Kongsikan Entri Kami

Saturday, 9 April 2011

Kambing Stress; Suka Makan Roti, Minum Kopi dan Wanita Cantik

*inilah die kambing bertuah lagi berbakat besar...aih....ceria pulak muke die..hahahah

TASIKMALAYA, RIMANEWS (Tasikmalaya, Jawa Barat) - Kambing adalah binatang herbivore yang biasa memakan dedaunan. Namun berbeza dengan kambing milik pasangan Kurnia dan Wati, warga Sukadana, Kecamatan Rajapolah, Tasikmalaya, Jawa Barat, yang setiap hari memakan nasi, roti, mi segera, atau meneguk kopi dan minuman berenergi.

Kurnia memberi nama kambingnya dengan Hengki Kurniawati. Setiap hari dia mengajak Hengki pergi ke warung terdekat. Di sana, kambing tersebut dibelikan roti atau kuih–layaknya anak kecil yang biasa membeli jajan.

Jika biasa haiwan tak takut kotor, Hengki sebaliknya. Dia tak pernah mahu memakan makanan yang sudah kotor atau bekas orang. Selama enam tahun terakhir, Kurnia harus mengeluarkan uang Rp 10 ribu setiap harinya.

“Kambing itu setiap hari makanannya seperti manusia. Bahkan tidak mahu rumput. Dia juga suka minum kopi atau susu dan makan roti yang biasa dibeli di warung,” ujar Kurnia.

Menurut Kurnia, kambing miliknya juga suka dengan wanita cantik, apalagi yang berpakaian seksi.

 Itu dia!!! tere jugak ko kambing...hahahah...next tme, g McD...byk awek ooooo
Read More.. "Kambing Stress; Suka Makan Roti, Minum Kopi dan Wanita Cantik"

Barang-Barang yang Cool Versi Rubik Cube!

Korang tau Rubik Cube? Mesti korang penah tengok kan? Tengok je la..tapi nak main tak pandai kan? Aku pun same.. haha.. Rubik Cube ni merupakan hasil ciptaan professor of architecture dari Hungary bernama Ernő Rubik. Pada awalnya, ianya digelar Magic Cube.. Ok..now MaxJinx nak share ngan korang barang2 yang diinspirasikan dari Rubik cube nih.. Memang stylo beb...


Nike Rubik!! Style siot..

Lampu Rubik..Cool!

Rubik's Book

Almari Rubik

Rubik's Salt n Pepper Mill

USB Flash Disk Rubik

Jam Rubik

Beg Tangan Rubik

Mug Rubik

Keyboard Cube!


Memang style la kalo aku ade sume barang2 nih... Mane ade jual ek?


Sumber : Haxims
Read More.. "Barang-Barang yang Cool Versi Rubik Cube!"

[STRESS] Nenek 72 tahun bercinta dengan cucu sendiri


Nah hambik korang, kapel meletup uols..kalah Brad and Angelina...nenek kapel dgn cucu..ko ada?

Seorang nenek berusia 72 tahun, Pearl Carter, dikhabarkan bercinta dengan cucunya sendiri yang berusia 26 tahun, Phil Bailey. Bahkan, keduanya bakal mempunyai bayi yang dikandung seorang wanita lainnya. *gilo ko apo...

Menurut berita yang dilapor majalah New Idea di New Zealand, Pearl akan membayar US$ 54 ribu  kepada wanita yang akan mengandung anaknya dengan Bailey. "Saya tidak peduli dengan pendapat orang. Saya mencintai Phil dan dia juga mencintai saya. Tidak lama lagi saya akan menggendong anak saya dan Phil akan menjadi ayah yang bangga," ujar Pearl.

Phil adalah anak dari anak perempuan Pearl, Lynette Bailey. Lynette merupakan anak kandung Pearl ketika dia masih berusia 18 tahun. Kerana ketika itu masih muda dan tinggal di keluarga Katolik yang kuat di Indiana, akhirnya Pearl menyerahkan Lynette ke tempat untuk dijadikan anak angkat.

Lynette menjadi orang tua tunggal bagi Phil, yang kini menjadi tukang kayu. Ketika Lynette meninggal dunia Phil mencari neneknya. Setelah bertemu, Phil dan Pearl menjalin hubungan asmara.

