Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress sejarah. Show all posts
Showing posts with label stress sejarah. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

Sejarah : [Video] Inilah Lagu Asal "Tanggal 31" Nyanyian Ahmad C.B


Bagi yang tak tahu, Lagu Tanggal 31 nyanyian Sudirman bukanlah versi asal. Lagu ini adalah ciptaan dan nyanyian Ahmad CB pertama kali dirakamkan pada tahun 1957 khas untuk menyambut kemerdekaan Malaya. Kemudian pada era 80-an Sudirman merakamkan kembali lagu dalam album patriotik Abadi.

Pencipta dan penyanyi asal lagu ini ialah Ahmad C.B. atau nama lengkapnya Ahmad Chass Barra (Chass dibaca Khas).


Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : [Video] Inilah Lagu Asal "Tanggal 31" Nyanyian Ahmad C.B"

Saturday, 27 July 2013

Sejarah : [Video] Iklan Brad Pitt Yang Diharamkan Di Malaysia Pada 2002


Tahukah anda? Sebuah iklan Toyota yang menampilkan pelakon Hollywood, Brad Pitt pernah diharamkan di Malaysia pada tahun 2002. Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Zainuddin Maidin telah mengatakan bahawa kekacakan Brad Pitt mungkin akan menyebabkan lelaki Malaysia berasa rendah diri dan lemah semangat.Kerajaan Malaysia telah mengarahkan agar iklan tersebut di banned dari ditayangkan di Malaysia kerana muka orang barat Brad Pitt akan menanam sifat inferior ke dalam diri lelaki Asia.


p/s : Macam-macam.. 

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : [Video] Iklan Brad Pitt Yang Diharamkan Di Malaysia Pada 2002 "

Tuesday, 18 June 2013

Sejarah : Suasana Di Kuala Lumpur Ketika Perang Dunia Ke-2 (7 Gambar)


Ketika kita berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, sama ada untuk bekerja, bershopping, saja jalan-jalan cari makan atau sebagainya tanpa kita SEDAR SAMA SEKALI kawasan yg kita PIJAK itu pada tahun 1942 dulu adalah kawasan PERTEMPURAN SENGIT. Banyak bangunan yang terbakar, asap berkepul-kepul di sana-sini dan paling mengerikan tempat mayat-mayat bergelimpangan.


Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Suasana Di Kuala Lumpur Ketika Perang Dunia Ke-2 (7 Gambar)"

Wednesday, 15 May 2013

Sejarah : Heracleion, Bandar Mesir Purba Yang Hilang Ditemui Selepas 1200 Tahun (7 Gambar)


Sebuah kota era Mesir purba iaitu Kota Heracleion telah ditemui oleh sepasukan ahli arkeologi selepas 1,200 tahun tenggelam di bawah permukaan laut. Pasukan ahli arkeologi turut menemui pelbagai artifak yang terpelihara dengan baik pada kedalaman 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay yang terletak berhampiran Alexandria yang mengisahkan perihal sebuah kota pelabuhan purba yang terkenal pada masa itu.

Menurut Telegraph, "Penyelidikan lanjut kini menunjukkan bahawa Thonis-Heracleion merupakan sebuah kota pelabuhan yang penting bagi urusan perdagangan Laut Mediterranean dan Sungai Nil".

"Pihak penyelidik juga mendapati kota ini telah dibina di atas permukaan tanah liat yang bercampur dengan tanah pasir, dan memungkinkan ia tenggelam ekoran kejadian gempa bumi di rantau itu."



p/s : Fuyoo... 

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Heracleion, Bandar Mesir Purba Yang Hilang Ditemui Selepas 1200 Tahun (7 Gambar)"

Monday, 13 May 2013

Sejarah : Lagenda Ikan Patin & Kenapa Kebanyakan Melayu Sarawak Tidak Memakannya (Gambar)


Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.


Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Lagenda Ikan Patin & Kenapa Kebanyakan Melayu Sarawak Tidak Memakannya (Gambar)"

Sunday, 12 May 2013

Sejarah : Lokasi Terkini Taman Tergantung Babylon Adalah Di Iraq? (4 Gambar)


Setelah melakukan kajian selama berabad-abad, para sejarawan dan ahli arkeologi mungkin telah melupakan tentang misteri taman yang satu ini. Tetapi secara mengejut, baru-baru ini misteri taman tergantung Babylon kembali diperkatakan.

