Kongsikan Entri Kami

Saturday 10 August 2013

Horror : [Video] Saat Sebuah Bas Pelancong Dilanggar Treler Di China


Sebuah bas yang membawa pelancong telah mengalami kemalangan di Fulin, China. Bas yang membawa 23 orang pelancong itu sedang melakukan reverse di tengah highway lalu dilanggar oleh sebuah semi-trailer dari belakang. Trailer yang dipandu laju itu telah melanggar dan menyebabkan bas tersebut berpusing beberapa kali. Pemandu bas dilaporkan mati di tempat kejadian manakala beberapa orang penumpang bas cedera parah. Jom kita saksikan video yang diambil oleh kamera di dalam bas tersebut.


p/s : GIler ah.. 

Sumber : Here
Read More.. "Horror : [Video] Saat Sebuah Bas Pelancong Dilanggar Treler Di China "

Amazing : Anjing Laut Crabeater Dan Giginya Yang Unik (3 Gambar)


Crabeater Seal atau anjing laut Crabeater ini boleh ditemui di kawasan Antartica. Haiwan ini mempunyai gigi yang sangat unik. Jom kita tengok. 


Sumber : Here
Read More.. "Amazing : Anjing Laut Crabeater Dan Giginya Yang Unik (3 Gambar)"

Info : Gaji CEO-CEO Dan Orang-Orang Besar Di Malaysia (2 Gambar)


BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA

Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Setelah bergelar MENTERI

Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.

PEMIMPIN TERTINGGI
Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.

    Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
    Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
    Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
    Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan

GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :

    Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
    s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
    Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
    US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
    Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameroon
    £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
    Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd
    AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]

1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)

2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)

3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)

4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)

5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)

Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

Diantara CEO syarikat GLC kta negara gaji yang paling banyak sekali..

1, NAMA : DATO' SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH

JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00


2. NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL

JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta

Sebulan – RM425,000

Sehari (8jam) – RM14,166

Sejam – RM1,770

Seminit – RM29.51

Sumber : Here
Read More.. "Info : Gaji CEO-CEO Dan Orang-Orang Besar Di Malaysia (2 Gambar)"

Wednesday 7 August 2013

Info : Kenapa Lampu Isyarat Berwarna Hijau, Kuning & Merah? (3 Gambar)


Selama ini ketika kita berhenti di lampu isyarat, pernahkah anda terfikir kenapa warna lampu isyarat di seluruh negara ialah merah, kuning dan hijau?

Pada permulaannya, lampu isyarat digunakan untuk keretapi dengan warna merah sebagai berhenti, hijau sebagai berhati-hati dan putih ialah bergerak. Namun, ia memberikan masalah apabila bekas warna lampu isyarat tertanggal yang menyebabkan pemandu keretapi mengangap isyarat sebagai putih iaitu bergerak. Keadaan di waktu malam juga berbahaya kerana ada yang tersilap melihat bulan penuh sebagai lampu putih dan sukar dilihat pada siang hari.


Akhirnya lampu isyarat di jalan raya diperkenalkan dengan warna merah dan hijau sahaja di London pada 1868 dengan menggunakan lampu gas. Ia diperkenalkan oleh J.P. Knight dan dibina oleh syarikat jurutera keretapi Saxby & Farmer. Namun, lampu ini mudah meletup dan mengakibatkan polis yang mengawal lampu isyarat cedera. Oleh itu, lampu isyarat tidak digunakan sehinggalah lampu isyarat beroperasi menggunakan mentol elektrik.


Lampu isyarat elektrik dibina pada 1912 oleh Lester Wire, seorang anggota polis di Amerika Syarikat dengan menggunakan warna merah dan hijau. Akhirnya warna kuning ditambah bagi memberi maksud berhati-hati serta mengatasi masalah lampu putih yang mudah mengelirukan pemandu. Pada 1923, Garrett Morgan mempatenkan versi lampu isyaratnya yang akhirnya dibeli oleh syarikat General Electric dengan harga USD 40 000.

Pada masa ini, lampu isyarat telah dipertingkatkan dengan menggunakan lampu LED yang lebih jelas dilihat dan lebih tahan berbanding lampu mentol dengan skrin berwarna yang akan luntur warnanya. Lampu isyarat berwarna merah juga ditambah sedikit warna oren dan hijau ditambah sedikit warna biru bagi membantu pemandu yang buta warna.

Sumber : Here
Read More.. "Info : Kenapa Lampu Isyarat Berwarna Hijau, Kuning & Merah? (3 Gambar)"

Kesian : Terpaksa Bernafas Dengan Pam Tangan Kerana Terlalu Miskin (3 Gambar)


Lelaki malang bernama Fu Xuepeng ini harus hidup dengan bantuan pam tangan untuk bernafas setelah lumpuh akibat kecederaan dari kemalangan jalan raya.

Atas faktor kemiskinan, keluarganya tidak mampu untuk membawanya mendapat rawatan di hospital. Oleh kerana itu, kedua orang tuanya terpaksa berganti-ganti pada setiap malam untuk membantunya bernafas.

Mereka juga pernah meminta bantuan untuk mendapatkan alat bantuan pernafasan (ventilator) dari ahli keluarga yang lain, namun ternyata ia memerlukan pembiayaan yang terlalu tinggi.


Sumber: Here
Read More.. "Kesian : Terpaksa Bernafas Dengan Pam Tangan Kerana Terlalu Miskin (3 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...