|  | 
| Gambar Ini Tiada Kena Mengena Dengan Topik Perbincangan | 
KUALA LUMPUR – Aktres kontroversi,  Zarina Anjoulie Lavocah, yang mendedahkan hampir separuh buah dadanya di  majalah FHM Indonesia baru-baru ini tampil mempertahankan tindakannya  itu dari kritikan-kritikan peminat industri hiburan tanahair di laman  Twitter miliknya.
 
Zarina  yang turut dikritik hebat oleh beberapa blog hiburan terkenal itu juga  menyifatkan mana-mana pihak yang mengutuknya itu sebagai hipokrit dan  tidak wajar menghentamnya sedemikian rupa.
 
“All I hear frm yesterday is tetek ths tetek that.Apa dosa sial tetek ak kat org..Masing2 ada tetek nk kacau tetek org,” katanya yang berang apabila peminat mempersoalkan kewajaran untuk mendedahkan payudaranya di majalah tersebut.
 
Menjawab kritikan peminat, Zarina  menyatakan bahawa mereka tidak berhak untuk menilai dirinya selain Allah  dan menyifatkan mereka yang mengkritik sebagai cuba bertindak sebagai  Tuhan.
 
“As far as I know only god can judge me,  so y is there so many ‘gods’ know judging me… So every1 wants to play  god huh (Setahu saya, hanya Tuhan yang boleh menilai saya, jadi mengapa  pula ramai sangat ‘Tuhan’ yang menilai saya..semua orang nak jadi tuhan  huh).
 
“Semua org nk berlagak alim pegi  blog kutuk2 selit unsur islam..first of all kalau awk2alim sgt wat r u  doin lookin through d pics 2 bgin wit,” katanya lagi di laman twitter tersebut.
 
Selain itu, Zarina turut mahu para  pengkritiknya mengkritik dengan cara membimbing ke arah yang lebih baik  dan tidak memaki hamun dirinya.
 
“Org islam sepatutnya tlg  membimbing umat islam lain.Bkn hina caci, kalau mcm 2 wajarkah anda  mengaku diri anda2seorang islam yg benar dahulu,” ujarnya bersahaja.
 
Beliau turut menyarankan agar  mereka-mereka yang gemar mengutuk artis-artis seksi agar tidak melayari  internet, tidak wajar menonton televisyen, membaca majalah-majalah  hiburan dan menghabiskan masa terluang dengan membaca Al-Quran sahaja.
 
“Saya rasa manusia yg kutuk  semua artis seksi ni,tak patut ada internet tak patut tgk tv tak patut  baca majalah, semua tu x elok..
 
“Lebih baik korang duduk umah  jgn tgk semua tu n ngaji.. Lebih afdal buat org yg kata ni haram tu  haram, itu ini masuk neraka..,” katanya lagi.
 
Aktres yang dikatakan gagal menyerlah  dan hanya dipopularkan dengan identiti seksinya itu juga turut menyindir  beberapa peminat lelaki yang cuba menasihati bahawa tindakannya yang  mendedahkan aurat itu adalah haram menurut Islam.
 
“Mulut kata haram.. Tapi sambil tengok gosok2 bebird (kemaluan) kan kan kan ;p x senonoh je,” katanya sinis.
 p/s : Aku tak letak gambar sexy dia ni..Kalo korang nak tengok, cari sendiri kat Google yer.. So, apa pendapat korang tentang nih? Hehe..