Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress berita. Show all posts
Showing posts with label stress berita. Show all posts

Saturday, 17 August 2013

Terkini : Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Terengganu (Gambar)


Terkini : Ustaz Azhar Idrus eksiden pagi tadi di Pengadang Baru, Terengganu. Kereta Golf GTi bertembung dengan Saga...Syukur Alhamdulillah, Ustaz dan yang lain semuanya selamat.

Sekian berita terkini dari ASG. 

Sumebr : Here
Read More.. "Terkini : Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Di Terengganu (Gambar)"

Monday, 17 June 2013

Berita : Akibat Bercumbu Dengan Isteri Orang, Salah Siapa? (Gambar)


Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan
Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.

p/s : Macam-macam... 

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Akibat Bercumbu Dengan Isteri Orang, Salah Siapa? (Gambar)"

Thursday, 13 June 2013

Berita : Rupa Fosil 260 Juta Tahun Yang Ditemui Di Kuala Lipis (4 Gambar)


KUALA LIPIS - Fosil cangkerang dipercayai berusia 260 juta tahun ditemui di kawasan Sungai Yu, Merapoh.

Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh.

Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis 'brakiopoda' yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.
“Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011.

“Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp,” katanya.

Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif.

Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas.

“Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya.

“Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu.

“Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau,” katanya.


Sumber : Here
Read More.. "Berita : Rupa Fosil 260 Juta Tahun Yang Ditemui Di Kuala Lipis (4 Gambar)"

Friday, 7 June 2013

Berita: Demi Dadah, 2 Wanita Sanggup Lacur Diri (Gambar)


CHUKAI – Kegiatan dua wanita yang menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah terbongkar apabila rumah sewa mereka diserbu polis, dengan salah seorang daripadanya yang berstatus janda dicekup bersama pelanggannya dalam keadaan berbogel.

Ketika serbuan di Flat Kampung Fikri, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, janda terbabit yang berusia 28 tahun bersama seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang lagi wanita berusia 20 tahun sedang dalam keadaan khayal.

Dalam serbuan yang dilakukan 10 anggota diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah dan seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Kemaman itu, polis turut merampas satu tiub dadah daripada janda berkenaan yang mempunyai seorang anak.

Berdasarkan rekod, polis mendapati suspek berusia 20 tahun itu baru sahaja keluar dari pusat pemulihan akhlak wanita di Negeri Sembilan.

Apabila masuk ke sebuah lagi bilik tidur, didapati janda terbabit dan pelanggannya sedang melakukan hubungan terlarang dan dalam kedua-dua bilik tidur itu turut berselerakan alat-alat yang digunakan untuk menghisap dadah.

Dipercayai kedua-dua wanita itu menetapkan syarat mana-mana lelaki yang mahu meniduri mereka perlu memberi dadah sebagai upah.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, selepas ujian air kencing dilakukan didapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine selain kesemuanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Suspek berusia 28 tahun dan lelaki yang berusia 37 tahun juga dipercayai pengedar dadah serta masing-masing mempunyai dua dan enam rekod kesalahan berkaitan dadah, manakala wanita yang berusia 20 tahun mempunyai tiga rekod lampu termasuk turut memiliki satu waran tangkap kerana tidak hadir perbicaraan kes terdahulu,” katanya.

Sehubungan itu, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan janda terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah. Kesemua mereka dituduh di mahkamah semalam.

Pasangan itu juga turut diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman dan akan didakwa mengikut undang-undang syariah kerana bersekedudukan.

Sumber : Here
Read More.. "Berita: Demi Dadah, 2 Wanita Sanggup Lacur Diri (Gambar)"

Friday, 26 April 2013

Berita : Timbalan KP Kastam Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim Ditembak Mati (Gambar)


PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini.

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini.

p/s : ish.. dah macam dkt negara barat.. al-fatihah buat arwah..

