Kongsikan Entri Kami

Thursday, 1 March 2012

Panas : 37 Fakta Mengenai LYNAS Yang Anda Mesti Tahu


Okay, info asal adalah dari MalaysiaWaves. Fakta ni tak dapat disahkan 100% benar. guna otak dan akal untuk berfikir.

1) Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2) 100% milik Lynas Australia.

3) Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4) Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5) Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6) Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun

7) Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8) Bebas Cukai selama 12 tahun.

9) Hina merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10) Harga satu tan pada RM364, 800.

11) Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12) Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13) Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

a) Ore dilombong di Mount Weld Australia.

b) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.

c) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.

d) ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.


14) Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

15) ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

16) ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

17) ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

18) Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
i) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
ii) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
iii) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

19) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

20) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

21) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.


22) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

a) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).

b) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.

c) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

d) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

e) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

f) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23) Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

24) ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

25) Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

26) Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

27) Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

28) Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

29) Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

30) Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

31) Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

32) Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

33) Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).

34) Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

35) ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

36) Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.

37) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.


p/s :  Nanti semua penuduk kat situ jadi zombie macam dalam cerita zombie kampung pisang.Kami berkecuali. Tak minat politik.

Sumber : Here


55 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

nombor satu lagi nokharom!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum.......

Anonymous said... Best Blogger Tips

2nd!!!
hahaha,hebat ye aku....
terima kasih kpd cikgu2 dan ketua kampung ats kejayaan aku nie....
pukiayam

Anonymous said... Best Blogger Tips

HAHAHAHAHAAH...

BODOHLA ADMIN...LAMBAT DAH NAK CKP..

XYAHLA NAK GEBANG LEBIH PASAL NI..KO AMBIK DR BLOG BUDAK SAINTIS SEGERA KAN?
POLITIK JER BENDA NI..

BACA BETOL2 DLM NAT GEO!RARE EARTH...
MASALAH DGN CHINA NI BESELA...SEMUA NAK JIMAT COST TERMASUK SAFETY COST..APA PON CHINA BUAT HATTA MAINAN PON, IPHONE PON SEME DGN CARA JIMAT COST AND PEKERJA SUFFER...

OFKOZ LA AUSTRALIA TAKNAK SISA DARI KILANG MESIA...X MEMASAL LAK...MCM JIRAN KO NK BUANG SAMPAH KAT LAMAN KO...KO NAK KE?
AUSTRALIA PON ADA KILANG RARE EARTH NYA SENDIRI...

PALING BESTTTTTTTTT--------

KAT SHAH ALAM PON ADE SEBIJIK LA KILANG RARE EARTH!!!!!!!!!!!
X MAMPOS PON RAKYAT MESIA...
DAH LAMA PON KAT CTU!
AKU PON LALU AREA TU XDE PAPE PON!
ADOIYAI...POLITIK...POLITIK...
PLEASE LA BUAT KAJIAN DULU JGN MAIN PETIK JER.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesimpulannya..skali dh terkena, 15 keturunan pn xkn abis menaggung azabnya..

JKKKK said... Best Blogger Tips

org kt ats ni anjing UMNO..hohohoho

ben xii said... Best Blogger Tips

UMNO BABI !! CAKAP JE MELAYU . TAPI MAMAK BOLEH MASUK JUGAK !! FAKKA

Anonymous said... Best Blogger Tips

Jangan mudah terpedaya :)

Ada mata, lihat. Ada telinga, dengar. Ada akal, fikir.

Anonymous said... Best Blogger Tips

org umno tu..taik umno menegak benang yg basah.pru tahun ni kite PKR,PAS...cantikkkkkkkk..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bongok nya anon kt atas tu..ckp macam otak kt pungkok..org dah bagi fakta kata bahaya dok nk kata xpa xpa xpa..jd kt ang baru ta..xjd xpa..mau kalau jadi mcm mana..sejarah dah penah berlaku la mangkaq oii..tu lahhh baca utusan dgn tgk tv3suku lg..jd bengap mcm umno jugak..sisa tu sisa sana la bawak mai sini...bukan dari sini nk kesana bahlol.

