Kita dikejutkan dengan kenyataan bekas kekasih Mamat ini yang menyatakan MAmat ini curang. Baru selesai perkara tersebut, timbul lagi cerita Mamat Sepah ini. Kali ini pula cerita dengan kekasih baru iaitu Fida Ibrahim, pelakon cerita Kasih Alia yang gambar tak bertudungnya telah di'upload' oleh Mamat ke Facebook secara tak sengaja (katanya). Entahlah bagi admin perkara macam ini, semua artis pasti akan jawab tak senjaga. Apa pendapat korang? Apa beza pakai topi nampak leher dan tak bertudung? Sebelum itu baca dulu temubual OHBULAN bersama Maamt tentang isu ini.
Hasil temubual OHBULAN! bersama Mamat Sepah, kami berjaya mendapatkan penjelasan dan bukti yang kukuh tentang bagaimana gambar itu boleh tersebar di internet.
Kami difahamkan, gambar tersebut tidak sengaja dimasukkan ke laman facebook Mamat Sepah. Kemudahan aplikasi pintar Blackberry menyebabkan Mamat tidak sengaja ter’upload’ gambar yang sepatutnya ditapis terlebih dahulu. Dia berkata, “Ketika saya menangkap gambar Fida, saya memakai spek mata hitam dan umum tahu saya ada masalah rabun. Saya tidak nampak rambut Fida yang terdedah disebabkan spek mata hitam dan masalah mata saya.”
Dalam percutian ini, mereka berdua menaiki kereta yang berbeza dan tidak wujud soal mereka hanya bercuti berdua.
Mamat turut menambah, “Pada waktu itu, kami pergi bercuti bersama, tapi bukan kami sahaja. Fida ada membawa PA dan Manager-nya sekali dan saya turut membawa keluarga saya. Jadi, kami bukanlah pergi bercuti berdua seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.”
Ketika diberitahu samada spekulasi yang mengatakan Fida sudah berani membuka tudung sejak mengenali Mamat adalah benar atau tidak, dengan tegas Mamat menjawab, “Secara jujur, saya tidak pernah lihat rambut Fida. Bagi saya kereta adalah tempat privasi, dan mungkin ketika itu Fida berasa panas dan sedang membetulkan rambutnya semasa saya mengambil gambarnya.”
Mamat yang kelihatan menyesal dengan kejadian ini menjelaskan lagi, “Saya langsung tidak pernah berniat untuk mengaibkan Fida apatah lagi untuk memburukkan orang yang saya sayang. Saya juga berharap agar pihak berkenaan tidak memburukkan kami lagi kerana gusar akan menjejaskan hubungan.”
Mamat turut berkongsi beberapa keping gambar eksklusif bagi membuktikan kehadiran orang lain selain dari mereka berdua ketika bercuti.
10 comments:
harap mamat glemour dgn flem...bukan gosip...
Adakah Islam membenarkan kita membuka hijab kita pada seseorang yg masih lagi tidak halal untuk kita bersama?? oh.. F****
dah, tak payah asyik cari salah orang je, kalau dia buat tak betul, tegur dengan cara hormat.
ade masalah rabun n then pkai spek hitam?? bole nmpk jln lagi ke?? wallahualam..
ARTIS..... bese la....
alasan x logik..tp still napa bukak tudung??..hmmm
ap punya alasan la..menampakkan kebodohan yg amat ketara
jwpn paling b***h!
akal ko sehodoh muka ko...
Bukak Tudong dosa! Yg tukang komen ckp org lain bodoh & mencarut tak berdosa???
Post a Comment