Kongsikan Entri Kami

Friday 12 August 2011

OMG : Pelajar tidak tahan diliwat guru lapor polis


Mangsa tinggal di asrama sering diajak ke kuarters

KUALA TERENGGANU: Tidak tahan terus menjadi mangsa liwat gurunya sejak beberapa bulan lalu, seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah berasrama di Batu Rakit di sini, membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit di sini, petang kelmarin. 

Pelajar berusia 13 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu dikatakan sering diajak guru berusia 41 tahun itu ke rumahnya di kuarters guru dalam kawasan sekolah untuk diliwat. 

Susulan laporan polis dibuat mangsa, polis menahan suspek yang sudah berkahwin di rumahnya jam 4 pagi semalam dan kini direman empat hari. - K Manoharan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pelajar itu mendakwa menjadi mangsa liwat guru yang berasal dari bandar raya ini antara Mac hingga Jun lalu.

“Mangsa mendakwa diliwat tiga kali oleh guru itu antara Mac hingga Jun lalu di rumah guru itu yang terletak dalam kawasan sekolah.

“Kita menyiasat kemungkinan ada pelajar lain menjadi mangsa kerakusan nafsu guru itu,” katanya di pejabatnya di sini, semalam.
Manoharan berkata, pelajar itu yang dikatakan berasal dari bandar raya ini dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377 C kerana melakukan seks luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa, polis menahan suspek yang sudah berkahwin di rumahnya jam 4 pagi semalam dan kini direman empat hari.

bharian

p/s : nampaknya makin banyak cabaran seorang guru ini, dah banyak masalah yang ditimbulkan oleh para guru di sekolah. Semoga cikgu-cikgu baru akan memberi lebih komitmen daripada mementingkan perkara lain. Utamakan anak murid mereka dan masa depan mereka :-))

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st,.,.hahahahaa.,.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kuala terengganu?? hmmm..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...