Anonymous said... Best Blogger Tips

TAK PAYAH NAK CAPS LOCK SANGAT LA SETAN..

Anonymous said... Best Blogger Tips

UMNO bodo.. sokong UMNO pon bodo..

Anonymous said... Best Blogger Tips

klu dah bocor benda ni sape nk tanggung?? mak bapak korang ke nk salahkan?? bodo punye org.. sokong la lagi..

Anonymous said... Best Blogger Tips

kau ingat kerajaan nak dengar cakap korang!! hahahaha.. elok korang semua ni kena sisa radioaktif tu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

pahang dh xde duit..dgn ada nya lynas ni hasil pahang akan btambah..cukai,sewa bla bla bla...

Anonymous said... Best Blogger Tips

woi mangkok bodoh yang dok keja 1st 2nd ape jadah tu...ni isu serius la bengap..mmg sbb ko bodoh je ko wt x amek tau..blum stat lg production lynas...tp ade reader yg da terencat..cmne la klo da bukak

Anonymous said... Best Blogger Tips

menyalak kat sini takde guna la syaiton!!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

akan terBUNGKUSlah KERAjaan BN/UMNO di pilihanraya akan datang ini nanti, kalau isu ini tak diselesaikan...
rakyat makin lama, makin cerdik bukan makin dugu macam zaman P.Ramlee..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Si bengong umno piang nie mauu bina rumah tepi lynas jaa biar dia tau bhyaaa tuh lagu mnaa~~ ckp senang r~~ aku kja sat kilang yg wat brg2 guna rare earth cth LCD n etc pon ada uban~~ tuh lepas bpa proses effect dia still kuat nie kn plak buat kilang hasil radi active nie~~ aku bru 22~~

Anonymous said... Best Blogger Tips

kat sini ramai geng2 pembangkang.bagus2...

Anonymous said... Best Blogger Tips

politik sucks!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

oleh sebab aku xtaw sape yg betul, jd sbagai langkah berjaga2, baek Hentikan LYNAS tuh!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

alah klu xde linas pon korang ni pon masuk neraka jgk,,pasal keja nk maki org je,,,cuba ko yg ddk kt tmpt tu,,same je mesti ko buat punya,,,duit klu dh tmpal kt mata ko pun ko dh xnmpk semua tu,,,jgn tnjuk sapo yg salah,,ko tgk diri ko org lh dulu bru ko ckp,,,kencing pun berdiri ada ati nk maki org,,,bingai lu org

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahahha...mati semua...

Anonymous said... Best Blogger Tips

semoga Allah melindungi kita semua..aminnn (kakcik)

Anonymous said... Best Blogger Tips

umno cacing

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 14:43 tu keldai umno..org dah wat kajian la kuar fakta ni..STOP lynas..najib tu tau nk untung dia jek..

Anonymous said... Best Blogger Tips

pada aku sebelum radiasi tu merebak... bek kite pakat2 buang henset smartphone mcm Iphone, Samsung, HTC, Nokia, Motorola, Sony..pastu kite x yah gune tibi LCD, LED, dan mcm2 segala tb yg nipis n terkini... pakat2 gune tibi hitam putih mcm zaman opah kite... komputer pun x yah pakai... nanti admin siar akustressgiler dlm sok khabar je x pun majalah... taip gune typwriter je... (kat umah saya da 2, klo nk pinjam...hehehe) yg mana da telepon umah yg gune kabel optik pun x yah pakai gak... nk berhubung gune posmen je... klo urgent, gune telegram... yang pakai kemere lak... pi jual kat kedai...pasal lens die jugak berkemungkinan da radioaktif...mana2 yg tringin nak beli kete Hybrid, lupakan je... pase turut mengandungi sumber radioaktif... pastu mentol2 lampu kat umah pun kene buang gak pasal mempunyai bahan nadir bumi yg beradiasi...kite pakai lampu ayam je, x pun pelita... (tringat masa dok ngan opah kat kg dulu....) last skali aku cadangkan... klo Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti... hentikan penggunaan senjata dalam angkatan tentera darat, polis, tentera udara, ngan tentera laut... sebab senjata tu juga turut mengandungi bahan radioaktif nadir bumi... penyelesaiannye...gune lastik burung je bile pi berperang....hehehe jangan marah...pendapat aku berdasarkan petikan no11 je...