Sumber : Here

Read More.. "Berita : Timbalan KP Kastam Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim Ditembak Mati (Gambar)"

Thursday, 11 April 2013

Berita : Gambar Sekitar Banjir Kilat Di Lembah Klang 10 April 2013 (13 Gambar)

Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang semalam 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang terukAntara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama. Banyak harta awam musnah dalam kejadian banjir kilat semalam
.


p/s : Kuasa Allah.. sehebat mana pun ciptaan manusia, tetap tak dapat menandingi kekuasaan Allah.. Terowong SMART macam tak berguna langsung.. 

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Gambar Sekitar Banjir Kilat Di Lembah Klang 10 April 2013 (13 Gambar)"

Friday, 15 March 2013

Berita : [Latest] 15 Lagi Mayat Pengganas Sulu Ditemui Di Dalam 3 Lubang Kubur (2 Gambar)


Tiga lagi kubur ditemui di Kampung Tanduo yang dalamnya terdapat 15 mayat pengganas Sulu yang dipercayai ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Ops Daulat Update:

* 61 Pengganas Telah Ditembak Mati
* 233 Individu Ditahan
* 3 Hari Diberikan Kepada Kerajaan Filipina Untuk Menuntut Mayat Pengganas Atau Akan Dikebumikan Di Malaysia
* 3 Kubur Dengan 15 Mayat Penceroboh Ditemui Di Kg. Tanduo


p/s : Semoga perang ni cepat habis.. 

Sumber : here
Read More.. "Berita : [Latest] 15 Lagi Mayat Pengganas Sulu Ditemui Di Dalam 3 Lubang Kubur (2 Gambar)"

Wednesday, 6 March 2013

Berita : 13 Mayat Pengganas Sulu Berjaya Ditemui (2 Gambar)


LAHAD DATU  — Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu semalam.


Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.


Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.



Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.

“Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan.

“Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.

“Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu,” katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.

Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu. ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Sumber : here
Read More.. "Berita : 13 Mayat Pengganas Sulu Berjaya Ditemui (2 Gambar)"

Thursday, 14 February 2013

Berita : [Video] Remaja Tingkatan 1 Ditangkap Khalwat Dengan Gadis 20 Tahun


KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.



p/s : 13 dengan 20 tu.. 

Sumber : Here
Read More.. "Berita : [Video] Remaja Tingkatan 1 Ditangkap Khalwat Dengan Gadis 20 Tahun "

Monday, 7 January 2013

Berita : Misteri Kehilangan Pelajar Tahun 1 Universiti Malaya (Gambar)

Dikala kebanyakan pelajar Universiti Malaya sedang sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan akhir bagi semeseter 1 sesi 2012/2013, seorang pelajar wanita tahun pertama Universiti Malaya telah dilaporkan hilang semenjak 3 Januari 2013, sehingga ke hari ini pelajar tersebut masih belum ditemui. Berikut merupakan kenyataan dari MPPUM 2012/2013 berkenaan kejadian tersebut:

SALAM MAHASISWA

Laporan kehilangan seorang pelajar Universiti Malaya yang hanya disedari pada 3 Januari 2013.

Nama: Siti Shairah Zakaria
Fakulti: Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM)
Tahun Pengajian: Tahun 1
Menetap: KK3, UM
Asal: Kelantan


Sesiapa sahaja mempunyai maklumat tentang kehilangan pelajar ini, anda dikehendaki melaporkan dengan segera di nombor yang disediakan di bawah.

Kami, MPPUM mengambil serius perkara ini kerana perkara ini adalah di bawah kuasa PDRM. Kami berharap tiada sebarang
laporan palsu yang diberikan.

Nombor yang boleh dihubungi: 016-934 5286 / 013-299 7954

Semoga saudari Siti Shahirah Zakaria dapat pulang dengan keadaan selamat, amin…

p/s : peringatan untuk semua, berhati-hati walau dimana anda berada.

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Misteri Kehilangan Pelajar Tahun 1 Universiti Malaya (Gambar)"

Monday, 17 December 2012

Berita : Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia (2 Gambar)


New Jersey – Individu yang pertama kali memperkenalkan sistem bar kod pada barang-barang, hingga ia digunakan di seluruh dunia, Norman Joseph Woodland, meninggal dunia pada usia 91 tahun di rumahnya, di sini. Norman, meninggal dunia selepas menderita penyakit Alzheimer.