Pearl mengatakan, "Saya memanggil Phil ke bilik tidur saya. Mendudukkannya di kursi dan saya bertumpu kepadanya dan menciumnya. Saya awalnya menduga dia akan menolak. Tetapi ternyata dia malah balas mencium saya." *macam haram....eiiiiii

Kepada New Idea, Phil mengatakan, "Saya ingin menciumnya di sana saat itu. Perasaan saya luar biasa."

"Saya mencintai Pearl sepenuh hati saya. Saya memang tertarik dengan wanita yang lebih tua. Dan saya rasa Pearl cantik. Kini, saya akan menjadi seorang ayah. Saya tidak sabar lagi menanti itu. Kami memang sempat ditertawakan dan dicemuh ketika pergi ke luar dan bercumbu di depan publik. Tetapi kami tidak peduli. Anda tidak boleh menentukan kepada siapa Anda bakal jatuh cinta," lanjut Phil.

Setahun yang lalu, Phil mengatakan kepada Carter bahwa dia ingin seorang anak. Carter juga mengaku ingin memiliki anak. Akan tetapi, keinginan untuk memiliki anak dari benih mereka berdua tidak mungkin terwujud kerana Carter sudah menopause.

Pasangan tersebut akhirnya memutuskan untuk menggunakan wang pencen Carter untuk mencari wanita yang bersedia mengandung dan mendermakan ovumnya. Mereka pun memasang iklan untuk mencari wanita tersebut. Iklan tersebut pun dijawab Roxanne Campbell, 30 tahun.

"Awalnya saya terkejut," ujar Campbell mengenai hubungan darah Phil dan Carter. "Tetapi mereka pasangan yang cerdas dan saya melihat mereka saling mencintai. Saya juga sadar bayinya akan dicintai juga."



nak kiamat dah kot...gile ke ape, bercinta dgn nenek sendiri????? .....

Read more: http://www.borakkosong.com/2011/02/gila-nenek-72-tahun-bercinta-dengan.html#ixzz1Izx7Raiq

credits to :

http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/2954310/Gran-and-grandson-to-have-baby.html
http://www.dailymail.co.uk/news/worldnews/article-1270047/72-YEAR-OLD-granny-affair-grandson-Pearl-Carter-hires-surrogate.html
Read More.. "[STRESS] Nenek 72 tahun bercinta dengan cucu sendiri"

Jackie Chan kini menjual ikan???

Di Singapura, seorang penjual ikan Zhang Sui Xing di Singapure dikatakan seiras dengan pelakon terkenal 'Jackie Chan'. Ramai pengunjung yang datang ke Empress Road tertipu dengna paras rupanya itu. Tetapi semua ini membawa tuah kepadanya sebab semakin hari semakin ramai orang datang mengunjung gerainya itu dan memanggilnya "Chen Long' (Jackie Chan). Selain orang ramai datang membeli ikan ramai juga yang datang untuk meminta autograf..

credit : bom
Read More.. "Jackie Chan kini menjual ikan???"

OMG!!! Hacker Nenek 75 Tahun putuskan internet 2 negara!!!

Georgia – Peristiwa unik terjadi di Georgia. Seorang rakyat Armenia, Hayastan Shakaryan iaitu seorang nenek berusia 75 tahun dikatakan bertanggungjawab memutus sambungan internet di Georgia dan negara jirannya, Armenia, sehingga ramai netter tidak boleh melayari internet.

Kementerian Dalam Negeri Georgia menyatakan wanita pencen itu pada mulanya menggali tanah untuk mencari besi atau benda yang boleh dijual.Semasa penggalian tersebut Wanita itu menjumpai kabel fiber optik yang membawa sambungan internet di Georgia dan Armenia.

Tidak tahu apa kegunaannya, nenek ini memotong dan merosakkan kabel tersebut. Maka terputuslah sambungan internet di sebahagian wilayah dua negara. Ribuan pengguna internet tak dapat mengakses internet selama beberapa jam.

“Dia menjumpai kabel itu semasa sedang mengumpulkan logam dan memotongnya dengan tujuan untuk mencuri,” kata Zura Gvenetadze, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Georgia, laporan AFP.
Nenek itu kini telah ditangkap dan boleh dijatuhkan hukuman sehingga 3 tahun penjara dengan dakwaan merosakkan harta.

Georgian Railway Telecom, menyatakan bahawa kerosakan kabel tersebut membuatkan 90% pengguna internet biasa dan korporat di Armenia kehilangan akses selama 12 jam. Demikian juga penyedia layanan internet di Georgia jadi terganggu.