Seorang sejarawan terkemuka Oxford mengatakan bahawa taman tergantung dongeng itu yang merupakan salah satu dari 7 keajaiban kuno, tidak dibangunkan di Hillah oleh Raja Nebukadnezar dan bahkan taman ini tidak berada di Babel, Iraq, seperti pendapat kebanyakan pakar sejarah.

Dr Stephany Dalley dari University Oriental Institute Oxford mengatakan bahawataman tergantung dongeng ini berada 300 km utara Nimiwe, saingan Babel oleh penguasa Sanherib Asyur.



Dia pertama kali mengajukan usulan tersebut pada tahun 1992 dan telah menghabiskan 20 tahun mengkaji misteri ini, lapor The Independent. Terdapat empat komponen kunci dari teori Dr Dalley, yang akan dihuraikan dalam buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Ketika beliau mempelajari deskripsi sejarahnya, Dr Dalley menemui satu relief abad kesembilan belas dari istana Sanherib di Niniwe menunjukkan pohon yang tumbuh di barisan tiang beratap persis seperti yang dijelaskan oleh pendapat awal.

Kedua, Niniwe, ibukota Asyur, dikenali sebagai 'New Babel' ketika Asyur menakluk Babel pada tahun 689 SM, pada kenyataannya sejumlah tempat di kawasan tersebut dikenali dengan nama 'Babel'.

Dia juga menemui gerbang Niniwe diberi nama untuk mereka secara tradisional kemudian digunakan untuk gerbang kota Babel setelah misi penaklukkan mereka berjaya.

Ketiga, penilaian geografi menemui tanah datar di sekitar Babel yang secara teorinya adalah mustahil  untuk mengalirkan air ke Taman Tergantung itu.

Akhirnya dia percaya bahawa deskripsi klasik asli dari Hanging Gardens yang ditulis oleh sejarawan yang benar-benar mengunjungi wilayah Nineveh, termasuk  dari Alexander The Great yang tenteranya berkhemah di kota berdekatan pada 331BC, dekat dengan salah satu saluran air besar. Dr Dalley sekarang percaya untuk lokasi sebenarnya Taman Tergantung itu.

Dia berkata "Ini dilakukan selama bertahun-tahun untuk menemui bukti bagi menunjukkan bahawa taman beserta sistem yang terkait didalamnya dari saluran air, terusan ternyata dibangun oleh Sanherib di Niniwe, bukan Nebukadnezar di Babel.

"Ini adalah untuk pertama kalinya bukti dapat ditunjukkan dengan jelas bahawa Taman Tergantung ini benar-benar wujud."


Misteri Taman Tergantung Babylon

Taman Tergantung Babilon adalah salah satu dari 7 Keajaiban Dunia Kuno dan satu-satunya mungkin legenda sebenar yang masih wujud.

Penemu pertama menyatakan taman ini dibangunkan di kota kuno Babel, dekat Hillah, wilayah Babil, di Iraq.

Taman ini dikaitkan dengan Neo-Babel, Raja Nebukadnezar II yang memerintah antara 605 dan 562 SM. Dikatakan bahawa sang Raja membangunkan taman ini untuk mengenbirakan isterinya Amytis. Taman itu dikatakan dipenuhi dengan pohon pinus dan tanaman tanah serta saluran air.


Tidak diketahui apa yang terjadi pada Taman Tergantung tersebut. Beberapa teori menyebutkan kebun itu diratakan oleh gempa bumi yang dasyat.

Taman Tergantung Babilon didokumentasikan oleh para penulis Yunani dan Romawi kuno, termasuk Strabo, Diodorus Siculus dan Quintus Curtius Rufus.

Josephus sejarawan Rom-Yahudi menggambarkannya "Di istana ini, dia (Nebukadnezar) mendirikan bangunan yang sangat tinggi, didukung oleh asas batu dan dengan menanam apa yang disebut syurga pensile dan mengisi dengan pelbagai jenis tumbuhan.

