Kongsikan Entri Kami

Thursday 20 October 2011

WTF : Sekitar Hong Kong Walaupun Harga iPhone 4S Dua Kali Ganda Lebih Mahal (8 Photos)

Apple belum lagi mengumunkan secara rasmi bila produk iPhone 4S mereka akan tiba di Hong Kong, China mahupun di Malaysia tetapi orang di Hong Kong sudah boleh membeli iPhone 4S di sana tetapi dengan syarat. Ianya mula dijual sehari selepas iPhone 4S dilancar di Amerika Syarikat. Syarat adalah iPhone 4S 16GB (tanpa kontrak, unlocked) adalah berharga RM4,189 iaitu dua kali ganda harga sebenarnya. Tetapi tetap ramai orang yang berbaris untuk membelinya sehingga ada seorang yang membeli sehingga 53 buah iPhone 4S sebagai hadiah kepada rakan-rakan (wtf?). Dengan kerelaan orang ramai untuk membayar harga yang lebih tinggi, Mr Lo yang sentiasa membawa produk Apple termasuk iPhone 4 dan iPad 2 ke Hong Kong sebelum mulai dijual di negera tersebut telah berusaha untuk mencari negara yang ingin menjual iPhone 4S dengannya. Mr Lo akhirnya mendapat produk dari Australia dan semuanya adalah unlocked supaya mereka boleh menggunakan SIM Card tempatan. Sebelum menempah iPhone 4S ini, semua pelanggan sudah setuju dengan harga Mr Lo tawarkan seperti di atas dan membayar duit pendahuluan sebanyak RM400. Kebanyakkan pelanggannya adalah dari negara di mana iPhone 4S belum mulai dijual seperti China, Thailand dan Vietnam.
p/s : alangkah bodoh mereka ini sanggup membuang duit lebih dari RM2500 daripada menunggu beberapa bulan lagi?

Mr. Lo (sebelah kanan)

micgadget

3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

aiks.....nenek pun ikut baris jgk ka....hahahah

Shanburn said... Best Blogger Tips

aduh stressnya tgk org berbaris huhuhu dalam dunia ni hanya iphone je ke hp...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kaya gler bapak diorg ni. keje jual dadah ker?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...