Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 1 October 2013

OMG : Stadium Olimpik Di Beijing Yang Kini Terbiar Kosong (12 Gambar)

Stadium Olimpik Di Beijing Kini Terbiar Kosong.
Baru lima tahun selepas temasya terbesar itu dan stadium yang dibina telah dibiarkan kosong. 

Read More.. "OMG : Stadium Olimpik Di Beijing Yang Kini Terbiar Kosong (12 Gambar)"

Monday, 30 September 2013

WTF : Lelaki Dengan Hobi Pelik Iaitu Bergambar Tepi Pasangan Bercium (12 Gambar)

Lelaki Dengan Hobi Pelik Iaitu Bergambar Tepi Pasangan Bercium.
Mencari pasangan yang nak bercium dan kemudian dia berdiri di tepi mereka. Gambarnya akan diambil dan dimuat naik ke dalam Instagram.

Read More.. "WTF : Lelaki Dengan Hobi Pelik Iaitu Bergambar Tepi Pasangan Bercium (12 Gambar)"

WTF : Mak Nyah Dikecam Penduduk Kerana Jalani Kehidupan Separuh Bogel (3 Gambar)


MASSACHUSETTS – Seorang maknyah yang melakukan semua aktiviti dalam keadaan separuh bogel semata-mata kerana mahu memperjuangkan kesaksamaan berbogel, telah menerima kecaman penduduk setempat.

Stacey Schnee, 38, bukan sahaja mengayuh basikal separuh bogel dengan mendedah bahagian atas badan, malah dia turut memotong kayu, memandu,  berkebun dan mengadakan barbeque dalam keadaan tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk setempat membuat laporan polis.

Masalahnya polis pula tidak dapat menahan Schnee  kerana dia menutup puting payu dara dan memakai seluar, justeru Schnee dianggap sebagai tidak berbogel.

Undang-undang di Massachusetts menetapkan berbogel dan separuh bogel adalah haram.
Schnee merupakan anggota kumpulan Topless Equality, iaitu satu kumpulan yang memperjuangkan hak wanita untuk mendedahkan bahagian atas badan di khalayak ramai, sama seperti lelaki.

Dia yang mempunyai dua anak menjalani pembedahan tukar jantina pada bulan Jun 2011 dan pembedahan membesarkan payu dara pada tahun lepas.

Jelasnya, sebelum pembedahan itu, dia terpaksa bergelut dengan identitinya dan mahu membunuh diri kerana hidup sebagai lelaki dan wanita, bukan satu perspektif yang biasa kepada kebanyakan orang.

Keadaan berubah selepas dia menjalani pembedahan tersebut. 


“Saya sering mendedahkan payudara saya dan kadang-kadang berbogel di depan anak-anak saya.

“Bagi mereka, ia bukan sesuatu yang luar biasa dan mereka tidak peduli,’’ katanya.



Sumber : Here
Read More.. "WTF : Mak Nyah Dikecam Penduduk Kerana Jalani Kehidupan Separuh Bogel (3 Gambar)"

Superb : Jetpack Akan Dijual Tahun Hadapan Dengan Harga RM484,000 Sebuah (7 Gambar)


Sebuah kenderaan hebat yang membolehkan penggunanya terbang menggunakan roket yang diikat di belakang badan dijangka bakal berada di pasaran tahun depan.

Kenderaan yang dikenali sebagai jetpack dikeluarkan syarikat Martin Aircraft Company (Martin) itu dijangka dijual dengan harga RM484,000 sebuah.

Kini, kenderaan itu sedang berada dalam tempoh pembangunan dan ujian sejak 2006.

Syarikat Martin percaya Jetpack ciptaan mereka merupakan jetpack yang paling dinanti-nantikan kerana keupayaan terbang yang lebih lama dan mampu mencapai altitud lebih tinggi.

Biasanya jetpack hanya mampu terbang selama 15 minit sebelum bahan api yang digunakan habis. Jetpack keluaran Martin ini mampu terbang setinggi 900 meter dan memecut sehingga 74 km sejam dan berada di udara selama 30 minit.

Sasaran syarikat Martin ialah untuk jetpack ciptaan mereka akan digunakan pada misi mencari dan menyelamat ketika kebakaran dan juga boleh digunakan untuk tujuan rekreasi.


Bagi memastikan keselamatan penggunanya, setiap jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri.