Paten bar kod yang diperkenalkannya pada 1952, telah digunakan sebanyak lima juta kali dalam sehari di seluruh dunia. Bekas pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal ini pada mulanya hanya mengetahui kod Morse yang dipelajarinya semasa menjadi anggota pasukan pengakap.



Namun suatu hari, ketika duduk di tepi pantai, Woodland telah melukis bentuk bulat dan pangkah.

“Ia merupakan satu inspirasi kepadanya kerana di sebalik titik bulat dan pangkah, ia boleh digantikan dengan palang nipis,’’ kata anaknya, Susan Woodlands.

Woodland dan rakannya, Bernard Silver kemudiannya mematenkan kod tersebut pada 1949. Rakannya, Silver meninggal dunia pada 1963. Sebelum itu, Woodland telah menyertai IBM pada 1951 dengan harapan dapat membangunkan bar kod itu, namun teknologi ketika itu tidak membolehkan ciptaan berkenaan dilaksanakan sehinggalah laser dicipta.

Penggunaan laser itu membolehkan ia membaca kod bar berkenaan. Pada awal 1970-an, Woodland kemudiannya menyertai IBM Research Triangle Park. Woodland dan pengasas Microsoft, Bill Gates merupakan antara tokoh yang pernah mendapat anugerah daripada White House pada 1992.

Anugerah itu disampaikan atas pencapaian mereka dalam bidang teknologi oleh Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George H.W. Bush.


Sumber : Here
Read More.. "Berita : Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia (2 Gambar)"

Sunday, 16 December 2012

Berita: Wajah Pembunuh Psiko, Adam Lanza (3 Gambar)


Namanya adalah Adam Lanza dan berumur 20 tahun. Dialah suspek bagi kes pembunuhan beramai-ramai melalui tembakan rambang di Sandy Hook Elementary School di Connecticut, Amerika Syarikat.

Dia menggunakan sejenis assault rifle yang mampu memuntahkan sehingga berpuluh butir peluru dalam satu saat. Dia dipercayai membawa lebih dari sebuah senjata dalam serangan itu. Antaranya handgun jenis Glock dan Sig Sauer. Akibatnya, seramai 28 orang pelajar dan tenaga kerja Sandy Hook Elementary School menemui maut dalam kejadian awal pagi, Jumaat lalu.

Antara mangsa adalah enam orang pelajar berumur 6 tahun, empat lagi mangsa berumur 7 tahun dan beberapa lagi kakitangan dewasa serta pelajar sekolah berkenaan.Lanza disifatkan ramai sebagai seorang yang amat terganggu fikirannya dan boleh mengamuk tanpa sebab. Dia disifatkan sebagai bom jangka oleh saudara-mara dan rakan-rakannya.


Lanza mengidap Sindrom Asperger’s atau kecelaruan personaliti. Salah seorang jirannya dalam Tweet berkata, yang beliau menyedari Lanza tidak berapa waras sejak usianya lima tahun. Lanza membunuh ibunya, Nancy terlebih dahulu sebelum memandu ke sekolah berkenaan dan membunuh puluhan yang lain.


Senjata otomatik yang digunakan itu dikatakan milik ibunya yang dipercayai turut mengajar anaknya cara-cara menembak. Keluarga Lanza dikatakan kerap mengunjungi lapangan sasar secara bersama. Dalam kejadian itu, Lanza telah telah membunuh dirinya sendiri dengan salah satu senjata yang dibawanya.

p/s : Berpuluh kanak2 mati kat US, seluruh dunia gempar.. beribu2 kanak2 palestine kena bunuh selama ni, takde orang pun nak peduli.

Sumber : Here


Read More.. "Berita: Wajah Pembunuh Psiko, Adam Lanza (3 Gambar)"

Sunday, 9 December 2012

Berita : Pasangan Kekasih Bawah Umur Kena Cekup Di Hotel (Gambar)


LUNAS - Hasrat sepasang kekasih berusia 16 tahun dan masih bersekolah untuk melarikan diri dari keluarga masing-masing tidak kesampaian apabila ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sebuah hotel murah di sini kira-kira jam 10.30, malam kelmarin.

