Kongsikan Entri Kami

Monday, 16 January 2012

Sejarah : Misteri Huruf "V" Di Kota Nabi Daud


BAITULMUQADDIS – Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru.

Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.

Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.

Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat.

Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya.”Saya tidak pernah melihat benda seperti ini,” kata Shukron.

Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud.

Penggalian itu dibiayai sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air Gihon.

Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.

Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran.

Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.

Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu.

Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka.

Sumber : Here

2 comments:

iysp said... Best Blogger Tips

V for Vendetta!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Nice Info...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...