Nama jetpack mula muncul dalam beberapa cereka fiksyen sekitar tahun 1920-an. Watak superhero terkenal seperti Rocketman menggunakan enjit jet galas untuk menentang musuh.

Ia menjadi kenyataan apabila pertama kali muncul dalam filem James Bond pada tahun 1960-an.



Sumber : Here

Read More.. "Superb : Jetpack Akan Dijual Tahun Hadapan Dengan Harga RM484,000 Sebuah (7 Gambar)"

Review : "Inf E-Shop", Kedai Pakaian Online Kualiti Tinggi Terlaris Di Pasaran (13 Gambar)




Review kali ini ialah berkenaan sebuah kedai menjual pakaian berkualiti tinggi secara online. Sesuai dengan zaman teknologi sekarang, semua barang korang boleh beli dengan hanya menghadap komputer. Tak perlu lagi susah payah berjalan-jalan sehingga lenguh kaki untuk membeli pakaian berjenama dan berkualiti tinggi. 

Kedai online Inf E-Shop ni menawarkan pelbagai jenis pakaian seperti Jubah, Kurung Moden, Kurung Cotton Vietnam, Telekung, Baju Melayu, Handbag dan macam-macam lagi. Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, jom tengok dulu gambar-gambar barangan yang ada dijual. (Model dalam gambar tu aku punya yer. janga usha lebih-lebih.. hehe)

RM 259


Amacam? Dah pening nak pilih? Jangan risau.. Gambar-gambar kat atas ni hanyalah sneak peak sahaja. Kalau korang rasa nak beli atau nak usha lagi, boleh pegi dekat FB Page diorang.. Lagi banyak choice dan korang boleh tengok harga. Memang berpatutan beb..

Kedai online ni jugak ada akaun Instagram, Korang boleh follo kalau nak tengok lebih banyak gambar koleksi pakaian yang dijual..


Segala urusan jual beli, korang bolehlah kontek whatapps kat number yang diberi dalam gambar kat atas. Senang je.. Tak payah dah pegi mall jalan-jalan sampai pengsan. Apa lagi tunggu? PEgi usha FB Page Inf E-Shop sekarang!!! 



Read More.. "Review : "Inf E-Shop", Kedai Pakaian Online Kualiti Tinggi Terlaris Di Pasaran (13 Gambar)"

WTF : Pasangan Kantoi Berasmara Dalam Kolam Di Kondominium Bukit Timah, Singapura (6 Gambar)


Pasangan ini tidak menyedari aksinya seks mereka dirakam oleh CCTV. Mereka yang sedang asyik melakukan seks dalam kolam di kondominium Bukit Timah. Macam-macam hal, mereka sepatutnya berfikir sebelum melakukan aksi tersebut di tempat awam. Sudah namanya Kondominium, kenapa tidak buat dalam bilik ? Dah macam binatang pulak.. 


Sumber : Here

Read More.. "WTF : Pasangan Kantoi Berasmara Dalam Kolam Di Kondominium Bukit Timah, Singapura (6 Gambar)"

Awesome : Aksi Terjunan Bebas Berani Mati Di Celah Gunung Di China (6 Gambar)


Seorang penerjun bebas berusia 37 tahun melakukan aksi ngeri apabila terbang menggunakan ‘suit terbang’ dengan kelajuan lebih 160km sejam di sebuah celahan kecil di kawasan pergunungan di China.

Jeb Corliss yang melakukan terjunan itu yang digelar “flying dagger’ berjaya melakukannya walaupun ruang di antara dua gunung itu cuma sebesar kira-kira tiga meter sahaja.


“Saya berasa lega berjaya melakukannya kerana inilah pertama kali saya berjaya melakukan lompatan sebegitu,” katanya.


Sebelum terjun, Jeb berkata beliau bimbang jika gagal, peminat dan orang ramai yang ingin melihat terjunan itu berjaya akan berasa kecewa.


Corliss terbang di celah gunung itu selepas terjun dari sebuah helikopter dari ketinggian 274 meter dari atas puncak gunung.


Lelaki itu sebelum ini pernah melakukan terjunan bebas dengan suit terbang di Paris (Perancis), Seattle (Amerika Syarikat) dan Afrika Selatan.


Di Afrika, Beliau mengalami kecederaan sehingga bahu dan tengkuknya patah.



Sumber : Here
Read More.. "Awesome : Aksi Terjunan Bebas Berani Mati Di Celah Gunung Di China (6 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...