Kongsikan Entri Kami

Friday 23 September 2011

OMG : Pembunuh Upahan Jatuh Cinta dan Menipu Kematian Mangsanya di Brazil

BAgaimana si pembunuh menipu kematian kekasih dia?
Seorang pembunuh upahan telah jatuh cinta dengan mengsanya dan kemudiannya menipu kematiannya dengan menggunakan pertolongan sos tomato. Pembunuh upahan, Carlos Roberto de Jesus dari Brazil telah dibayar Euro$ 345 untuk membunuh seorang gadis Iran Aguiar Araujo. Dia telah diupah oleh seorang suri rumah Maris Nilza Simoes kerana di percaya gadis tersebut mempunyai hubungan sulit dengan suaminya. Semasa de Jesus tengah dalam operasi membunuh dan berjumpa dengan gadis tersebut, dia dengan serta mereta jatuh cinta dan mengaku di depan Aguiar. Gadis tersebut telah menerimanya dan mereka berdua rancang untuk menipu Maris yang mengupahnya itu. Jadi mereka pergi ke kedai runcit terdekat untuk membeli dua botol sos tomato. De Jesus kemudiannya membuat baju kekasihnya itu koyak dan meletakkan pisau pada ketiaknya seolah-olah dia telah dibunuh dengan cara itu. De Jesus mengikat mulut dan tangan wanita tersebut dan meletakkan sos tomato pada baju kekasihnya itu serta pisau yang digunakan. Jadi De Jesus telah mengambil gambar dan terus menghantar ke Maris dengan mesej yang gadis tersebut dah mati. Tetapi segalanya terbongkar selepas tiga hari apabila Maris ternampak pembunuh upahan dan gadis "mati" tersebut berciuman di depannya. Maris terus ke balai polis untuk membuat laporan dan menyatakan De Jesus mencuri duit 1000 dari dia. De Jesus ditahan dan kemudiannya menceritakan segalanya kepada polis. Pihak polis begitu terperanjat dengan cerita dia. Kes ini berlanjutan dari Julai sehingga kini kerana pembunuhan tersebut sepatutnya berlaku pada Julai lepas dan pembicaraan baru selesai semalam dengan ketiga-tiga mereka telah dilepaskan dengan ikat jamin. Pasangan tersebut dikenakan hukuman ringan untuk menipu dan Maris mungkin akan juga dipenjara kerana niat untuk membunuh. Semalam suratkhabat tempatan menyatakan "Apakah bodohnya Maris yang tak nampak pisau tersebut pada ketiaknya bukan tubuhnya? Pihak polis menyatakan pertama kali kes macam ini berlaku dan ianya seolah-olah dalam filem. 

Ini gambar dengan pisau di ketiaknya : 

4 comments:

CT said... Best Blogger Tips

seram tgk...ishhh!!! Jom masuk blog akk > http://batulesung.blogspot.com/2011/09/buah-strawberi.html

Mdm Biar Betul said... Best Blogger Tips

ba wau dal wau ha!!!! pandai....

Qistina Mj said... Best Blogger Tips

haha..budu tu org..

MIZZSEVEN said... Best Blogger Tips

hoho bodoh punay org hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...