Seorang lelaki yang bernama Brett Cohen telah menjalankan satu eksperimen sosiologi atau lebih mudah disebut sebagai prank. Aim beliau ialah ingin merasa bagaimana menjadi seorang yang terkenal. Apa yang beliau buat ialah memakai pakaian seperti seorang selebriti, menyewa beberapa orang bodyguards, jurugambar, pembantu dan paparazzi. Jom tengok hasilnya dalam video kat bawah ni.
Gambar di bawah menunjukkan bas Citroen U55 Cityrama Currus yang direka dan dibuat oleh pembuat bas terkemuka dari Perancis, Currus pada tahun 1950an. Ia digunakan sebagai bas pelancong untuk melawat di sekitar Paris 60 tahun dahulu. Rekaan ini memang futuristik pada zaman itu.
Berikut merupakan beberapa gambar bunga yang sangat cantik diambil oleh jurugambar bernama Robert Buelteman. Apa yang menarik tentang koleksi gambar ini adalah beliau mengalirkan arus elektrik yang sangat kuat iaitu 80, 000 volts kepada bunga berkenaan lalu diambil gambarnya. Ia adalah sesuatu yang sangat bahaya tapi hasilnya sangat menakjubkan.
Setiap orang pasti mengidamkan untuk memiliki rumah mereka sendiri. Tak kisah la rumah kecil atau besar asalkan dapat tinggal dengan selesa dah cukup baik. Tapi harga rumah dan hartanah yang semakin meningkat membantutkan hasrat ramai orang untuk memiliki rumah mereka sendiri. Post kali ini kami nak kongsikan gambar rumah paling kecil di dunia bersaiz 1m².
Bota Bota merupakan nama bagi sebuah feri yang terdapat di St Lawrence, Montreal. Feri ini telah diubahsuai menjadi sebuah Spa seluas 3000 meter persegi yang bergerak di atas air.