Kongsikan Entri Kami

Thursday, 19 January 2012

Sejarah : Kubur Penyanyi Mesir Berusia 3000 Tahun Ditemui


KAHERAH - Sebuah kubur penyanyi wanita berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Diraja Mesir ditemukan ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim, kelmarin.

Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.

Difahamkan menerusi tulisan pada plak kayu yang ditemui dalam kubur itu, Nehmes Bastet, merupakan seorang penyanyi untuk dewa tertinggi Amon Ra semasa Dinasti ke-22 (945-712 Sebelum Masihi).

Nehmes juga merupakan anak perempuan Paderi Tertinggi Amon, jelas Ibrahim.

Penemuan itu amat penting kerana memaparkan Lembah Diraja juga digunakan sebagai tempat pengebumian individu-individu biasa dan sami-sami pada zaman dinasti itu, dan sehingga kini, kesemua kubur yang ditemui di lembah bersejarah itu mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Mesir purba.

p/s : Memang penemuan yang hebat beb.. sejarah tu..

Sumber : Here



8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Perst!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Amon
Ra Ra Ra Aa Aa Aa
Roma Roma Maa
Want your bad romanceeeee

Anonymous said... Best Blogger Tips

agak2nye la emas n harta yang ditanam sekali pn kene kebas x..????teringin nk tau...

Anonymous said... Best Blogger Tips

nie smue permainan dajjah lahanat....

Anonymous said... Best Blogger Tips

kene kebas dek org gali r...

Awie Omar said... Best Blogger Tips

JOM LA TENGOK SEGMEN SAYA BUAT NI.
NEXT TOP BLOGGER 1 DAH MASUK EPISOD 2
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-1-episod-2.html

razzwey razz said... Best Blogger Tips

nasib baik tak jumpa microphone dalam tu... :p

Anonymous said... Best Blogger Tips

amon ra ? bknnye amon re eh ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...