Hidup Dai Guohong, seorang lelaki yang berusia 21 tahun dari Wenchuan ini berubah selepas dia kehilangan kedua-duabelah kaki semasa gempa bumi yang melanda kawasannya. Semasa gempa bumi, dia bersama rakan-rakan lain tengah belajar seperti biasa di dalam kelas. Mereka berjaya untuk berembunyi di bawah meja sehingga seluruh bangunan runtuh dan menimpa ke atas mereka. Beberapa rakannya selamat termasuk Dai tetapi ramai juga yang terkorban. Dai terus dihantar ke hospital kerana kakinya dihempap sesuatu yang keras dan doktor terpaksa memotong kedua-dua belah kakinya untuk menyelamatkan nyawanya. Dai yang sedih dengan keadaannya hampir putus asa dengan hidupnya sehingga dia terdengar berita yang seorang jurulatih sukan OKU mencari perenang untuk sukan OKU di daerah Sinchuan. Dai yang kebetulan begitu minat dalam sukan renang sebelum ini cuba nasibnya untuk pemilihan. Dia terpilih untuk skuad ini ke Sukan Renang OKU peringkat kebangsaan di China dan dia berjaya meraih tempat ketiga dalam 100 meter kuak lentang. Kini dia dipilih untuk menyertai Paralympics 2012 tahun depan di London. Setiap hari dia akan meluangkan masa 6 jam untuk berlatih berenang. Tetapi dia juga tidak melupakan ahli keluarganya serta teman wanita yang sering mendorong dan memberi sokong padu.
1 comments:
cian die. tp bgus r die ley truskn pjuangn hidup die. ;)
Post a Comment