Kongsikan Entri Kami

Saturday, 21 July 2012

Serius : Gadis 22 Tahun Ini Adalah Juara Dunia Gusti Tangan (10 Gambar)

Gadis 22 Tahun Ini Adalah Juara Dunia Gusti Tangan.
Jadi jangan nak lawan dengan gadis ini kerana anda mungkin menjadi mangsanya.

Read More.. "Serius : Gadis 22 Tahun Ini Adalah Juara Dunia Gusti Tangan (10 Gambar)"

WTF : Kostum Prom Seorang Lelaki Yang Sangat Menarik Perhatian (2 Gambar)

Kostum Prom Seorang Lelaki Yang Sangat Menarik Perhatian.
Demi untuk menarik perhatian orang ramai, dia sangat memakai kostum sebegini.



Read More.. "WTF : Kostum Prom Seorang Lelaki Yang Sangat Menarik Perhatian (2 Gambar)"

Friday, 20 July 2012

Info :Siapakah Yang Mencipta Liquid Paper? (3 Gambar)


Mesti korang pernah guna liquid paper kan apabila melakukan kesalahan ketika menulis. Sekarang pon terdapat pelbagai jenama liquid paper @ cecair pembetulan dalam bahasa Melayu. Tetapi siapa yang mencipta liqiud paper? Jom kita baca kisah di bawah ni.

Bette Nesmith Graham telah mencipta liquid paper pertama di dapurnya pada tahun 1951. Pada waktu itu dia bertugas sebagai jurutaip dan sering melakukan kesalahan ketika menaip. Untuk melindungi kesalahannya, dia mencipta cat putih yang diberi nama "Mistake Out" di dapur rumahnya.

Dia membotolkan cecairnya dalam botol-botol kecil dan sering mendapat permintaan daripada rakan-rakan pejabatnya. Walau bagaimanapun, dia dibuang kerja sebagai jurutaip akibat kerjanya yang selalu bermasalah. Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik.

Dia pernah menjual produknya kepada IBM tetapi ditolak dan terus menjualnya secara langsung selama 17 tahun. Dia menukarkan nama "Mistake Out" kepada "Liquid Paper" dan pada tahun 1968, Gillette Corporation membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti.

Pada tahun 2000, Liquid Paper telah dibeli oleh syarikat Newell Rubbermaid, syarikat Papermate adalah anak syarikat Newell Rubbermaid yang banyak mengeluarkan alatan tulis di dunia. Mustahil korang tak kenal jenama Papermate kan.



p/s : Cikgu salu marah bawak liqud paper ni time sekolah dlu.. hee

Sumber : here
Read More.. "Info :Siapakah Yang Mencipta Liquid Paper? (3 Gambar)"

Kesian : Bapa Maafkan Lelaki Yang Membunuh Dan Merogol Isteri & Anaknya (5 Gambar)


Arturo Martinez telah menemui mayat isteri dan anaknya di Las Vegas ketika pulang dari rumah. Namun sebelum sempat berbuat apa-apa, penyerang yang masih di dalam rumahnya trus mengetuk kepalanya menggunakan tukul dan menyebabkan berlaku 17 keretakan kepala tengoraknya. 

3 bulan selepas itu, penjenayah tersebut, Bryan Clay berjaya ditangkap. Ketika bercakap kepada media, Arturo mengatakan, 'I forgive you. That's it, nothing else.' 'And if he gave me a kiss, I would give him a kiss.' 

Kini pihak pendakwa sedang memohon untuk menjatuhkan hukuman mati kepada penjenayah terbabit. 





Sumber : Here

Read More.. "Kesian : Bapa Maafkan Lelaki Yang Membunuh Dan Merogol Isteri & Anaknya (5 Gambar)"

Cool : Pertarungan Diantara Audi, BMW, Mercedes, Subaru, Jaguar & Bentley (10 Gambar)

Memang cool geng2 kereta mewah ni berlawan antara satu sama lain melalui iklan. Boleh la try buat cmni kat Malaysia.. Proton lawan MyVi.. Hehe


Sumber : Here
Read More.. "Cool : Pertarungan Diantara Audi, BMW, Mercedes, Subaru, Jaguar & Bentley (10 Gambar)"

OMG : Tangan Korang Boleh Buat Macam Ni? (5 Gambar)

Jom tengok seni lipat-lipat jari.. Korang boleh buat macam ni tak? Memang mind blowing.. Takde tulang kot..






p/s : Yang gambar no 1 tu je dapat buat..

