Kongsikan Entri Kami

Monday, 26 March 2012

Berita : Wanita Iraq Dipukul Teruk Hingga Mati di San Diego


SAN DIEGO - Seorang wanita Iraq, yang cedera parah dan ditinggalkan satu nota memintanya agar balik ke negara asal minggu lalu, meninggal dunia semalam.

Shaima Alawadi, ibu berusia 32 tahun dan mempunyai lima anak, mengembuskan nafas terakhir semalam, kata Council on American Islamic Relations (CAIR), sebuah organisasi yang memperjuangkan kebebasan sivil bagi Muslim.

Dia dibekalkan dengan alat sokongan pernafasan sejak Rabu lalu setelah dicederakan di rumahnya. Mangsa ditemui oleh anak perempuannya di bilik tidur di rumah mereka di El Cajon, San Diego.

"Siasatan peringkat awal menunjukkan, satu nota berbaur ugutan ditemui berhampiran dengan tempat mangsa ditemui," kata pegawai polis El Cajon, Lt. Mark Coit. Pihak berkuasa tidak dapat mengatakan kandungan nota itu.

Bagaimanapun menurut anak perempuan Shaima, nota itu meminta mereka kembali ke Iraq selain memanggil mereka sebagai "pengganas." Menurut polis, nota yang serupa ditinggalkan di luar rumah mereka awal bulan ini, tetapi keluarga itu tidak membuat laporan.

"Seminggu yang lalu, mereka meninggalkan satu surat yang mengatakan 'ini negara kami, bukan anda punya, anda pengganas," kata  Fatima Al Himidi kepada KGTV. Hanif Mohebi, pengarah eksekutif CAIR cabang San Diego berkata, keluarga itu berhijrah ke Amerika Syarikat pada pertengahan 1990-an.

Pasangan itu mempunyai tiga anak perempuan dan dua lelaki berusia antara lapan dan 17 tahun. El Cajon antara kawasan yang mempunyai ramai orang Iraq. Fatima berkata, tiada barang yang hilang dari rumah mereka dalam kejadian itu.

Oleh itu, dia percaya kejadian ini bermotifkan kebencian.

p/s : Kekejaman semakin menjadi-jadi.. 

Sumber : Here


12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Siapa yg sebenarnya pengganas??

Anonymous said... Best Blogger Tips

sokong anon di atas aku...amerika dgn israel lah pengganas...

azu said... Best Blogger Tips

Orang yang dilakhnat Allah akan menyesal kat padang mahsyar nanti..

Anonymous said... Best Blogger Tips

america penganas, penjajah,perompak..america puki mak kau...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tp pendapat aku, dah tau america tuh pengganas dalam diam xyahla pilih america negara utk bermigrasi. pastu dtg america beranak pinak g byk2 menambahkan populasi dorg kt america 2 kot amrica xske. kalo aku jd dorg baguih lg pg negara lain slain america..

Anonymous said... Best Blogger Tips

dimana-mana pun adaa kezaliman---kakcik

Anonymous said... Best Blogger Tips

ala... kerajaan umno gak yg buat hubungan ngan amerika... kan

Anonymous said... Best Blogger Tips

Amerika bukan saja 'racist', lebih teruk lagi.

Anonymous said... Best Blogger Tips

nak marah2.. nanti artis sane jugak yg korang minat.. ~lalalala~

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kalau perempuan nih memang pengganas macam mana? Apa kerja yang dia buat kat San Diego? Ptuii! Prevention is better than cure.

Anonymous said... Best Blogger Tips

amerika ngan israel sama saja .. mereka bangsat punya Orang .. pegi jahanam la kau amerika isreal .. butO butO butO la kau amerika israel .. puihhh ..

Anonymous said... Best Blogger Tips

butthurt semua. haha.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...