Kongsikan Entri Kami

Saturday 15 October 2011

Cool : Urban Tails Resort, Hotel Anjing dan Kucing 7-Star di Dubai (10 Photos)


Urban Tails Dubai adalah Hotel 7 Star Pertama untuk Haiwan Peliharaan di dunia. Hotel ini dibuka oleh seorang Irish, Aideen O'Mara yang pindah ke UAE pada tahun 2004. Dia merupakan cikgu di salah sebuah sekolah antarabangsa sebelum membuka Hotel 7-Star ini. Aideen mendapat idea untuk membuka hotel ini selepas dia mengetahui yang anjing dan kucing tidak dibenarkan untuk berada di mana-mana sekitar Dubai. Jadi dia bercadang untuk membuka satu kawasan di mana kucing dan anjing dapat merasai segalanya dari kolam renang, gym, kolam, taman dan lain-lain. Selain itu, pada musim panas, ramai orang akan bercuti di tempat lain dan selalunya haiwan peliharaan ini akan dibiarkan sehingga dua atau tiga bulan di rumah. Jadi hotel 7-Star ini akan menjaga mereka sepanjang percutian tuan mereka. Selain itu, tuan mereka juga berpeluang untuk balik melihat haiwan perliharaan mereka di hotel untuk membawa mereka bersiar-siar di taman sekitar hotel apabila mereka mempunyai masa. Aideen membuat ini semua juga dia kasihan melihat orang ramai tidak mempunyai kebebasan membawa haiwan mereka ke mana sahaja kecuali di dalam rumah tidak seperti di Eropah. Selain itu, di hotel ini, pekerja akan mengikut diet yang diamalkan oleh haiwan perliharaan tertentu di rumah mereka. Jadi sebelum menyewa di sini, tuan haiwan ini perlu mengisi borang diet peliharaan mereka supaya tidak terlalu banyak atau sikit makanan yang akan dibagi serta apa jenis makanan yang mereka makan. Pihak hotel akan sediakan semuanya.
Untuk maklumat sila ke laman utama Urban Tails
Servis-servis yang dirangkumi dalam pakej di hotel Urban Tails ini:
  • Pet Relocation
  • Pet Boutique
  • Pet limo
  • Doggie Boot camp
  • Webcams in all play areas
  • Outdoor Swimming pool
  • Indoor & outdoor gym
  • Grooming & Training
  • Doggie Daycare
  • Custom designed luxury pet resort 
  • Short and long term boarding for dogs and cats

2 comments:

family of fur said... Best Blogger Tips

cool gler wey.... tp harge adoi.. mhl gler ni...

Anonymous said... Best Blogger Tips

untung lah skang haiwan pon duk lam hotel. -,-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...