Anonymous said... Best Blogger Tips

terbaik anon kat atas aku nh..briliant bro.

Anonymous said... Best Blogger Tips

sempoiiii....bngang bn...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ckp bg org marah...pk dlu la sblom ckp...fakta zaman chedet dlu dah penah jd kebocoran radiasi nih!tyme tu pun dia kata dijamin selamat...tup tup bocor jugak!!ramai yg mati yg sakit....dia rilex ja...lynas nie pun najib kata ok jugak pastu nnt mcm mana??australia sndiri xberani jamin selamat hampa dok sembang kemas apa...bodo mcm umno..dok ambik taik negara lain mai buang tang nih!negara tu pun xmau pasai bahaya ada jugak bengap yg dok sokong.....bnda yg dah siap xdak radiasi dah pakcin oi.yg taik tu yg bahan kimia..lebih baik duit xuntung asalkan rakyat sihat..piraahhhhh rakyat didahulukan konon. #ABU

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Hisyam Rezali kau la bangang!!! belaja stakat mana la ngko ni.... fakkoff

Anonymous said... Best Blogger Tips

ala tu yg 2 dri atas marah benor lah tu,,cuba mulut sumbat gan duit,,mata tampal gan duit,,jari dok kiro duit,,,harammmm xde yo yg kita tgk dio maro,,,samo jo dio ni,,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

umnobbb mmg bodoh! otak xpernah matang,ptuihhh ptuihhh ludah mcm panglima ludah.BN mampus xlama lagi

Anonymous said... Best Blogger Tips

what the fakkof la korg memekak,.

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 1march12 20:11 mmg betul....
bukan la aku nk sokong lynas ni...tp cube la korang fikir secara rasional...kehidupan kite seharian mmg mmemerlukankan ape yg dyorg ciptakan...dlm dunia ni,xde yg perfect..tentu ade kebaikkan dan keburukkannya...bukan semuanya buruk...yg sempurna adalah ciptaan Yang Maha Esa...kite manusia biasa..jd ape yg dyorg buat tentu ade kelemahan nye,tp kite kne pertimbangkan jgk kebaikkannye...

Anonymous said... Best Blogger Tips

orang kat atas nie. anon 2 March 09.03
bukankah mencegah itu lebih baik??
tak semestinya tiada ciptaan itu kita tak boleh hidp?? think..think...

Anonymous said... Best Blogger Tips

hidop UMNO..

Anonymous said... Best Blogger Tips

najib nk bunuh org kampung die..pakat2 kalih la..buktikan PRU kali ni pembangkang boleh tawan putrajaya..jgn ckp jer gebang..bg aku sama jer 2-2 parti ni..pembangkang pun kroni juga..rasuah gak..sama jer..sape yg ada kuasa akan jadi tamak..jadi lbh baik kite berkecuali xpyh mengundi..

Anonymous said... Best Blogger Tips

janji duit masuk.. UMNgOk kuat rasuah.. jgn pangkah dacing..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ko kuat melancap la bukan sebab ko keje kilang beradiasi sbb tu rambot ko beruban hahahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

mmg la kita guna hphone, laptop, tv LED n sbgnya ada bhn radioaktif even pncawang n sinar uv pon blh buat kanser, tp korang kena pike, dr kita yg tlg volunteer buat benda bhya kat sini yg mmg directly trdedah kpd bhn bhy scr direct jika dibandingkn dgn hphone yg ade bhn radioaktif dgn bhn kimia mcm2, of course la dlm hphone tu dah x aktif sbb tu ko x kena kanser...mcm h2o2 peroksida, oksigen radikal apabila dipecahkn struktur trsebut kpd o2 n h2o, benda tu dh jd x bhy...korg blaja ilmu sains, reti pike la bongok...rare earth material yg dianta kt malaysia adalah raw material drpd mining...so bhn kimia yg x distabilkan sgt bhy...

