JAKARTA - Puting beliung dan angin kencang yang melanda beberapa
kawasan di pulau Jawa dan Bali pada Rabu mengakibatkan tujuh orang maut,
51 cedera dan lebh 1,000 rumah penduduk rosak.
Mangsa yang terbunuh akibat ditimpa pokok terdiri daripada tiga orang
di Purbalingga, masing-masing seorang di Jakarta Selatan dan Wonosobo
serta dua orang di Bali.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan 22 daerah dan
bandar dilanda puting beliung pada Rabu iaitu Jakarta Selatan, Kepulauan
Seribu, Bekasi, Sukabumi, Indramayu, Magelang, Semarang, Sleman,
Wonosobo, Purbalingga, Banjarnegara, Ponorogo, Ngawi, Magetan,
Situbondo, Kediri, Blitar, Malang, Bangkalan, Sumenep dan Bali.
Kerosakan rumah paling banyak ialah di Kepulauan Seribu yang melibatkan sejumlah 499 rumah.
BNPB berkata puting beliung dan angin kencang yang berlaku
semalam dipengaruhi siklon tropika IGGY yang berada di Lautan Hindi di
sebelah Selatan Bali dan Nusa Tenggara.
Mengikut ramalan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika
(BMKG) Indonesia, siklon tropika IGGY membawa kesan tiupan angin
berkelajuan lebih 36 km sejam dan gelombang laut setinggi empat hingga
enam meter di beberapa perairan Indonesia. - BERNAMA
Sumber : Here
1 comments:
Masya Allah.... Ini petanda murka Allah pd makhluknya.... Tinggalkan maksiat dan segeralah brtaubat..
Post a Comment