GOMBAK: Seorang wanita dan keluarganya bukan saja menanggung malu 
apabila majlis perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan 
sebaliknya kerugian lebih RM30,000 selepas ditipu teman lelaki kasanova 
yang mendakwa dirinya bergelar ‘Datuk’ dalam kejadian di Taman Sri 
Gombak, di sini.
Mangsa, 22, menanggung malu dengan saudara-mara, kawan dan jiran 
serta kadi selepas pengantin lelaki berusia 32 tahun terbabit tidak 
menghadirkan diri bersama rombongan pada hari pernikahan mereka, Khamis 
lalu.
Majlis sepatutnya berlangsung jam 10 pagi di sebuah masjid di 
sini, tetapi sehingga tengah hari, kelibat lelaki dan rombonganya itu 
tidak muncul dan gagal dihubungi.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 22, berkata sebaik menyedari tertipu dia menghubungi pihak bank dan mendapati wangnya dalam bank berbaki RM8 kerana tanpa sedar sudah membuat pemindahan beberapa kali ke akuan lelaki itu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 22, berkata sebaik menyedari tertipu dia menghubungi pihak bank dan mendapati wangnya dalam bank berbaki RM8 kerana tanpa sedar sudah membuat pemindahan beberapa kali ke akuan lelaki itu.
Menceritakan kejadian menimpanya itu, dia pelik kerana sanggup dan rela mendirikan rumah tangga dengan lelaki terbabit walaupun baru lebih sebulan mengenalinya, selain sudah menyerahkan wang ribuan ringgit.
p/s : Kesian betul dengan pompuan tu. Ish2.. 
Sumber : Here
 
 
9 comments:
nak sgt kawin ngn Org kaya mcmtula...
cepat betul judge orang tu...
dia terkena ilmu pukau..hati2 lah sebelum anda pula yg jadi mangsa..tanamkan perasaan curiga terhadap orang yg baru/tidak anda kenali.. sekadar nasihat
kasanova
sumandak digoda
kasanova
hehehehh.......
kesiannya dia.. dari dulu org yg aku jumpe name farhana ni sume putih cantik
TRUST NO ONE!! org zaman skrg ni kebanyakkannya cam haram..
Mcm2 cra org nk tipu skrg ni....semuanya sbb jd hamba pd duit.. Nauzubillah...
cepat sngt pecaya org...
DOWNLOAD MOVIE TERBARU DI SINI-MEDIAFIRE LINK
DOWNLOAD K-DRAMA DI SINI-MEDIAFIRE LINK
kepada gadis, jangan bank in duit kepada lelaki...
Post a Comment