Kongsikan Entri Kami

Wednesday 10 August 2011

Gosip : Siti Nurhaliza rakam Lagu dengan Sean Kingston - Remember Me


Khabar terbaru mengenai Dato' Siti Nurhaliza adalah beliau dikatakan akan merakamkan sebuah lagu duet bersama penyanyi bertaraf antarabangsa, Sean Kingston. Sewaktu selesai sesi rakaman program raya Aura 3 Diva Beraya di FINAS lewat malam tadi, penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu berkongsi berita tersebut.

"InsyaAllah, kami telah pun mengadakan perundingan. Pihak masing-masing bersetuju dengan idea tersebut. Kini, Sean Kingston pun dalam proses rakaman bahagian dia. Lagu tersebut hanyalah featuring Siti sahaja. Bahagian Siti telah pun dirakamkan. Hanya tinggal bahagian Sean sahaja di US," jelas Siti mengenai projek tersebut.

Lagu yang bertajuk "Remember Me" itu akan dimuatkan dalam album Inggeris Siti Nurhaliza bertajuk All Your Love yang bakal dipasarkan September depan.

Bercerita mengenai bagaimana projek usahasama itu bermula, Siti berkata ia adalah idea Bryan B yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Sean Kingston.

Jelas Siti lagi, "Rakaman tersebut sepatutnya dirakamkan lebih awal, malangnya Sean ditimpa kemalangan yang agak parah menyebabkan rakaman tertunda. Lagu ini merupakan kemunculan semulanya selepas kemalangan teruk tersebut."

4 comments:

CXopportunities said... Best Blogger Tips

makin maju Dato' Siti

Honey Bhulat said... Best Blogger Tips

dato citi dah hebat...boley speaking london..

qwert. said... Best Blogger Tips

hye Dato' siti.

Amirez said... Best Blogger Tips

makin maju nampaknya Dato' Siti

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...