Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 29 February 2012

Seram : Kejadian Misteri Ketika Penggambaran Filem Bunohan (5 Gambar)


Filem ‘Bunohan‘ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 8 Mac 2012. ‘Bunohan‘ menjadi sebuah filem yang dinantikan oleh ramai penggiat dan peminat sinema seluruh negara. Filem yang dibarisi oleh para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Amerul Affendi, Nam Ron dan Husairi Hussien ini diarahkan oleh Dain Said yang juga merupakan pengarah filem kontroversi ‘Dukun’ suatu ketika dulu. 

Seperti filem ‘Dukun’ yang tidak lekang dengan kisah-kisah misteri, filem ‘Bunohan’ ini juga menyimpan beberapa kisah mistik di sepanjang pembikinannya. Perkara ini diakui dan dikongsi oleh dua pelakonnya Zahiril Adzim dan Amerul Affendi pada satu pertemuan. Ternyata banyak cerita mistiknya melanda penggambaran filem kedua arahan Dain Said ini.


“Filem ini paling mencabar di sepanjang karier saya sebagai seorang pelakon. Sebab saya terpaksa berhadapan dengan banyak set penggambaran yang mempunyai seribu kisah mistik. Sangat menakutkan, tapi saya anggap ini sebuah cabaran,” ujar Zahiril Adzim, sebaik ditanya tentang pengalamannya.

Amerul Affendi ketika menceritakan sebuah kejadian di salah satu lokasi berhampiran tasik hijau di Setiu, kelihatan agak resah apabila cuba mengimbas kembali detik penggambaran yang dilaluinya.
“Tasik tu memang banyak mistik. Masa tiga orang krew membina pondok untuk tujuan shooting scene saya, Zahiril dan Nam Ron, ada budak kecil yang datang entah dari mana dan berbual dengan mereka tentang hal-hal ghaib di kawasan tu.
Katanya, dah banyak orang yang mati dekat situ. Kemudian bila hampir Maghrib,budak tu masuk ke dalam tasik dan hilang,” cerita Amerul dengan penuh berhati-hati.
“Tapi yang paling cemas, masa hari shooting. Masa tu seorang sahabat saya yang juga bertugas sebagai koreografer bagi aksi Lawi Ayam, nampak banyak makhluk ghaib mengelilingi penjaga konti dan ingin membawanya ke dalam tasik. Setelah berbincang secara ghaib, rupanya masa tu penjaga konti tu dalam keadaan tidak suci. Pada hal, dari awal sudah dimaklumkan oleh sahabat saya syarat-syarat dari ‘penjaga’ tempat tu untuk shooting di situ. Masa tu semua orang rasa lain macam, suasana pun jadi seram sangat-sangat. Tambah pula masa dah hampir Maghrib. Tapi alhamdulillah, setelah sahabat saya terus berbincang dengan makhluk di situ, semua kembali aman dan kami beredar tanpa hal yang buruk berlaku.” sambung Amerul lagi.

Zahiril yang hanya banyak berdiam diri dalam pertemuan itu, kemudiannya menceritakan hal yang berlaku pada hari yang lain di set yang sama, di mana seorang dari krew yang terlibat telah muntah darah sebaik pulang dari lokasi.
“Kecoh juga tempat penginapan kami senja tu. Sampai production terpaksa minta Amerul telefon sahabat yang tahu tentang hal ghaib tu untuk datang. Kebetulan masa tu, sahabat kami tu baru pulang ke KL malam sebelum kejadian. Jadi dia terpaksa datang balik ke Terengganu untuk selesaikan masalah tu. Rupanya krew tu ada mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran,” cerita Zahiril.


Apabila ditanya mengenai kejadian-kejadian mistik lain yang berlaku di sepanjang proses penggambaran filem ini, kedua-dua pelakon berbakat ini mempunyai satu jawapan yang sama, “Banyak”. Filem ‘Bunohan’ sebelum ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara. Tayangan perdana antarabangsa ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011 dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada bulan Oktober 2011. Ia juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana Eropah di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berprestij pada Januari 2012.

Universal Pictures bertindak sebagai pengedar filem Bunohan di peringkat antarabangsa. Pada 8 Mac 2012 ini, penantian penggemar filem tempatan terhadap kemunculan filem ini di layar perak akan tercapai.


p/s :Memang gempak la filem ni. Tapi kejadian misteri tu memang agak seram la. Yela, nama filem pun Bunohan. Hehe

Sumber : Here






14 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

citer gay ke ni??
GAAAAYYYY....!!!!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

first ..

arjunagt said... Best Blogger Tips

sokonglah filem tempatan.

Hirdayu Rahmat said... Best Blogger Tips

TERBAIKK ^^

Anonymous said... Best Blogger Tips

signboard kampung bunohan tu macam signboard nama tempat kt ganu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kampung bunohan ni kat tumpat kelantan......

Anonymous said... Best Blogger Tips

apa maksud bunohan tu... nama tempat ke?

Anonymous said... Best Blogger Tips

cam ONGBAK pon de baq ang..

rajak said... Best Blogger Tips

cakap 1st la wehh... kanapa korang x hargai kedudukan yang telah dianugerahkan kan tu... achoolaaa!!!

ben xii said... Best Blogger Tips

BUTOHAN !!

Anonymous said... Best Blogger Tips

bunohan . tanah jahat malaysia . tempat bermulanya permainan puteri . =_= ........

Anonymous said... Best Blogger Tips

nama tempat di kelantan.. bunohan

Anonymous said... Best Blogger Tips

sempadan narathiwat ....

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymouskau ni vila ehh!itu nama tempat bukannya
nama untuk gay

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...