Kongsikan Entri Kami

Saturday 13 April 2013

Info : Asal Usul Perkataan "Rock Kapak" (3 Gambar)


Jom baca asal usul nama Rock Kapak.. Sumber daripada blog 10tinsardin.

Statement yg selalu buat orang selalu confuse dan kerap kali di misunderstood kan.

Tapi kajian theory aku menunjuk kan bahawa, 'Rock Kapak' itu bermula dari perkataan 'Rock kapa' -without the 'K' at the end.

'Rock kapa' adalah shortform dari gabungan perkataan "Rock kah atau apa?" (Terjemahan omputih: "You rock? or what?"

Dulu, kalo lu orang pegi tengok konsert rock, time show nak start, pasti vokalist kumpulan rock itu akan diri depan stage dan jerit kepada penonton:

"AMACAM LU ORANG SUMAAAA??!! LU ORANG MAU ROCK KAPA..??!!" (how are you guys? you want to rock or what??)

So dari situ ler bermulanya perkataan 'kapa' dalam kamus mat rock dan menjadi ikutan mat-mat rock pada zaman itu.

Dalam ayat2 perbualan seharian juga, perkataan rock & kapa juga ader diselitkan demi mencerminkan jiwa & sanubari seseorang rocker itu. 




For example:

Apabila kita nampak member pakai style sikit, kiter musti puji...

"Wahh! Pakai sluar search kapa?" Or "Lu rambut dindong rock kapa??"

ATAU, kalo kita nak tegur member yg tgh jalan sorang...

"Dengar walkman sorang lagu rock kapa??"

ATAU, nak kenal-kenal dgn minah, abeh tu nak ajak dia gie ehemm ehemm.

"Fewwwiittt...jamboo minah nih. rock kapa??"


So, perkataan rock & kapa memang tak bole dipisahkan pada setiap ayat-ayat mat rock itu.

Mungkin dari situ lah ianya merebak dari satu molot ke satu molot mat rock yg lain.

Oleh kerana sebutan itu telah dipassing dari berjuta-juta molot ke berjuta-juta telinga, maka sebutan itu pon bertukar-tukar. Ianya menjalani satu transformasi dalam sebutan dan keaslian dan sebutan asal nyer telah hilang.

Maka, dari situ lah sebutan 'Rock kapa' telah bertukar menjadi 'Rock Kapak'.

So, conclusion aku, perkataan 'Rock Kapak' itu terbit dari sebutan dan pendengaran yg salah, tetapi ianya masih terus digunakan oleh mat-mat rock selepas zaman rock kangkang.



p/s : Zaman kemuncak muzik rock Malaysia.. Lirik penuh bermakna dan puitis.. bukan macam lagu sekarang... "asalkan aku okay..duit dalam kocek.. hidup mesti sederhana...kaya macam datuk k..bla3.. " mesej bagus..tapi elemen puitis tarak..

Sumber : here
Read More.. "Info : Asal Usul Perkataan "Rock Kapak" (3 Gambar)"

OMG : Kapal Terbang Lion Air Terhempas Di Bali, Indonesia 13/4/2013 (3 Gambar)


Sebuah kapal terbang Lion Air yang membawa 108 penumpang telah terhempas di laut Bali, Indonesia ketika dalam proses mendarat di Ngurah Rai International Airport. Namun begitu, tiada kematian dilaporkan. Kapal terbang Boeing 737 yang berlepas dari Bandung itu patah dua dan 53 penumpang dilaporkan cedera ringan.

 TVOne menunjukkan gambar kapal terbang tersebut dengan kerosakan fuselage. Cuaca juga dilaporkan baik ketika kejadian berlaku menurut Edward Sirait, iaitu commercial director PT Lion Mentari Airlines. Menurut beliau juga, kapal terbang itu membawa 95 orang dewasa, 5 kanak-kanak, seorang bayi dan 5 orang krew peberbangan. 



p/s : Fuh... nasib semua penumpang selamat.. kudos to the pilot!! 