Namun tidak ada bukti arkeologi definitif mengenai kewujudan taman ini yang dapat ditemui.

p/s : Wallahualam... 

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Lokasi Terkini Taman Tergantung Babylon Adalah Di Iraq? (4 Gambar)"

Sunday, 21 April 2013

Sejarah : Oregon Boot, Kasut Yang Paling Ditakuti Oleh Banduan (5 Gambar)


Dihasilkan oleh Warden, J.c Gardner pada tahun 1866, kasut ini juga dipanggil the Oregon Boot atau man-killer. Kasut ini mempunyai berat diantara 5 hingga 28 paun. Kasut ini telah dipakai oleh banduan untuk mengelakkan mereka dari larikan diri. Selain itu, ramai banduan yang memakai kasut ini satu masa yang panjang akan menyebabkan masalah fizikal yang parah.


p/s : Seksa kot.. 

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Oregon Boot, Kasut Yang Paling Ditakuti Oleh Banduan (5 Gambar)"

Saturday, 13 April 2013

Sejarah : Ibrahim Pendek, Pelakon Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood (5 Gambar)


Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.


Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. 

Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962.

Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.


Jom tengok sikit sedutan filem The Spiral Road lakonan Allahyarham Ibrahim Pendek...


p/s : Bangga beb... Dapat pulak berlakon dengan Rock Hudson. Time tu Rock Hudson merupakan salah seorang dari pelakon yang sangat famous. Kira macam Brad Pitt la kalau masa sekarang. Bezanya, Rock Hudson ni mati disebabkan AIDS kerana dia seorang GAY. Yucks..

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Ibrahim Pendek, Pelakon Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood (5 Gambar)"

Friday, 5 April 2013

Sejarah : "Bedford Harimau", Kenderaan Keluaran Kilang Kereta Pertama Di Malaysia (4 Gambar)


General Motors, sebuah syarikat automobil dari US telah membuka kilang pemasangan kenderaan pertama di Malaysia pada 1970an. Mereka telah membeli Capital Motors Assembly Plant di Johor dan telah mengeluarkan beberapa model kereta seperti Opel Kadett, Manta, T-Car Gemini serta Holden Kingswood. Namun, setelah syarikat kenderaan Jepun menguasai pasaran Asia, syarikat pengeluar barat telah mengaku kalah dan berhenti mengeluarkan kenderaan di Malaysia pada 1971. Harimau dipasang dan dekeluarkan di Johor dan dijual dengan harga yang murah.

Namun, oleh kerana tujuan Harimau dihasilkan khas untuk kegunaan perladangan tau agrikultur, model ini hanya mendapat sambutan meluas dari penduduk luar bandar yang memerlukan kenderaan seperti Harimau. Ketika itu juga syarikat pengeluaran kereta dari Jepun telah mengambil alih pasaran kereta di Malaysia dengan memperkenalkan model yang lebih mesra pengguna. Oleh itu, pihak GM telah mengambil keputusan untuk menjual kilang di Johor itu kepada syarikat Oriental Holdings yang kemudiannya menjadi tempat pembuatan kereta Honda.


p/s : Sapa penah jumpa kereta Harimau nih? hoho.. Legend kot..

Sumber : Here

Read More.. "Sejarah : "Bedford Harimau", Kenderaan Keluaran Kilang Kereta Pertama Di Malaysia (4 Gambar)"

Sejarah : Protons CARES Limited Edition Tahun 1992 (Gambar)



Proton CARES ialah jenama kereta Malaysia yang amat istimewa kerana ia hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit sahaja pada 1992! Nama CARES ialah akronim untuk Clean Air Regulated Emission System (Sistem Penapis Udara Berkawal) iaitu ciri khas yang diperkenalkan pada kereta tersebut. Secara ringkasnya CARES bermaksud kereta tersebut mengandungi "sistem suntikan bahan api pelbagai punca" yang berfungsi untuk "menambahkan kelancaran dan mendatangkan prestasi yang lebih baik"

Proton CARES yang dikeluarkan dalam 2 model, Salon SE & Aeroback GL, secara fizikalnya adalah berdasarkan rekabentuk Proton Saga Iswara yang telah dikeluarkan lebih awal. Model Salon SE berharga RM42,500 manakala model Aeroback GL berharga RM43,000 termasuk insurans, cukai jalan & aksesori. Identiti khas Proton CARES ialah pada rupa luarannya di mana ia hanya dikeluarkan dalam 1 warna sahaja iaitu hijau metalik sebagai simbol "keprihatinan terhadap alam sekitar"

p/s : Mahal kot 43k time tu.. 

