Kongsikan Entri Kami

Thursday 20 September 2012

Sejarah : [Video] Inilah Dia Filem Berwarna Pertama Di Dunia


Filem terawal di dunia dirakam dalam versi warna pada sekitar tahun 1906. Filem kabur tersebut merupakan prototaip filem warna dan hanya ditonton oleh segelintir peminat sahaja sebelum ia diserahkan kepada sebuah arkib.

Namun pihak Muzium Media Nasional di bandar Bradford, utara England menyatakan, teknologi digital telah dapat menyelamatkan filem tersebut.

Filem itu secara purata berdurasi dari 5 hingga 40 saat.Ia memaparkan babak seekor burung kakak tua, latar belakang sebuah jalan di England dan tiga kanak-kanak tersenyum sambil duduk di sebuah meja bulat.

"Tiada sesiapa pun yang pernah melihatnya (filem berwarna pertama) sehingga ke hari ini," kata kurator sinematografi Muzium Media, Michael Harvey.

Filem itu sedikit tersekat-sekat namun mempunyai kualiti yang baik.

Menurut Harvey, seorang usahawan filem Amerika Syarikat era 1930-an, Charles Urban menyerahkan filem pendek berwarna itu kepada Muzium Sains London dengan filem itu diserahkan pula kepada Muzium Media Nasional empat tahun kemudian.



Sumber : Here

3 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...