Sumber : here

Read More.. "OMG : Kapal Terbang Lion Air Terhempas Di Bali, Indonesia 13/4/2013 (3 Gambar)"

Info : Kingston Lee, Anak Sulung Dato' Lee Chong Wei & Wong Mei Choo (6 Gambar)


Nama Anak Lelaki Datuk Lee Chong Wei Dan Datin Wong Mew Choo, Kingston Lee. Datuk Lee Chong Wei mengulangi nama Kingston Lee sebanyak tiga kali dan amat menyukai nama tersebut.

Ia merupakan nama bayi lelaki kepada Chong Wei dan isterinya, Datin Wong Mew Choo yang dilahirkan menerusi kaedah pembedahan Caesarean di hospital swasta Gleneagles di Jalan Ampang pada Jumaat. Bayi itu dilahirkan dengan berat 3.4 kg.

Chong Wei yang terpaksa melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital berkata, beliau menyerahkan kepada Mew Choo untuk memilih anak sulung mereka.

“Dia ada senaraikan dua, tiga nama, tetapi daripada semua nama yang disebut, Kingston terus melekat di hati kami… Nama itu sedap didengar.

“Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu,” ujar Chong Wei.

Bagaimanapun Chong Wei berkata, dia dan isteri masih belum memilih nama Cina untuk anak sulung mereka kerana menurut kepercayaan kaum Tionghua tidak elok memberi nama kepada anak yang belum lahir (ketika itu).



p/s : Smoga dapat jadi pelapis pemain badminton negara.. 

Sumber : Here
Read More.. "Info : Kingston Lee, Anak Sulung Dato' Lee Chong Wei & Wong Mei Choo (6 Gambar)"

Info : Inilah Burung Yang Selalu Memekak Di Waktu Pagi Dan Petang (2 Video)


Kepada sesiapa yang biasa melakukan aktiviti luar pada waktu petang, pasti korang akan familiar dengan bunyi burung ni. Burung ni dikenali dengan nama Burung Tuwu. Jom dengar sikit bunyi burung ni in case korang tak ingat.



Burung tuwu atau asian koel atau nama saintifiknya, Eudynamys scolopaceus daripada famili Cuculidae adalah burung tempatan. Ia juga terdapat di beberapa negara Asia lain termasuk India dan China. Burung dewasa jantan spesis ini bersaiz antara 39-46cm. Musim membiak bagi burung tuwu di Asia Tenggara adalah di antara Mac hingga Ogos).

Sewaktu musim membiak, burung tuwu jantan akan berbunyi tanpa henti dari pagi sehingga senja sebagai panggilan untuk menarik perhatian pasangan. Burung tuwu betina berwarna kelabu dan berbintik putih pada kesuluruhan bahagian badan. Spesis ini mempunyai reputasi yang kurang baik, iaitu bersifat parasit. Semasa musim bertelur, ia akan menggunakan sarang yang dibina oleh spesis burung lain. Ia akan memakan telur burung dalam sarang yang dipilih dan burung tuwu betina akan bertelur sebagai ganti. Telur burung tuwu akan dieram oleh burung asal(pemilik sarang) sehingga menetas. Dan selepas itu mereka mengambil alih tugas untuk menjaga anak. satu taktik yang bijak tetapi agak sadis.

Burung tuwu jantan akan mengeluarkan bunyi, koo-ooo ..koo-ooo dengan kuat, nyaring dan berulang-ulang dari pagi(waktu Subuh) sehingga senja..



p/s : Kicauan burung ni boleh didengari sehingga 1 KM!! Kuat gler.. 

Sumber : here
Read More.. "Info : Inilah Burung Yang Selalu Memekak Di Waktu Pagi Dan Petang (2 Video)"

Sejarah : Ibrahim Pendek, Pelakon Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood (5 Gambar)


Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.


Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. 

Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962.

Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.


Jom tengok sikit sedutan filem The Spiral Road lakonan Allahyarham Ibrahim Pendek...


p/s : Bangga beb... Dapat pulak berlakon dengan Rock Hudson. Time tu Rock Hudson merupakan salah seorang dari pelakon yang sangat famous. Kira macam Brad Pitt la kalau masa sekarang. Bezanya, Rock Hudson ni mati disebabkan AIDS kerana dia seorang GAY. Yucks..

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Ibrahim Pendek, Pelakon Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood (5 Gambar)"

Cute : Persahabatan Diantara Budak Perempuan Dan Kucing Comel (12 Gambar)

Jom tengok gambar-gambar persahabatan diantara seorang budak perempuan dan seekor kucing comel.. Kebanyakan gambar yang diedit yer. hehe.. 


p/s : Cute... 

