Kongsikan Entri Kami

Friday 23 December 2011

Berita : Khir Toyo Didapati Bersalah, Dipenjara 12 Bulan


SHAH ALAM –  Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.


Beliau dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan serah hartanah kesnya di Seksyen 7 di sini.


Namun, hukuman tersebut ditangguhkan sehingga proses rayuan diputuskan oleh pihak mahkamah kemudiannya.


Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.


Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd  melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.


Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.


Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di
Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.


Sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 6 Jun lepas, 25 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan tampil memberi keterangan.


Pada 8 Ogos lepas, Mohtarudin memerintahkan ahli politik itu membela diri atas pertuduhan itu pada keputusan di akhir kes pendakwaan.

p/s : Terbaca pasal lelaki mencuri syampu dipenjara 2 tahun. Tapi kes  juta-juta macam ni penjara 12 bulan jer? hm.. Memang adil dan saksama.. 





Sumber : Here

5 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

12 bulan je? malaysia oh malaysia...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hmmmm adil memang adil sgt. ..berbezaan darjat kot. ....manusia oh manusia

Anonymous said... Best Blogger Tips

fuck..... kalau rakyat biasa kompom bertahun2... hukuman sekarang ikut darjat ker?

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada pembetulan cket..bukan toyo tp toyol!!!mmg perompak rakyat cmne la org melayu nak maju....pernagai cm toyol!!!!!

Rieda said... Best Blogger Tips

tu la tamak sngt..kan dh rugi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...