Cerita seorang budak perempuan berusi tiga tahun menjaga ayahnya yang lumpuh selepas kecelakaan telah tersebar di dalam China News tahun lepas. Budak yang bernama Dong Xinyi telah membuka mata semua orang China kerana keupayaannya dan kesabarannya menjaga ayahnya. Xinyi dilahirkan dari sebuah keluarga petani di Kota Huanghia, Shandong China pada tahun 2007. Beberapa bulan kemudiannya, ibunya meninggalkan ayahnya membawanya bersama. Ketika itu, ayahnya sudah lumpur kerana kecelakaan. Tetapi pada awal tahun 2010, ibunya tiba-tiba menghantarnya balik ke pangkuan ayahnya tanpa mengetahui apa sebab sebenar. Xinyi yang kasihan melihat keadaan ayahnya mulai menjaganya pada saat itu. Xinyi telah membersihkan seluruh kawasan rumah yang telah dibiarkan sebagai permulaan. Kemudiannya dia juga tolong ayahnya untuk membersihkan dirinya serta semasa ayahnya membuang air kecil/besar. Selain itu, setiap hari dia akan membancuh air untuk ayahnya pada waktu pagi dan memasak untuk mereka berdua pada tengah hari serta malam di tepi katil ayahnya. Namun dari masa datangnya duit, itu tidak dinyatakan. Mungkin diderma oleh jiran-jiran atau masyarakat sekeliling.
8 comments:
Tabahnya anak kecil itu.. tapi alangkah sedihnya zaman sekarang sbb anak 2 yg dah besar pun x mampu jaga anak dia..
btl2 diajar neh..klu bdk besar neh la kat sni kt yg bshkn berak dia..
moga urusan anak kecil tersebut dipermudahkan...
comelnye dia..
terharu aku tengok :')
so touching.=')
sedih + insaf...betul2 senggama minda aku ni
semoga tuhan permudahkan kerja budak kecil tu.. amin
Post a Comment