Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 20 September 2011

Cool : David Petrovic dan Luka Lukic, Budak Magnet di Serbia (6 Photos)

David Petrovic, 4 tahun dan Luka Lukic, 6 tahun telah menjadi perhatian beberapa hari ini kerana dikatakan mempunyai kuasa magnetik pada tubuh mereka. Semua bermula apabila mak David menemui kebolehannya selepas dia menyuruhnya mengambil sudu untuk adiknya. Tiba-tiba David menjerit "Mak, ianya melekat!!" David ditemui dengan sepasang sudu dan garpu pada badannya. Maknya terus menelefon kakaknya tentang perkara ini. Apa yang mengejutkan mereka berdua, Luke anak kakaknya juga mempunyai kuasa magnetik yang sama. Jadi megnetik ini datang dari mana? Pakar Radiologi, Mihajlo Dodic ditanya mengenai isu ini tetapi dia menyatakan perkara ini sangat mustahil untuk dijawab kerana ini adalah semulajadi. Ramai orang yang mendengar cerita saudara dua beradik menyatakan ini adalah penipuan sehingga mereka mengambil video untuk ditunjukkan kepada orang ramai.


dailymail

1 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

besar nnt jd magneto la ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...