Kongsikan Entri Kami

Tuesday 26 June 2012

Kesian : "Lonesome George", Kura-Kura Gergasi Terakhir Ditemui Mati (6 Gambar)


Lonesome George, seekor kura-kura bersaiz gergasi dari Pulau Pinta dan terakhir dalam spesiesnya telah ditemui mati di Taman Negara Galapagos yang terletak di Kepulauan Galapagos, Santa Cruz..Haiwan tersebut pertama kali ditemui di Pulau Pinta pada bulan Disember 1972..Haiwan berkenaan telah dinamakan bersempena memberi penghormatan kepada pelakon Amerika Syarikat, George Gobel.


Haiwan ini juga pernah ditempatkan di beberapa tempat lain sebelum diletakkan di bawah penjagaan Stesen Penyelidikan Charles Darwin di Kepulauan Galapagos.

Selama beberapa dekad ini, pelbagai jenis kura-kura dari Galapagos telah disediakan untuk Lonesome George mengawan tetapi gagal dalam menjaga kemandirian spesies kura-kura tersebut. Pernah sekali, seekor kura-kura berjaya bertelur namun semua nya sia-sia kerana telur tersebut didapati tidak subur.

Lonesome George dikatakan mempunyai berat sebanyak 88 kilogram dan panjang sehingga 180 sentimeter. Walaupun umur kura-kura tersebut dikatakan mencapai 100 tahun, ia tidak  lah terlalu tua kerana kura-kura tersebut mampu mencapai had umur sehingga 200 tahun.

Kematian kura-kura tersebut mungkin disebabkan oleh sakit jantung yang kerap dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mencari punca sebenar.

Kura-kura bersaiz gergasi ini dianggarkan mampu mencecah berat sehingga 400 kilogram dan mempunyai panjang sehingga 1.8 meter. Spesies seperti Lonesome George ini dikatakan telah pupus di Kepualauan Galapagos lebih kurang 150 tahun yang lalu. Hal ini kerana kegiatan para nelayan yang sering menangkap haiwan ini untuk dijadikan makanan. Nelayan juga menggelarkan haiwan ini sebagai "tin hidup" kerana mampu bertahan dalam suatu tempoh yang sangat lama tanpa makanan dan minuman.





 p/s : Kura-kura mati meninggalkan _______> Sila isi tempat kosong. 

Sumber : Here



10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

aik..tak ada komen 1st?ni Z

Anonymous said... Best Blogger Tips

kura2 mati meninggalkan cengkerang la...=_="

Anonymous said... Best Blogger Tips

admin suka delete komen sesuka hati. admin tak prihatin warga anonymous!

Anonymous said... Best Blogger Tips

kura2 mati meninggalkan tapak kaki

Anonymous said... Best Blogger Tips

leher kura-kura panjang macam batang konek!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

oohh aritu aq ada komen,,aq first time tu,bla post da pblished,,aq refresh tgk bgian komen,tpi xde komen aq yg first tu,dua tiga kli aq komen first,tpi xnaikkkk ponnn bla refresh,msti admin yg pdam kn,,,beria aq seronok,ngat aq yg first,hukhuk...first!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

admin mcm bodoh je main delete komen orang. puihhh!

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodoh first pon nk kecoh. baghal

Anonymous said... Best Blogger Tips

urm,,,cinta kura-kura,,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesiannye.....
sedih pulak baca
kura2 terakhir dlm spesies nya
kita dah kehilangan 1 lagi spesies haiwan
peliharalah dgn baik sementara masih ada
jgn nnt kita dapat tgk gambar je
=_=

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...