Kongsikan Entri Kami

Friday 27 July 2012

Amaran : Menghisap Rokok Sebaik Berbuka Mengundang Maut!


Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. 

p/s :Katakan taknak!

Sumber : Here

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

ajal maut di tangan tuhan

Anonymous said... Best Blogger Tips

btul tuh..hehe

*mari mnderma di bulan ramadhan ini~
KLIK DI SINI KORANG DAH DIKIRA MENDERMA 20SEN!

Anonymous said... Best Blogger Tips

mmg la ajal maut di tgn tuhan..tp klo sengaja cari penyakit tu tuhan x suka gak. da sakit nnt mnyusahkan org lain plak. tggal je la..xmampu selamany, sebulan pun ckup.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Aku dah 3 bulan x hisap rokok harap berkekalan...setelah 12 tahun hisap rokok

ben xii said... Best Blogger Tips

senang je nak berhenti rokok sebenarnya

Anonymous said... Best Blogger Tips

perokok tegar mmg susah nk berenti hisap

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...