Kongsikan Entri Kami

Friday 9 March 2012

Info : Senarai Lengkap 50 Orang Terkaya di Dunia 2012

Bilionair dari Mexico, Carlos Slim mengekalkan kedudukan tempat teratas sebagai individu terkaya di dunia buat kali ketiga berturut-turut dalam senarai majalah Forbes baru-baru ini. Beliau memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$69 bilion (RM207 bilion).



Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$61 bilion (RM183 bilion).

Ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett berada di tempat ketiga dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44 bilion (RM132 bilion).

Peniaga barang-barang mewah yang memiliki syarikat LVMH dari Perancis, Bernard Arnault masih kekal di tempat keempat dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$41 bilion (RM123.41 bilion).

Empat individu teratas itu masih kekal sama seperti senarai Forbes pada tahun lepas.

Berikut senarai lengkap 50 orang terkaya di dunia mengikut senarai Forbes:


Wanita paling muda dalam senarai itu ialah pengasas syarikat Spanx, Sara Blakely yang mempunyai anggaran aset berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) hasil perniagaan pakaian pelangsing badan dan berada pada kedudukan 1,153. Beliau merupakan antara 104 wanita dalam senarai itu.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, berada di tempat ke-35 dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$17.5 bilion (RM52.67 bilion).

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berada pada tangga ke-20 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$22 bilion (RM66.2 bilion).

Seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal al-Saud memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.18 bilion) berada pada tangga ke-29.

Menurut perangkaan Forbes, terdapat seramai 1,226 bilionair di dunia.

Sementara itu, Robert Kuok menduduki tangga ke-64 dengan anggaran kekayaan AS$12.4 bilion (RM37.32 bilion) diikuti Ananda Krishnan di tangga ke-93 yang dianggarkan mempunyai kekayaan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.79 bilion).

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary menduduki tangga ke-344 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$3.3 bilion (RM9.93 bilion).

p/s : Kaya dunia semua ni.. Akhirat?? Wallahualam.. 

Sumber : Here



12 comments:

The Fakhirin said... Best Blogger Tips

Bloomberg pn ada kluarkan gak..tapi xsama nilaian aset..mana 1 yg betul..ak xtau..tapi bloomberg gitau dia update setiap hari.

Anonymous said... Best Blogger Tips

u/s dominate...tapi masih,negara diorang gak yang banyak berhutang n nak bankrupt...

Anonymous said... Best Blogger Tips

rmai yg mmrlukan...hdp mlrat...kebuluran

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku jutawan yang ke -10000 dengan aset sebanyak rm10 dalam bg duit...

DOWNLOAD ADNAN SEMPIT 2 (2012)DI SINI
DOWNLOAD LAWAK KE DER? (2012) PERSEMBAHAN KOMEDI
DOWNLOAD THE SITTER (2011) (18+) DI SINI

Anonymous said... Best Blogger Tips

byk yg dh tua nk mampus

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku lak jutawan ke-10001 dgn aset sebanyak rm5 dlm akaun bank Islam

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku kaye gak..aku ade 20sen..eh 50sen rupenye..yahuuu

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mane khairul fahmi????

Kyosuke Takumi said... Best Blogger Tips

eh pak cik aku kt no.1 :D haha

ben xii said... Best Blogger Tips

pak najib takde dalam senarai ke ? *sigh

Anonymous said... Best Blogger Tips

aaahh...nie tak masok mr taib tu....kalu declaire...yg ke bp agaknye???

Anonymous said... Best Blogger Tips

napa x masukkan anuar skali
kalo suruh pak jib masuk mana adil dia
kn ke keadilan tu penting nama pon pkr

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...