EL PASO, Texas (Reuters) – Seekor harimau betina bertindak membunuh pasangannya di sebuah zoo di barat Texas, pihak berkuasa berkata pada hari Jumaat, dalam satu serangan yang berlaku selepas berbulan-bulan wujud perasaan cemburu dalam kisah cinta tiga segi.
Harimau Malaya berusia tiga tahun, Seri membunuh Wzui berusia enam tahun pada hari Khamis, 4 petang di Zoo El Paso, seorang jurucakap zoo memberitahu.
Sebaik sahaja kejadian itu dilaporkan, penjaga zoo menutup pameran harimau dan kakitangan veterinar telah dipanggil. Mereka memeriksa Wzui dan mendapati ia telah mati.
“Kejadian tragik seperti ini pernah berlaku tetapi bukan sesuatu yang biasa terjadi,” Pengarah zoo, Steve Marshall berkata. Marshall menyifatkan Wzui sebagai sangat penyayang dan berkata ia akan dirindui.
Harimau Malaya adalah spesies terancam dengan hanya lebih kurang 500 ekor sahaja yang tinggal di hutan liar Thailand dan Malaysia, menurut World Wide Fund For Nature.
Seri dan Wzui dipinjamkan dari zoo lain sebagai sebahagian daripada rancangan American Zoo Association’s Species Survival (Persatuan Ikhtiar Hidup Spesies Persatuan Zoo Amerika) untuk membantu dalam pemuliharaan mereka melalui pembiakbakaan dalam kurungan.
Marshall berkata bahawa penjaga zoo tidak nampak apa-apa tanda keganasan yang boleh menyebabkan serangan, dan kedua-dua harimau itu pernah dilihat bermain dengan mesra pada awal hari itu.
Bagaimanapun, dalam bulan Jun, pihak berkuasa zoo melaporkan ‘cinta tiga segi’ antara Seri, Wzui dan seekor harimau betina berusia 15 tahun, Meli, yang dipindahkan ke El Paso dari sebuah zoo di Fresno, California, pada 2001.
“Harimau jantan, Wzui suka kedua-dua harimau betina, tetapi kedua-dua betina tidak suka satu sama lain,” kata zoo itu dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 14 Jun.
“Mereka (kedua-dua harimau betina) cemburu antara satu sama lain,” Griselda Martinez, Penyelia Koleksi berkata.
Kakitangan zoo menjangkakan seekor harimau lain mungkin akan dipindahkan ke zoo El Paso bagi menggantikan Wzui bagi tujuan pembiakan.
Oleh: Patricia Giovine | Reuters
Sumber: MyNewsHub
2 comments:
hmm... this proves that animals do have feelings too ^.^v
harimau pun pandai cemburu....
Post a Comment