Kongsikan Entri Kami

Saturday 14 July 2012

Berita : Gurauan Bodoh Yang Membawa Padah (Gambar)


China – Gara-gara bergurau tidak kena tempat, seorang budak lelaki berusia 13 tahun cedera parah selepas dua lelaki memasukkan pam angin yang digunakan di bengkel baiki kenderaan, ke dalam duburnya.

Akibat perbuatan bodoh, Du Chuanwang, dari Shandong cedera parah termasuk mengalami pendarahan dalaman dan kegagalan organnya berfungsi. Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika remaja berkenaan sedang membantu mekanik membaiki kereta di sebuah bengkel.

Menurut doktor, tekanan udara di bahagian abdomen amat kuat menyebabkan kaki Du bertukar menjadi biru.

“Kami terpaksa membelah perutnya untuk mengeluarkan gas tersebut dan selain itu usus kecilnya juga mengalami pendarahan teruk,’’ kata doktor. Kecederaan parah itu juga menyebabkan Du koma selama seminggu .

Dua lelaki tersebut telah ditangkap dan mereka mendakwa perbuatan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada gurauan. Mereka mendakwa memasukkan pam itu ke dalam lubang dubur Du selepas dia ditolak ke tanah.

Sementara itu, Du kini dipindahkan daripada unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Shangdong ke Hospital Kanak-Kanak di Beijing. Biarpun keadaan Du kini stabil namun usus kecilnya, paru-paru dan hidungnya dijangkiti bakteria yang teruk manakala gegendang telinganya juga cedera parah.

Du dihantar bekerja di bengkel tersebut selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu. Memandangkan pemilik bengkel itu merupakan rakan keluarganya, maka dia diharapkan dapat membimbing Du biarpun Du tidak dibayar gaji, hanya diberikan pakaian dan makanan.

Bagaimanapun kemiskinan yang melanda keluarga Du menyebabkan mereka tidak mampu membayar kos rawatan yang setakat ini berjumlah 100,000 yuan. Namun mujurlah ada kumpulan NGO yang sedia membantu selain persetujuan daripada pemilik bengkel itu untuk menanggung 60 peratus kos perubatan remaja malang tersebut.

p/s : Bergurau pun agak-agak la.. gila btol.. 

Sumber : Here



7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

sian btol bdak 2....da la miskin,pas2 kne buli smpai mcm 2 skali...

cina bukit said... Best Blogger Tips

sebab tu cina yang duduk malaysia kene besyukur duduk sini tak miskin

Anonymous said... Best Blogger Tips

budak2...what do u expect? orang melayu y dduk malaysia pn kena bersyukur...smua orang kena bersyukur...apa la masalahnya cina bukit

Anonymous said... Best Blogger Tips

penah jd kt sedare aku..kwn2 melawak masukkan paip yg isi angin tayar lori lam suar pakcik aku..niat melawak gak..nng teruk la..skang ni pakcik aku kurus kering tinggal rangka je

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian kat budak tuh ....

Anonymous said... Best Blogger Tips

ini serius!!!!!----kakcik----

Anonymous said... Best Blogger Tips

=( kesian...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...