Sumber : Here

Read More.. "OMG : Tangan Korang Boleh Buat Macam Ni? (5 Gambar)"

Latest : Microsoft Lancar Office 2013 Di San Francisco (6 Gambar)


Microsoft telah mendedahkan Office 2013 dalam sidang media di San Francisco baru-baru ini. CEO Microsoft, Steve Ballmer memperkenalkan Office Suite terbaru, yang katanya adalah produk pertama syarikat yang direka bentuk dari permulaan menjadi perisian perkhidmatan". 

Set Office baru yang telah dipratontonkan kepada orang awam itu didatangkan dengan rupa baru, diinspirasikan oleh antara muka Metro. "Ia merupakan satu projek pembinaan dan penggubahan aplikasi Office yang paling canggih dan rumit pernah kami buat," kata Ballmer.

Soalan yang sering bermain di minda orang ramai adalah apakah pelan dan perancangan Microsoft untuk menghubungkan jurang antara Metro dan komputer meja (Desktop). Kenyataan ini disokong dengan rekaan Office 2013 yang banyak dipengaruhi oleh rupa baru dan rasa Windows 8.

Kesemua aplikasi Office 2013 yang telah didedahkan semasa demonstrasi itu menampilkan penggunaan skrin penuh dalam mod sentuhan, dengan tiada panel tajuk, dan boleh disimpulkan sebagai sebuah set aplikasi yang mudah, sangat cantik dan bersih. Namun pihak Microsoft tidak menunjukkan sama sekali penggunaan Office 2013 dengan tetikus biasa seperti mana yang kita lakukan hari ini semasa pembentangan itu.

Pengguna kini boleh memuat turun pelbagai templat di server Microsoft
Riben (Ribbon) Office 2013, yang menjadi asas utama pembentukan peneroka (explorer) Windows 8, turut dimuatkan bersama tetapi disembunyikan secara automatik, di mana pengguna boleh membukanya apabila disentuh dengan jari. Kirk Koenigsbauer, Timbalan Presiden Korporat Microsoft kemudiannya menunjukkan demonstrasi pantas keupayaan baru aplikasi PowerPoint, di mana slaid kini boleh dikemudi dengan menggerakkan dan mencubit menggunakan jari untuk fungsi zum dan gerakan sentuhan. 

Beliau juga sempat menunjukkan penganotasian berasaskan sentuhan, sebuah mod penunjuk laser yang diaktifkan oleh sentuhan jari, dan satu fungsi baru, skrin berkembar "mod penyampaian".

Metro OneNote kelihatan paling asas, dengan satu siri nota-nota dipersembahkan di sebelah kiri aplikasi, manakala isi kandungannya pula di sebelah kanan. Word dan Excel pula dipersembahkan pada sesi akhir demonstrasi, yang menunjukkan banyak perubahan berbanding versi terdahulu. 

Word didatangkan dengan 'splashscreen' baru yang menampilkan pilihan templat dan dokumen-dokumen terbaru sebaik sahaja ianya dibuka.

Integrasi SkyDrive memudahkan pengguna untuk bekerja di lebih satu alat.

Tiada Office 2013 untuk Windows XP dan Vista

Satu lagi kejutan besar yang didedahkan oleh Microsoft berkaitan aplikasi Office 2013 terbarunya itu adalah ianya tidak lagi menyokong sistem operasi Windows XP dan Vista. Pengguna Windows XP dan Vista yang mahu mencuba Office 2013 hendaklah terlebih dahulu berhijrah kepada sistem operasi Windows 7 atau Windows 8.




p/s : Office 2010 pun lom try lagi.. heh..

Sumber : Here

Read More.. "Latest : Microsoft Lancar Office 2013 Di San Francisco (6 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...