Kongsikan Entri Kami

Monday, 30 September 2013

Superb : Jetpack Akan Dijual Tahun Hadapan Dengan Harga RM484,000 Sebuah (7 Gambar)


Sebuah kenderaan hebat yang membolehkan penggunanya terbang menggunakan roket yang diikat di belakang badan dijangka bakal berada di pasaran tahun depan.

Kenderaan yang dikenali sebagai jetpack dikeluarkan syarikat Martin Aircraft Company (Martin) itu dijangka dijual dengan harga RM484,000 sebuah.

Kini, kenderaan itu sedang berada dalam tempoh pembangunan dan ujian sejak 2006.

Syarikat Martin percaya Jetpack ciptaan mereka merupakan jetpack yang paling dinanti-nantikan kerana keupayaan terbang yang lebih lama dan mampu mencapai altitud lebih tinggi.

Biasanya jetpack hanya mampu terbang selama 15 minit sebelum bahan api yang digunakan habis. Jetpack keluaran Martin ini mampu terbang setinggi 900 meter dan memecut sehingga 74 km sejam dan berada di udara selama 30 minit.

Sasaran syarikat Martin ialah untuk jetpack ciptaan mereka akan digunakan pada misi mencari dan menyelamat ketika kebakaran dan juga boleh digunakan untuk tujuan rekreasi.


Bagi memastikan keselamatan penggunanya, setiap jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri.

Nama jetpack mula muncul dalam beberapa cereka fiksyen sekitar tahun 1920-an. Watak superhero terkenal seperti Rocketman menggunakan enjit jet galas untuk menentang musuh.

Ia menjadi kenyataan apabila pertama kali muncul dalam filem James Bond pada tahun 1960-an.



Sumber : Here

10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st yess!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

abah kau yess!

Anonymous said... Best Blogger Tips

tunggu mcm ironman baru aku beli..

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau dah ada kat Malaysia, boleh aku balik sarawak naik ni je, tak payah naik airasia yang lembab.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Naik airasia yg speed max 450 km/h..pon makan masa berjam2..
Anon ats nie mesti x belajar kt sekolah nie..bnda ats tu just betahan 30 minit jea..tu pun max speed only 74km/h...memang jatuh dalam laut lah...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kahkahkah...anon 07:48 nampak kebodohan yg nyata... nak blaim airasia lembab, last2 diri sendiri lagi la lembab... kahkahkah

Anonymous said... Best Blogger Tips

minyak mahal, aku naik basikal je lah...

sihat pun sihat, jimat pun jimat..

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau nak bangang lagi.. naik keledai!

Anonymous said... Best Blogger Tips

TAMBAHKAN STRESS ANDA BERSAMA KAMI...

Anonymous said... Best Blogger Tips

keledai keledai pown keledai la..anon 02:12 2 october

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...