Kongsikan Entri Kami

Wednesday 12 October 2011

Serius : Ahli Politik Saman FBI kerana Guna Gambarnya Untuk Membuat Rupa Osama

Seorang Ahli Politik Sepanyol Gaspar Llamazares terkejut dan panik apabila dia mendapati gambar seperti rupanya dijadikan Osama bin Laden. Gaspar kemudiannya menyiasat perkara ini dan mendapati sebenarnya FBI telah menggunakan rupa bentuk mukanya dari Google image untuk menghasilkan pelbagai gambar Osama bin Laden serta Atiyah Abd al-Rahman. Walaupun FBI telah meminta maaf secara terbuka kepada Gaspar dalam minggu ini, dia tetap akan mendakwa kerana dia menyatakan mereka tidak ikhlas untuk meminta maaf darinya. Selain itu, FBI yang mempunyai ramai orang berkebolehan dan teknologi yang canggih untuk menghasilkan pelbagai gambar belum lagi menyingkirkan semua gambar 'Gaspar' pada Osama dan Atiyah. Ini membuat Gaspar sangar bengang. Gambar yang FBI buat menggunakan gambar Gaspar adalah untuk laman web FBI bagi menandakan bagaiman rupa Osama selepas 10 tahun 9/11. Gambar tersbut untuk memudahkan semua pihak berkuasa untuk menangkap Osama melalui gambar ciptaan rupa Osama selepas 10 tahun.


dailymail

1 comments:

Miss Aizamia said... Best Blogger Tips

aku nak gelak. tp x sampai hati la pulak. kalau jadi kat aku pun bengang jugak.. hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...