Kongsikan Entri Kami

Monday, 30 September 2013

Retro : Iklan Lama Berkaitan Komputer Suatu Ketika Dahulu (10 Gambar)

Pada zaman teknologi ini, komputer merupakan gajet yang sangat penting malah boleh didapati di mana-mana sahaja di seluruh dunia..Malah, iklan pemasaran komputer pada hari ini juga semakin canggih dan menepati citarasa bakal pembeli..Namun, tahukah anda terdapat beberapa iklan komputer yang sangat popular sewaktu zaman awal penciptaannya? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Sumber : Here
Read More.. "Retro : Iklan Lama Berkaitan Komputer Suatu Ketika Dahulu (10 Gambar)"

Review : "Rasso Stall", Bubur Ayam & Ayam Goreng Terhangat Masa Kini (7 Gambar)



Kali ini admin nak buat review pasal makanan pulak. Bagi yang berada dekat Selangor, ni la peluang korang untuk rasa menu baru dari rakyat tempatan. 

Sesiapa rakyat Johor @ rakyat negeri Selangor, bolehlah datang ke RASS0 STALL yang bertempat di Hadapan Maybank Bandar Baru Sungai Buloh,Selangor.

Menu Utama di @RASSO STALL ialah Bubur Ayam & Ayam Goreng, dan juga terdapat Susu Segar dari Baba Supermart .

Segala Resipi bubur Ayam , Ayam Goreng & Susu Segar dibawa khas dari Kluang, Johor.

Semangkuk Bubur Ayam RM 3.00 sahaja, Ayam Goreng berlain harga mengikut saiz. Susu Segar 3 Perisa (Jagung,Strawberi & Coklat) Keluaran Verterinar Air Hitam RM 2.50/Botol sahaja.

Waktu Perniagaan SELASA - AHAD dari jam 5.00 ptg - 12.00 mlm. ISNIN Cuti.



Amacam? Meleleh tak air liur? Tak salah kalau tukar selera makan bubur ayam plak. Bubur ayam McD dah selalu sangat try kan? Jom kita support local brand pulak.  Ayam goreng pun boleh tahan beb. Tak caye? Korang kena try sendiri... Memang terbaek.. 

Ni plak gambar ketika bulan Ramadhan lepas.. Stall ni beroperasi dekat Paya Jaras, Kota Damansara & Damansara Damai. Habis licin beb.. Jom tengok gambar.. 


Sesiapa yang pernah try boleh komen kat blog ni. Memang ramai orang baru kenal Rasso Stall ni. Start dari Ramadhan lepas la femes. Tapi resipi dia ni memang femes sejak tahun 2008 lagi dekat Kluang. So, apa korang tunggu lagi? Jom pakat cuba ramai-ramai. Ingat tu, singgah la Rasso Stall yang terletak di Hadapan Maybank Bandar Baru Sungai Buloh,Selangor.

Kalau sesiapa yang berminat nak buat bisness Rasso Stall ni, boleh email owner diorang dialamat email berikut;  mohdrashid7809@yahoo.com / si90yakimbreed@yahoo.com

Support perniagaan local ni beb.. Tolong sesama kita.. Berkualiti dan terbaek!!

Read More.. "Review : "Rasso Stall", Bubur Ayam & Ayam Goreng Terhangat Masa Kini (7 Gambar)"

Sunday, 29 September 2013

OMG : Aksi Separuh Bogel Cemari Pertunjukkan Fesyan Di Paris (3 Gambar)


MAJLIS peragaan Fesyen Musim Bunga Paris 2014 yang sepatutnya berjalan dengan lancar dan penuh gemilang dicemari dengan insiden pencerobohan oleh dua aktivis wanita separuh bogel.

Aktivis kumpulan Femen tersebut berlari naik ke pentas peragaan dengan tanpa memakai baju sambil melaungkan “fashion fascism” yang merujuk kepada seksualiti dalam industri peragaan melalui solekan.

