Kejayaannya menerbitkan konsert Satu Suara pada tahun 2010 yang lalu di Istana Budaya mendorong penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza untuk menerbitkan sebuah program realiti nyanyian.
Bezanya, program yang diberi judul 'I-Klon' ini mencarai peserta yang boleh menyanyi dan meniru gaya artis idola pilihan mereka.
Dato' Siti Nurhaliza yang ditemui ketika rakaman peringkat akhir program berkenaan memberitahu yang I-Klon merupakan program hiburan yang akan memberikan kesan kepada industri hiburan.
"Idea asal program ini adalah daripada RTM dan SNP dipertanggungjawabkan untuk mengolah konsep program ini. Meskipun konsepnya adalah meniru idola masing-masing, namun saya percaya ia akan memberikan kesan kepada industri hiburan kita.
"Saya juga percaya, para peserta yang terlibat akan ada tempat dan peluang di luar sana berdasarkan mutu dan kualiti yang dimiliki," ujar Siti selepas tamat sesi rakaman tersebut.
Program I-Klon merupakan terbitan Siti Nurhaliza Production (SNP) dan RTM memulakan pencarian pesertanya sebelum bulan Ramadan lalu. Selama dua hari sesi uji bakat dijalankan, kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada muda remaja hadir menunjukkan bakat mereka.
Daripada jumlah tersebut, seramai 16 orang peserta sahaja yang terpilih ke peringkat saringan seterusnya dinilai untuk ke peringkat separuh akhir dan akhir. Manakala, lima peserta terbaik akan berentap diperingkat akhir.
Program ini akan bersiaran selama 30 minit, akan disiarkan sebanyak 13 episod menerusi TVi atau saluran 180 (Astro) bermula November depan dan dihoskan oleh Azrul Raja Lawak.
Setiap minggu, para peserta akan dinilai oleh dua orang juri jemputan antaranya Dato' Siti Nurhaliza, Syafinaz, Zukhairi, Cat Farish, Johan Raja Lawak, Didie Alias, Hazama, Ezlynn dan Mawi.
Program ini telah dirakamkan sepenuhnya di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MATiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
2 comments:
suka3....
seen this kinda show before.... last year or last 2 years kali... main di tv2 jam 6 or 7 gitu on weekend(either sabtu or ahad).. it was in Chinese, bt ada skali tu pempuan kacukan malay-chinese tiru siti nurhaliza.. muka dah lebih kurang cun, cuma suara xbrapa sama bt she got nice voice...
Post a Comment