Anonymous said... Best Blogger Tips

darurah tu bil mahzuroh~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...