Kongsikan Entri Kami

Saturday 22 September 2012

Serius : iPhone 5 Dijual Semula Dengan Harga Yang Tinggi

RYAN WILLIAMS (berbaju putih) mengangkat kedua-dua tangannya selepas dia menjadi orang pertama memasuki kedai Apple untuk membeli iPhone 5 di London semalam
HONG KONG - Beberapa orang menjual semula iPhone 5 pada harga yang tinggi selepas mereka membelinya di sini semalam.

Menurut seorang penjual yang hanya mahu dikenali sebagai Suen, dia membeli telefon bimbit itu pada harga HK$8,000 (RM3,154.23).

Dia kemudian memberitahu, telefon itu kemudian dijual kira-kira HK$9,000 (RM3,542.22) hingga HK$10,000 (RM3,941.05).

Suen bekerja di sebuah kedai gajet menyebabkan dia mudah untuk menjual semula telefon bimbit tersebut kepada para pembeli.

Harga normal telefon bimbit itu bermula pada HK$5,588 (RM2,202.26) di kedai-kedai syarikat Apple yang merupakan pengeluar telefon tersebut.

Menurut Suen, keuntungan segera boleh diperoleh sebanyak HK$3,000 (RM1,182.54) untuk setiap satu iPhone 5 yang dijual.

Dia berjaya membeli 15 unit iPhone 5 dalam tempoh sejam walaupun Apple menghadkan hanya dua unit telefon sahaja.

Kebanyakan kedai yang menjual semula telefon tersebut terletak tidak jauh dari kedai Apple.

Telefon bimbit itu turut dijual buat kali pertama kepada pembeli di Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis dan Jerman semalam.

iPhone 5 lebih ringan, mempunyai skrin lebih besar, perisian yang terkini dan pemprosesan yang lebih pantas.

Ramai pembeli di Tokyo, New York, Sydney dan London sanggup berbaris di luar kedai Apple untuk membeli telefon tersebut. - Agensi


p/s : Ish3.. manusia dikuasai teknologi..

Sumber : Here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

aq first kew .... ?
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dota zouq grrrr....

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

macam bodoh je mamat tu... cuba jadi manusia pertama memberi sedekah pada org2 miskin ke, manusia pertama sign petition protes filem anti-islam ke

Anonymous said... Best Blogger Tips

Lepas beli terus aktifkan modul, barulah sistem promote link kita... memang cool! Dah lama buat baru tau, rupanya tak ramai pun yang benar2 dah buat duit online, sembang jer lebih. Bila masuk SAP baru dapat rasa duit sebenar, sebab dia promote betul2 auto tuu, mana nak cari?http://rm30.ibct.my/1234/tempah-sekarang

ben xii said... Best Blogger Tips

booo tapak sulaiman

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

ifags detected

Anonymous said... Best Blogger Tips

membazir je...tunggu 2-3hari lagi murah la ip5...uluhhhhh...dunia oh dunia!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

org kafir cmtu la. xde pegangan. dpt iphone pn nk heboh2.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...