Kongsikan Entri Kami

Thursday 15 September 2011

15 Fakta Tentang Bruce Lee Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi : kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu

3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.


4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.

5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.

6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.


8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakanibu jari sahaja.


 

9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee. 



10.Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan geng nya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus.

11. Ada tiga murid Bruce Lee yg pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

12. Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain.

Bruce Lee menerima cabaran itu dan mengalahkan guru tersebut dalam masa 3 minit. Bruce Lee kecewa, kerana menurutnymencipta konsep “Jeet Kune Do”.

13. Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Dalam kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.


14. Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan, Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.
 

15.Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, "Pa Qua" (sejenis azimat yang dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatudih tiup angin.

Sumber : Haxim


15 comments:

Nyamuk Terbang said... Best Blogger Tips

yg push up tue
hebat gila kot

Anonymous said... Best Blogger Tips

ok, ini pula fakta tambahan.
1) Bruce pernah bertarung secara benar di lokasi Penggambaran "Big Boss" dan ianya drakam, tetapi rakaman itu telah dirampas kembali oleh Bruce Lee.
2)Bruce pernah bertarung dengan beberapa jaguh handalan dalam karate, judo dan taekwondo semata-mata untuk mencari kekurangan & kelebihan dalam seni tersebut.
3)Bruce menggantikan "wooden Dummy" dengan Rangka besi kereta, kerana patung itu asyik patah ketika beliau berlatih dengannya.
4)Beliau dihantui mimpi-mimpi ngeri sebelum ajalnya seperti bertarung dengan seorang seorang lelaki yg gagah, malangnya bruce sentiasa tewas dalam pertarungan itu.
5)Beliau sentiasa mempraktikkan pukulan "tepat" dan 'cepat' jika ingin cepat mengalahkan lawan.
6)Semasa kecil beliau selalu dibuli, yang mana akhirnya membuatkan beliau berlatih seni bela diri untuk membalas balik.
7)Bruce juga seorang yang cepat panas Baran.
8)Nama sebenarnya ialah Lee Xian Long

haris said... Best Blogger Tips

authors, cube rungkai cerita bruce lee disebalik nama datuk meor abdul rahman (pengasas ilmu silat seni gayong malaysia).
byk fakta menarik berkaitan pertarungan tenaga batin antara kedua pahlawan ini.=)

ma said... Best Blogger Tips

testis besar sebelah

Anonymous said... Best Blogger Tips

kuat pun mati cepat

Anonymous said... Best Blogger Tips

bruce lee mati kene tembak la.. mmg la mati cepat..

Jedi said... Best Blogger Tips

chuch norris bukan anak murid bruce lee..dia just kawan bruce lee

Anonymous said... Best Blogger Tips

semua yg kome ni mcm besfren bruce lee je

Anonymous said... Best Blogger Tips

aq nak jd mcm bruce lee hehe....

ben xii said... Best Blogger Tips

ada fakta tambahan tentang bruce lee

1) dia bukan seorang melayu
2) dia bukan beragama islam

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada fakta tambahan , bruce lee x de kene mengene dengan aku

Anonymous said... Best Blogger Tips

ade lagi fakta tambahn = bruce lee tak sempat nak bukak account FB

Anonymous said... Best Blogger Tips

dia juga seorang lelaki

Anonymous said... Best Blogger Tips

dia seorang legenda dan aku akan jadi macam dia

Unknown said... Best Blogger Tips

aku dah blajar seni beladiri wing chun dan cita2 aku nak jadi mcam bruce lee....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...