Sumbeer : Here
Read More.. "Sejarah : Protons CARES Limited Edition Tahun 1992 (Gambar)"

Friday, 15 March 2013

Sejarah : Masjid Kobe, Masjid Yang Bertahan Dari Bom Atom Dan Gempa Bumi (7 Gambar)


Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan. Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Penyerangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan.

Dan Jepun pun kalah. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Ketika itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan secara langsung dari Jerman. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis kewangan sering menghampiri kas jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya.Ramai penderma yang bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid ini. Sumbangan tetap boleh membuat Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.

Para ilmuan menyatakan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang saling bertembung, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan plat Eurasia. Meskipun hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan nyawa sebanyak 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan mangsa 140,000 orang. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak tergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana.


p/s : Subhanallah... 

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Masjid Kobe, Masjid Yang Bertahan Dari Bom Atom Dan Gempa Bumi (7 Gambar)"

Tuesday, 12 March 2013

Sejarah : Sungai Yang Dahulunya "Jamban" Rakyat Korea Selatan (10 Gambar)


Terletak di pusat kota, sungai itu juga mampu menarik minat para pelancong tempatan dan luar negara. Cheonggyecheon benar-benar menawarkan daya tarikan tersendiri.

Suasananya cukup tenang walau di atasnya berlalu-lalang beragam kenderaan bermotor. Sisi kiri dan kanan sungai itu disediakan laluan khas untuk pejalan kaki, sehingga mereka dapat merasakan secara langsung kesejukan udara sekaligus mendengarkan aliran air yang menyegarkan. Walaupun tidak boleh diminum, namun air di sungai ini sangat jernih.

Sungai sepanjang hampir 6 km ini dahulunya sangat kotor, bahkan pernah menjadi jamban dan tempat membuang sampah bagi kebanyakan orang. Menurut laman pemerintah Seoul, setelah Perang Korea (1950-1953), Cheonggyecheon menjadi lokasi penempatan kaum pendatang yang ingin mengadu nasib di ibukota.

Pada dekad 1970-an, Cheonggyecheon berubah fungsi menjadi salah satu simbol "modernisasi" Korea Selatan. Sungai itu dipenuhi banyak tiang konkrit untuk pembangunan jalan bertingkat. Pelbagai pencemaran berlaku sehinggakan air sungai itu tidak dapat mengalir.

Namun, pada 2003, datuk bandar Seoul ketika itu, Lee Myung-bak melakukan perubahan revolusioner. Lee, yang kini adalah bekas presiden Korea Selatan berkat visinya yang mesra alam, ingin Cheonggyecheon kembali kepada statusnya semula sebagai anak sungai yang mengalir di pusat bandaraya.

Jalan-jalan bertingkat di atas sungai itu diruntuhkan, begitu pula dengan tiang konkrit dan konkrit penghadangnya. Maka, dua tahun kemudian, Cheonggyecheon "lahir kembali" sebagai sungai yang indah dan kini menjadi salah satu kebanggaan warga Seoul sebagai ibukota moden yang turut memberi perhatian terhadap kelestarian alam sekitar.

Menurut keterangan pemerintah Seoul, kelahiran kembali sungai itu bahkan turut menurunkan tahap pencemaran udara dan kian menyejukkan udara di tengah bandarayanya.


Berikut gambar-gambar sungai Cheonggyecheon ketika masih kotor dan tercemar:


Ini pula gambar-gambar sungai Cheonggyecheon setelah dibersih dan diperindahkan:



p/s : Sungai Klang? 

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Sungai Yang Dahulunya "Jamban" Rakyat Korea Selatan (10 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...