“Saya tak faham bagaimana nenek ini boleh menemui dan merosakkan kabel. Kabel itu terlindung dan insiden seperti jarang berlaku” ujar Giorgio Ionatamishvili dari Georgian Railway Telecom.

credit : isu
Read More.. "OMG!!! Hacker Nenek 75 Tahun putuskan internet 2 negara!!!"

OMG!! Budak 16 tahun melanggan Pelacur setiap minggu!!! STRESS..

sumber : metro online

Memang sesuatu yang tak kita sangka tetapi benda ini memang real cuba baca sendiri..:-)


KUALA LUMPUR: “Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur.

“Malah, saya juga terpaksa menipu ayah kononnya saya mahu ke rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran dengan harapan ayah membenarkan saya meminjam motosikal Honda EX5 miliknya,” itu antara pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Banting, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezry (bukan nama sebenar), 16 yang ketagih seks sejak setahun lalu.


Melalui perbualan dengannya di sebuah rumah pelacuran di Brickfields baru-baru ini, tidak terdetik di hatinya untuk menipu ibu bapanya namun kerana kegilaan seks ‘melampau’ itu dia terpaksa menipu kedua-dua orang tuanya semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

“Semuanya kerana pengaruh rakan yang membawa saya ke sini Februari tahun lalu. Sejak itu saya asyik teringat untuk datang lagi selepas kali pertama melangganinya.

“Saya tahu dari Brickfields ke Banting sejauh 160 kilometer pergi dan balik, tetapi saya tidak kisah dan sanggup. Malah, saya tidak keseorangan kerana saya turut ditemani seorang rakan sekolah yang bersama-sama melanggan pelacur di sini.

“Soal duit minyak kami tidak keberatan kerana selalunya kami ‘tong-tong’ (kongsi). Lagipun kami ke sini seminggu sekali saja iaitu pada hujung minggu,” katanya.

Menurutnya, demi mendapatkan ‘seks seminggu sekali’ itu, dia kadangkala menyimpan wang saku pemberian ibu bapanya serta turut membuat kerja sambilan di sebuah kedai makan di Banting milik kenalannya.

“Setiap hari ayah beri RM6 wang poket sebagai perbelanjaan. Baki wang yang saya tidak guna akan disimpan untuk melanggan pelacur pada hujung minggu,” katanya.

Rakan Ezry yang mahu dikenali sebagai Mizi, 16, berkata kegiatan melanggan pelacur dianggap sebagai pemberi semangat untuknya mengulang kaji pelajaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.

“Seronok sebenarnya di sini, bagaikan pesta. Mana tidaknya, kerana ayam-ayam (pelacur) di sini semuanya lawa dan murah, dengan hanya RM30 saya dapat memuaskan nafsu.

“Kalau dibanding di Banting dengan Brickfields banyak bezanya...Di Banting kawasannya sunyi sepi dan tiada pelacur tetapi di sini ‘heaven’ (seronok) sangat,” katanya.

Menurut Mizi, apa yang membuatkannya datang ke rumah pelacuran terbabit kerana pelacur di kawasan itu cantik termasuk dari Sabah dan Sarawak berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.

Sementara itu sumber berkata, kawasan pelacuran terbabit sentiasa dipenuhi pelacur warga Malaysia, Indonesia, India, China, Myanmar dan Bangladesh dengan harga serendah RM30 hingga RM50 bagi sekali perkhidmatan.

Katanya, antara perkhidmatan ditawar seks, onani, ‘urutan harimau’ dan lain-lain.

Harian Metro 3 Mac lalu melaporkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan premis pelacuran di kawasan berkenaan namun kegiatan itu kini kembali beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, berkata kawasan pelacuran berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak polis dan DBKL namun kegiatan itu masih diteruskan.
Read More.. "OMG!! Budak 16 tahun melanggan Pelacur setiap minggu!!! STRESS.."

Bangunan dibuat menggunakan Toothpicks yang STRESS!!!

Pernahkan korang bayangkan yang toothpick yang sekecil macam tu pun boleh membina bangunan yang besar..tak percaya ? tengoklah sendiri ye..
















Kreatif tak?
credit : TW
Read More.. "Bangunan dibuat menggunakan Toothpicks yang STRESS!!!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...