Anonymous said... Best Blogger Tips

blh x tolong jgn ckp lucah spt melancap, fuck n sewaktu dgnny...ngaku org islam, x pyh nk ckp bodo2 cam org kafir...

Anonymous said... Best Blogger Tips

asalkan bukan umno #ABU

Anonymous said... Best Blogger Tips

FUCK PKR!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

STOP LYNAS, SAVE OUR EARTH... ARE YOU GUYS GONNA WAIT UNTIL SOMEONE DIE BECAUSE OF THE RADIOACTIVE? THEN ITS TOO LATE FOR US TO CHANGE! GO GREEN~

Anonymous said... Best Blogger Tips

YG CKP ORG UMNO MKN RASUAH LAH,,KASI DIA DDK ATAS TGK MCM MANE,,,SILAP2 AGAMA DIA JUAL,,PUIHHH LAH IKUT LAH FAHAMAN ANUALUBANGBLKANG

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pasni habih la pompuan2 kat pahang tu tak laku. Takut dapat keturunan cacat pulak....

Unknown said... Best Blogger Tips

2X5 . . .PKR dan BN same je . .x100% perfect . .

Anonymous said... Best Blogger Tips

heran aku. bukan ker PAKAR NUKLEAR MALAYSIA ORANG PAS? so dia sendiri pun kata selamat. Pakar kata selamat korang kata tak. kalau dulu ambil kelas satsera jangan belagak macam budak sains. jangan mare kalau terasa.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Yang penting Dato" Najib dah dapat 1.8 juta ringgit Malaysia, kos asal 95juta-96.8, tahniah dato najib, teruskan usaha murni mu.

Anonymous said... Best Blogger Tips

hmmm... benda ni da pro n contra... dulu mase gomen nak buat jambatan pulau pinang... sikit punya banyak yg menentang,skang sikit punye sesak ke jambatan tu... bile krajaan nak kuarkan produk pertama kenderaan buatan malaysia... pihak pembangkanglah yang pertama kata x kan laku.... skang...brapa banyak yg da atas jalan raya... pembangkang pon pakai gak... soal LYNAS... ye aku bukan pakar... tapi kalo pakar nuklear pun kata selamat... aku nak kata pa lagi... takkan nak rasuah supaya jgn ckp x selamat...soalnye bile bercakap guna otak... xkan kerajaan bodoh sampai macam tu sehingga nak korbankan rakyat sendiri...tengok pada kebaikan... dan malaysia bukan negara pertama yg buat kilang ni... di jepun, china, ukraine, USA, korea, malah beberapa negara maju turut da kilang ni... untuk pe? kebaikan manusia... x pernah lak lagi dengar rakyat2 mereka jadi zombie atau xmen sebab punca radiasi...ikut kajian, dalam telefon bimbit pun da radiasi... pikir balik... pe yang kerajaan buat, pembangkang sokong... TIADA... soal kapal selam pun dorang pertikai... brapa pemimpin pembangkang yg brani naik? 3 orang je... yang lain? cakap je lebih... soal LYNAS ni... kerajaan dah kaji bertahun2 untuk buat keputusan... bukan 2 3 hari.... soal baik buruk pun dah ambil kira... benda ni aku yakin tok kebaikan negara dan kebaikan penduduk Gebeng khasnya

Anonymous said... Best Blogger Tips

nak fuck MCA gak la pasal dia pun bantah kawan baik dia..padahal 1 dacing...

JebengOtai™ said... Best Blogger Tips

ade tiga jenis radioaktif..thorium 232 tu mmg dihasilkan semulajadi..kat mana2 tmpt kat dunia ni ada radioaktif hasil dari kelahiran bintang macam matahari..

Anonymous said... Best Blogger Tips

sabah platform tu meletup gak,
x kecoh pon, yg penting piawai and standard kena ada
pasal amik brg dari china la pasal tu meletup
org lain dh pakai nuklear energy lebih 100 tahun
kita nk buat rare earth je dh komplain

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...