Suspek seorang remaja lelaki sebelum ini pernah bersikap agresif dengan memecahkan cermin kereta jenis Honda bapanya, kerana tidak berpuas hati dengan keluarga.

Bagaimanapun setelah dibaiki, suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan menggunakan kereta itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima maklumat dari orang awam setelah berjaya menemui kereta digunakan suspek untuk melarikan diri. Ia disorok di bahagian belakang hotel.

“Polis membuat semakan terhadap resit pembayaran dibuat oleh pelanggan yang menginap di hotel itu dan mendapati, suspek mendaftarkan diri kira-kira jam 9.15 malam.

"Polis kemudiannya membuat serbuan disalah sebuah bilik di tingkat satu hotel itu dan mendapati suspek dan kekasihnya berada di dalam.

"Sebelum ini waris pelajar perempuan terlibat sudah membuat laporan di Balai Polis Kulim apabila tidak pulang ke rumah dan dipercayai melarikan diri bersama suspek.

"Pasangan itu kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut,” katanya.

p/s : Apa nak jadi la dgn budak2 zaman sekarang.. 

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Pasangan Kekasih Bawah Umur Kena Cekup Di Hotel (Gambar)"

Friday, 30 November 2012

Berita : Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara Oleh PBB (Gambar)

PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh dari perwakilan sebelum beliau memberi ucapan, di Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. Sebelum ini, taraf negara Palestin ialah "non-member observer entity". Setelah memenangi undi di PBB, akhirnya Palestin dinaik taraf menjadi "non-member observer state"
 
Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012. Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebahagian besar perwakilan PBB mengundi mengiktiraf negara Palestin, satu kemenangan yang lama dicari rakyat Palestin dan merupakan kekalahan diplomatik memalukan bagi Amerika Syarikat.  Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.



p/s : Terharu beb tgk video kat atas ni..

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara Oleh PBB (Gambar)"

Sunday, 25 November 2012

Berita : "Ini Cara Kami Cegah Maksiat" (Gambar)


Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama.

Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam.

Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.

Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.

Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.

"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya.


Sumber : Here
Read More.. "Berita : "Ini Cara Kami Cegah Maksiat" (Gambar)"

Thursday, 8 November 2012

Berita : Pelajar Dituduh Berzina Dengan Guru Sandaran (Gambar)


PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.

Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.

Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.

“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.

“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,”
katanya.

Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.

Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.

“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.

“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini,” katanya. 
 
 p/s : Aku curious nak tahu berapa ekor udang di sebalik batu... mesti ada sumthg ni.. hoho.. 

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Pelajar Dituduh Berzina Dengan Guru Sandaran (Gambar)"

Thursday, 25 October 2012

Berita : Guru Ditetak Dengan Parang Panjang Akibat Cemburu (Gambar)


KUALA TERENGGANU – Seorang guru pendidikan khas sebuah sekolah rendah di Besut menjadi mangsa cemburu buta pihak tertentu apabila dia cedera parah selepas ditetak lebih 10 kali dengan parang panjang oleh dua lelaki yang menyangka mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang kelmarin.

Difahamkan, kejadian pukul 6.30 petang di depan bangunan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Kampung Raja, Besut, itu berlaku apabila guru lelaki yang menjalankan perniagaan sampingan menjual barangan kosmetik datang ke situ selepas dihubungi oleh seorang wanita.

Dalam perbualan itu, wanita tersebut berpura-pura menyatakan minat untuk membeli barangan kosmetik yang dijual mangsa dan berjanji untuk berjumpa di depan bangunan tersebut.

Guru berusia 35 tahun dan masih bujang itu kemudian pergi ke tempat yang dimaksudkan dengan menaiki sebuah kereta bersama adik lelakinya berumur 19 tahun.

Sebaik sampai, mangsa telah menunggu wanita tersebut di luar kereta manakala adiknya duduk di dalam kenderaan tersebut.

Tidak lama kemudian, dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Perdana bercermin gelap mendekati mangsa sebelum dua lelaki yang menutup muka dengan kain biru keluar sambil masing-masing membawa parang panjang.

