Kongsikan Entri Kami

Tuesday 18 October 2011

WTF : Bayi Baru Lahir Dikelar Sehingga Mati oleh Pelajar di Betong [2 Photos]


BETONG: Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.
"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.
Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.
Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

13 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian baby yang xbersalah nehh menjadi mangsa...
kejam sungguhhh!!!!!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

budak2 zaman skrg...pndai buat tp x pndai tggung.. inilah akibatnya...bayi yg x berdosa mnjadi mgsa.

Anonymous said... Best Blogger Tips

KESIAN BUDAK TU...
YG DA LAMA KAWIN NK DAPAT SORANG ANAK PUNYE LA PAYAH..
DIEORG YG SENANG2 P BUNUH,BUANG MCM TU AJE..
HATI PERUT KT MANE LA...

Anonymous said... Best Blogger Tips

mesti anak mlm tahun baru nih....!!! banganggg..!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

amik ko kne 302..mati mandatori..padan mke..serve ur right! umo 16 da nk beromen bagai..hey mati lagi eloklah! dam! dak kecik comel la giler!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Laksanakan HUDUD dgn Segera!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku nak nangiss!!! ciannya baby tu..gila punya pompuan!

Anonymous said... Best Blogger Tips

mesti dia budget nak kelar pastu nk buang dlm tandas ni... pastu dia rayan baby ni nk cekik dia... serve u right... kelar balik badan budak tu mcm tu gak... nape la hang pi usung dia dlm perut smpai 9 bulan pastu hang buat mcm ni lak... baik hang buang awal2... pi cuci ka apa patut... gila

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tahukah anda :

Tindakan menyiarkan gambar kanak-kanak terbabit dalam media cetak atau elektronik merupakan suatu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] memperuntukkan sekatan ke atas laporan dan penyiaran media gambar kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.

Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Moralnya sesiapa juga termasuk blogger kena mengambil perhatian. Sekatan keatas laporan dan penyiaran media gambar kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah itu hanya boleh dikecualikan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

Anonymous said... Best Blogger Tips

astaqfirullahalazim...apa dh jd gn bdk2 skang nie,menyirap gak aku tgk..

Anonymous said... Best Blogger Tips

gila lah remaja zaman sekarang ni..bt xnk berpikir ap

Anonymous said... Best Blogger Tips

ibu bayi tu tdk 100% salah! Siapa yang membuat dia mengandung harus dicari dan mesti dihukum bersama!Jgn dia lepas tangan sj. DNA harus dibuat. Tu lah org lelaki, lepas "Baling Batu " bersembunyi.@####@##&**@#$^&&**@#$%^&*!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ya allah...manusia mcm nie pun ad ke....cam xde perasaan wlaupun ckit ke.....mkn la ko hukumn mandatori....pndai bt x pndai smpn...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...