Kongsikan Entri Kami

Saturday 27 April 2013

Serius : Sekitar Keadaan Pekerja Syarikat Bas China Mengira Duit Tambang (7 Gambar)

Sekitar Pekerja Syarikat Bas China Mengira Duit Tambang.
Pengangkutan awam bas adalah yang paling terkenal di China. Tambang untuk satu perjalanan adalah 1 yuan (RM 0.50). Jadi setiap petang sebelum balik, konduktor bas akan duduk bersama dan mengira duit tambang yang banyak itu. 

Read More.. "Serius : Sekitar Keadaan Pekerja Syarikat Bas China Mengira Duit Tambang (7 Gambar)"

Serius : Rumah Banglo Keluarga Bin Laden Di Florida (10 Gambar)

Rumah Banglo Osama Bin Laden Di Florida.
Rumah ini terletak di penjuru Disney World. Khalil Bin Laden iaitu abang kepada Osama telah membeli rumah ini untuk isterinya pada tahun 1980. Selain itu, sebelum ini Osama juga selalu datang dan tinggal di rumah itu.

Read More.. "Serius : Rumah Banglo Keluarga Bin Laden Di Florida (10 Gambar)"

OMG : Apabila Lori Penghantaran Kereta Mewah Hancur Terbakar (6 Gambar)

Apabila Lori Penghantaran Kereta Mewah Hancur Terbakar.
Sebuah lori dan kontena yang membawa pelbagai kereta mewah hancur terbakar di Sierra Blanca, Texas. Antara kereta mewah yang dibawa adalah Mercedes-Benz CLK 500, Mercedes-Benz S-Class W221, Ferrari 458 Italia, BMW M5, Porsche 356 and Nissan GT-R.

Read More.. "OMG : Apabila Lori Penghantaran Kereta Mewah Hancur Terbakar (6 Gambar)"

Friday 26 April 2013

OMG : [Video] Pemain Indonesia Menumbuk Hidung Pengadil Sehingga Patah


Pieter Rumaropen, seorang pemain bola sepak Indonesia yang bermain untuk pasukan Persiwa Wamena telah digantung seumur hidup dari bermain bola sepak setelah menumbuk muka pengadil sehinnga menyebabkan hidung pengadil tersebut patah. Insiden itu terjadi setelah keputusan kontroversi pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan ketika perlawanan antara Persiwa Wamena dan Bandung Raya. 

 


p/s : Tak professional langsung... tak layak main bola.. 

Sumber : Here
Read More.. "OMG : [Video] Pemain Indonesia Menumbuk Hidung Pengadil Sehingga Patah "

Berita : Timbalan KP Kastam Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim Ditembak Mati (Gambar)


PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini.

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini.

p/s : ish.. dah macam dkt negara barat.. al-fatihah buat arwah..

Sumber : Here

Read More.. "Berita : Timbalan KP Kastam Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim Ditembak Mati (Gambar)"

WTF : [Video] Kenyataan Bangang Azhar Sulaiman


Alahai... Apa motif dia ni buat video camni.. tak pasal-pasal memalukan diri sendiri.. Takkan a mengucap dengan bersumpah pun tak tau beza kot? ish3... silly mistake atau ignorant? atau pun memang bodoh? ntahlah... hanya dia dan Allah yang tau.. 


Sumber : Here
Read More.. "WTF : [Video] Kenyataan Bangang Azhar Sulaiman"

Serius : Semua Peserta Akhir Miss Korea 2013 Dikecam Kerana Rupa Mereka Sama (12 Gambar)

Semua Peserta Akhir Miss Korea 2013 Dikecam Kerana Rupa Mereka Sama.
Hampir kesemua 20 orang peserta Miss Korea mempunyai rupa yang sama selepas gambar mereka dimuat naik di sebuah blog Jepun. Selepas siasatan, rupanya mereka semua besar kemungkinan menjalani pembedahan plastik. Apa pendapat anda? 

Read More.. "Serius : Semua Peserta Akhir Miss Korea 2013 Dikecam Kerana Rupa Mereka Sama (12 Gambar)"

OMG : Adakah Penonton Puluhan Ribu Konsert 2PM Di Jepun Adalah Photoshop? (4 Gambar)

Adakah Penonton Puluhan Ribu Konsert 2PM Di Jepun Adalah Photoshop?
Beberapa keping gambar yang dikeluarkan oleh JYP Entertainment semasa konsert 2PM di Tokyo Dome telah membuka mata ramai peminatnya. Mereka yakin gambar yang dimuat naik itu adalah photoshop untuk 'memenuhi' stadium. JYP kemudian tampil dan meminta maaf dan mereka menyatakan semua ini bukan kerja mereka tetapi syarikat lain. Syarikat tersebut telah dibayar untuk mengambil gambar konsert serta sebarkan.
P/S : korang rasa bukan kerja JYP?  

Read More.. "OMG : Adakah Penonton Puluhan Ribu Konsert 2PM Di Jepun Adalah Photoshop? (4 Gambar)"

OMG : Mari Melawat Ke Pusat Penyimpanan Bank Sperma Lembu Di Austria (10 Gambar)

Mari Melawat Ke Pusat Penyimpanan Bank Sperma Lembu Di Austria.
Pusat penyimpanan ini terletak di Hohenzell, Upper Austria. Sperma dari lembu ini akan dibungkus dan dihantar ke 52 buah negara dan tahun lepas sahaja, 800,000 sampel telah dijual. Seekor lembu di pusat tersebut, Willie, telah menghasilkan sperma yang mana keseluruhannya mencecah keuntungan sebanyak 5,000,000 Euro sepanjang hayat lembu itu. 

Read More.. "OMG : Mari Melawat Ke Pusat Penyimpanan Bank Sperma Lembu Di Austria (10 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...