Sumber : Here
Read More.. "Cute : Persahabatan Diantara Budak Perempuan Dan Kucing Comel (12 Gambar)"

Friday 12 April 2013

WTF : Belut "Berjalan" Dalam Perut Akibat Tiru Adegan Filem Porno (2 Gambar)


Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat. Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.

Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.

“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.

“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis.


p/s : Gila! Bangang! 

Sumber : Here
Read More.. "WTF : Belut "Berjalan" Dalam Perut Akibat Tiru Adegan Filem Porno (2 Gambar)"

Artis : Empat Buah Banglo Mewah Milik Dato' Siti Nurhaliza (5 Gambar)


Dato' Siti Nurhaliza memang banyak duit. Biasalah, artis no 1 Malaysia. Tambah pulak kahwin dengan orang kaya. So, tak heran la kalau rumah banyak. Rega pulak juta-juta. Jom layan gamabr rumah beliau.

Kuala Lipis
Cameron Highland
Bukit Antarabngsa

Cheras
p/s : Kaya... 

Sumber : Here
Read More.. "Artis : Empat Buah Banglo Mewah Milik Dato' Siti Nurhaliza (5 Gambar)"

Cool : "Arezou Island", Pulau Khas Untuk Wanita Di Iran (3 Gambar)


Kesukaran untuk para wanita menjalankan aktiviti di pantai walaupun telah memakai pakaian mandian yang menutup aurat masih lagi menjadi masalah. Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, pemerintah Iran telah mewartakan sebuah pulau yang berdekatan dengan Pulau Kish, Iran sebagai sebuah pulau khusus untuk kaum wanita.

Di pulau berkenaan, kaum wanita bebas menjalankan semua aktiviti seperti aktiviti membeli-belah, menginap di hotel mewah, menyaksikan permandangan taman laut, dan mandi-manda di tepi pantai tanpa kehadiran seorang pun kaum lelaki di pulau berkenaan.

Dipetik dari spiegel.de, pemerintah Iran telah mewartakan Pulau Arezou yang terletak berdekatan dengan Pulau Kish hanya untuk kaum wanita sahaja. Di sana, semua kemudahan lengkap disediakan termasuk pengangkutan, restoran, dan fasiliti-fasiliti lain. Selain itu, segala layanan akan diberikan oleh staf-staf wanita.

Nama 'Arezou' di ambil kerana ia bermaksud 'harapan', di mana pemerintah Iran ingin merealisasikan semua harapan kaum wanita selama ini iaitu menikmati fasiliti lengkap seperti wanita-wanita lain di seluruh dunia.

Uniknya lagi, undang-undang di negara Islam Iran ini membenarkan kaum wanita memakai pakaian renang sepanjang berenang di pantai Pulau Arezou. Selain itu, bagi para pelancong wanita lainnya, mereka perlu memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya.


Sumber : Here
Read More.. "Cool : "Arezou Island", Pulau Khas Untuk Wanita Di Iran (3 Gambar)"

Cute : Cicak Comel Yang Selalu Tersenyum (5 Gambar)

Cicak pun ada yang comel... Pandai senyum lak tu.. So, korang cek la cicak kat rumah korang tu ada ke tak yang comel macam dalam gambar kat bawah ni.. hoho..


p/s : Boleh wat pet ni.. haha

Sumber : Here
Read More.. "Cute : Cicak Comel Yang Selalu Tersenyum (5 Gambar)"

Sadis : San Pedro Sula, Bandar Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia (15 Gambar)

San Pedro Sula, Bandar Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia.
Mungkin kita biasa dengar yang Mexico adalah negara yang sangat bahaya tetapi anda mungkin belum kenal pasal San Pedro Sula di Honduras. Ini adalah bandar paling kurang selamat di dunia. Bandar ini adalah pusat untuk kegiatan pengedaran dadah dan mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di dunia dengan seramai 169 orang dibunuh setiap 100,000 orang. Kadar ini melebihi kadar di negara Mexico.  

Read More.. "Sadis : San Pedro Sula, Bandar Kadar Pembunuhan Tertinggi Di Dunia (15 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...