Suspek kemudian telah menetak mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan sebelum melarikan diri selepas mendapati guru tersebut cedera parah. Adik mangsa bagaimanapun tidak diapa-apakan.


p/s : Kejam siot.. 


Sumber : Here
Read More.. "Berita : Guru Ditetak Dengan Parang Panjang Akibat Cemburu (Gambar)"

Tuesday, 16 October 2012

Berita : Raket Chong Wei Bernilai RM74,000 Terselamat (Gambar)

ABANG Chong Wei, Chong Hoon menunjukkan raket kesayangan adiknya

PUCHONG - Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei kerugian hampir RM30,000 apabila syarikat pembinaan miliknya di Bandar Puteri di sini dipecah masuk sekumpulan penyamun semalam.

Kejadian pecah masuk syarikat Chong Wei Bina Jaya Sdn. Bhd. pada pukul 9 pagi itu disedari seorang pekerja yang baru tiba di pejabat apabila mendapati pintu gril dan pintu utama telah terbuka.

Bagaimanapun Pengarah Urusan syarikat berkenaan yang juga abang Chong Wei, Lee Chong Hoon, 38, berkata, adiknya tetap lega apabila raket yang digunakannya ketika menjuarai Kejohanan Seluruh England pada 30 Januari tahun lalu tidak dilarikan.

Raket tersebut telah dibida oleh seorang individu dengan harga RM74,000. Hasil bidaan itu akan didermakan kepada mangsa tsunami di Jepun.

Chong Hoon menjelaskan, dia bergegas ke pejabat tersebut setelah dimaklumkan oleh pekerja berkenaan mengenai kejadian itu.


p/s : Mahal gler... 

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Raket Chong Wei Bernilai RM74,000 Terselamat (Gambar)"

Saturday, 8 September 2012

Berita : Budak Kebal, Kulit Kalis Api & Ditusuk Tak Berdarah (Gambar)


KUALA KUBU BHARU: Dia selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.

Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.

Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.

“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.

Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Budak Kebal, Kulit Kalis Api & Ditusuk Tak Berdarah (Gambar)"

Thursday, 6 September 2012

Berita : Remaja 15 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir Selepas Menipu Bapanya

Gambar Hiasan
BUTTERWORTH - Tindakan seorang remaja perempuan yang sanggup berbohong kepada ibu bapa kononnya mahu keluar untuk menyertai sambutan malam kemerdekaan anjuran rakannya, mengundang padah apabila dirogol bergilir-gilir empat remaja.

Lebih malang, kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu didalangi teman lelakinya sendiri.


Kejadian berlaku pada malam sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos lalu di rumah teman lelakinya di sini, bagaimanapun, hanya didedahkan ibu mangsa selepas mendapati anak perempuannya berada dalam keadaan murung selepas pulang ke rumah.


Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, remaja perempuan yang berasal dari Tanjung Tokong itu bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun dikatakan menyambut malam merdeka di kawasan Rawat & Rehat, Lingkaran Luar Butterworth (Borr) di sini, sekitar jam 8 malam.


“Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api, mangsa dibawa ke rumah teman lelakinya untuk bermalam.Ketika kejadian, ibu bapa teman lelakinya berada di luar daerah dan mereka disertai tiga remaja yang merupakan rakan teman lelakinya itu,” katanya.


Abdul Rahman berkata, mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya setelah dipujuk, sebelum diikuti tiga remaja terbabit dan mangsa dihantar pulang pada keesokan harinya.


“Mangsa dikesan dalam keadaan murung oleh ibunya. Selepas ditanya, mangsa memaklumkan dia dirogol dan ibu mangsa membuat laporan polis sejurus selepas itu.


“Kita hanya berjaya menahan dua remaja, termasuk teman lelaki mangsa pada malam 3 September lalu, manakala dua remaja lain menghilangkan diri,” katanya.

p/s : Ish3.. apa nak jadi la.. 

Sumber : Here 
Read More.. "Berita : Remaja 15 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir Selepas Menipu Bapanya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...