Mereka juga turut menconteng ayat pada tubuh yang bertulis “Diktator Fesyen” dan “Model Tidak Pergi ke Rumah Pelacuran”.

Kejadian itu berlaku sewaktu para model sedang sibuk memperagakan koleksi Nina Ricci dan salah seorang model, Hollie-May Saker,18, hampir menjadi mangsa kekasaran aktivis tersebut.

Menurut Saker, dia mendengar jeritan di belakangnya sewaktu sedang melangkah ke pentas.


“Apa yang saya lihat ialah wanita separuh bogel dengan contengan pen di tubuh mereka. Salah seorangnya mengangkat tangan saya dan saya memusingkannya dengan sekuat hati,” ujarnya.

Menurut gadis itu lagi, dia berasa sangat marah, namun terpaksa bertindak profesional pada saat itu.

“Memikirkan semula perkara itu, saya harap saya dapat menolak kedua-duanya jatuh dari pentas kerana merosakkan majlis kegemaran saya,” tambah Saker.

Bagaimanapun, kedua-dua aktivis tersebut berjaya dibawa keluar oleh seorang pegawal keselamatan yang bertugas.

Pelik kan? Katanya memperjuangkan hak dan maruah wanita, tetapi tindakan mereka pula yang memalukan diri sendiri.



Sumber : Here
Read More.. "OMG : Aksi Separuh Bogel Cemari Pertunjukkan Fesyan Di Paris (3 Gambar)"

Cun : Miss Philippines, Megan Young Dinobatkan Sebagai Miss World 2013 (6 Gambar)


Ratu Filipina, Megan Young telah dinobatkan sebagai Miss World 2013 yang telah diadakan di Nusa Dua, Bali, Indonesia semalam. Megan Young telah menembat hati juri dan telah mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu Miss France, Marine Lorpheline dan Miss Ghana, Naa Okailey Shooter.


Sumber : Here
Read More.. "Cun : Miss Philippines, Megan Young Dinobatkan Sebagai Miss World 2013 (6 Gambar)"

Cool : [Video] Inilah Pemilik Suara "EA Sport, It's In The Game"


Bagi gamers, terutama peminat game bola, Fifa pasti korang familiar dengan catch phrase "Ea Sports, It's In The Game". Video kat bawah ni menunjukkan seorang budak lelaki yang telah menemui tuan empunya suara disebalik catch phrase tersebut iaitu Andrew Anthony. Legend ni beb..


Sumber : Here
Read More.. "Cool : [Video] Inilah Pemilik Suara "EA Sport, It's In The Game""

Cool : Jambatan Bot Yang Kreatif Di Dhaka, Bangladesh (7 Gambar)


Sekumpulan pemandu bot di Dhaka, Bangladesh telah memikirkan cara yang sangat kreatif untuk menyeberangi Sungai Burigang yang dipenuhi tumbuhan. Setiap orang yang ingin menggunakan jambatan bot tersebut dikenakan bayaran 2 Taka bersamaan USD$0.02. Setelah tumbuhan tersebut mati, pemandu bot akan meneruskan perkhidmatan bot seperti biasa.


Sumber : Here
Read More.. "Cool : Jambatan Bot Yang Kreatif Di Dhaka, Bangladesh (7 Gambar)"

Sejarah : [Video] Inilah Lagu Asal "Tanggal 31" Nyanyian Ahmad C.B


Bagi yang tak tahu, Lagu Tanggal 31 nyanyian Sudirman bukanlah versi asal. Lagu ini adalah ciptaan dan nyanyian Ahmad CB pertama kali dirakamkan pada tahun 1957 khas untuk menyambut kemerdekaan Malaya. Kemudian pada era 80-an Sudirman merakamkan kembali lagu dalam album patriotik Abadi.

Pencipta dan penyanyi asal lagu ini ialah Ahmad C.B. atau nama lengkapnya Ahmad Chass Barra (Chass dibaca Khas).


Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : [Video] Inilah Lagu Asal "Tanggal 31" Nyanyian Ahmad C.B"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...