Kongsikan Entri Kami

Sunday, 5 August 2012

Sejarah : Restoran McDonald's Pertama Di Malaysia (Gambar)


Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.

Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!

Selain Big Mac, restoran McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.

Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Info tambahan:

Menurut buku Rojak Fakta Malaysia (ZI Publications, 2011) sebuah lagi restoran makanan segera terkenal, Burger King, juga telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982, iaitu di Plaza OUG, Kuala Lumpur.

Restoran makanan segera terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A & W di Batu Road, Kuala Lumpur pada 1961 diikuti oleh Kentucky Fried Chicken di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1973.


Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Restoran McDonald's Pertama Di Malaysia (Gambar)"

OMG : [Video] Apabila Dua Sahabat Terpancing Sotong Kurita


Pada suatu petang yang hening, dua orang sahabat pergi memancing menggunakan kayak seperti yang mereka selalu lakukan pada setiap petang. Ketika sedang asyik memancing, tiba2 salah seorang daripada mereka telah mendapat suatu yang amat berat pada kailnya. Rupa-rupanya, dia terpancing seekor sotong kurita yang besar. Begitulah kesudahan cerita ini. sekian.


p/s : Amacam? best tak karangan kat atas? hee

Sumber : Here
Read More.. "OMG : [Video] Apabila Dua Sahabat Terpancing Sotong Kurita"

Cool : Mari Jenguk Ke Dalam Studio Animasi Pixar Di California (18 Gambar)

Studio Animasi Pixar merupakan sebuah studio yang telah menghasilkan banyak filem animasi seperti Finding Nemo, Up dan Toy Story 3. Studio utama Pixar terletak di Emeryville, Califronia. 



 Sumber : Here
Read More.. "Cool : Mari Jenguk Ke Dalam Studio Animasi Pixar Di California (18 Gambar)"

Kreatif : [Video] Apakah Erti Kemerdekaan? Oleh Anak-Anak Malaysia

Apakah Erti Kemerdekaan? Oleh Anak-Anak Malaysia.
pembikinan video ini sangat kreatif.



Read More.. "Kreatif : [Video] Apakah Erti Kemerdekaan? Oleh Anak-Anak Malaysia"

Serius : Lelaki Dan 'Teman Wanita' Yang Cantik Tapi Pelik (12 Gambar)

Lelaki Dan 'Teman Wanita' Yang Cantik Tapi Pelik.
Ke mana dia pergi di situ ada teman wanitanya. Tetapi tak pasti kenapa dia boleh cinta teman wanita ini.. namun kalau mereka bahagia, so what?

Read More.. "Serius : Lelaki Dan 'Teman Wanita' Yang Cantik Tapi Pelik (12 Gambar)"

WTF : Wanita, Kenapa Anda Konfiden Sangat Nak Guna Legging Ketat? (Gambar)

Wanita, Kenapa Anda Konfiden Sangat Nak Guna Legging Ketat?
memang tak salah nak pakai apa saja cuma admin rasa kadang-kadang kita juga perlu pakai sesuatu yang tidak menyeksa diri serta mata orang lain.


Read More.. "WTF : Wanita, Kenapa Anda Konfiden Sangat Nak Guna Legging Ketat? (Gambar)"

Cool : Natalia Partyka, Gadis Ini Akan Menaikkan Semangat Anda (8 Gambar)

Natalia Partyka, Gadis Ini Akan Menaikkan Semangat Anda.
Kenal tak si gadis ini? Mesti ramai tak lagi mengetahui siapa si dia tetapi dia bakal menaikkan semangat anda. Kenapa? Menjadi OKU bukan satu alasan untuk dia mengharumkan nama negara dalam pelbagai temasya sukan termasuk Sukan Olimpik London yang kian hangat berlangsung.
Natalia Partyka adalah gadis yang dilahirkan pada 27 julai 1989 di Poland. Dia dilahirkan tanpa tangan dan siku kanan. Tetapi dia tidak menjadikan itu alasan untuk menceburi sukan ping pong di mana dia telah mulai menyertai pelbagai temasya sukan untuk OKU serta paralimpik. Kini dia juga menjadi atlit dalam Sukan Olimpik London 2012.

Pencapaian Natalia Partyka :
1999 : pingat emas di Disabled World Championships.
2000 : Summer Paralympics di Sydney
2004 : Athens Paralympics - 1 pingat emas dan 1 pingat perak.
2004 : ITTF European Paralympic Championships : 2 pingat emas.
2006 : European Paralympic Championships : 3 pingat emas.
2006 : IPC Table Tennis World Championships : 1 pingat emas dan 2 pingat perak.
2007 : European Paralympic Championships : 3 pingat emas.
2008 : Summer Olympics dan Summer Paralympics di Beijing : 1 pingat emas.
2012 : Sukan Olimpik di London 



Read More.. "Cool : Natalia Partyka, Gadis Ini Akan Menaikkan Semangat Anda (8 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...