Kongsikan Entri Kami

Friday, 19 July 2013

OMG : Inilah Buku Komik Paling Mahal Di Comic-Con (3 Gambar)

Inilah Buku Komik Paling Mahal Di Comic-Con.

Anggaran sebuah komik ini mencecah RM1.8 juta dan ada ke orang nak beli?


Read More.. "OMG : Inilah Buku Komik Paling Mahal Di Comic-Con (3 Gambar)"

Awesome : Meja Unik Yang Terapung Menggunakan Medan Magnetik (4 Gambar)


Floating Magnetic Coffee Table ini merupakan sebuah meja yang sangat unik kerana ianya mengandungi magnet. Setiap bongkah diikat dengan dawai besi untuk mengekalkan kedudukannya. Namun setiap bongkah boleh digerak-gerakkan kerana ianya terapung di atas satu sama lain kesan dari medan magnetik yang terhasil.


Sumber : Here
Read More.. "Awesome : Meja Unik Yang Terapung Menggunakan Medan Magnetik (4 Gambar)"

Kreatif : Poster Kempen Pilihanraya Indonesia (Gambar)


Poster kempen pilihanraya kat Indonesia memang gempak. Kat Indonesia terlalu banyak parti @ partai politik yang bertanding utnuk merebut satu-satu bahagian. Jom tengok salah satu contoh kat bawah ni. LOL.. 


Sumber : Here
Read More.. "Kreatif : Poster Kempen Pilihanraya Indonesia (Gambar)"

Serius : Rupa Sebenar Hang Tuah Hasil Pertemuan Di Alam Ghaib (Gambar)


Orang ramai kini boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Pesawad, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Khalid berkata, setem memaparkan wajah Hang Tuah yang telah mula digunakan untuk penghantaran Kad Raya oleh Pesawad itu diwujudkan bertujuan menaikkan jati diri orang Melayu.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

p/s : Macam gangster... Hoho

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Rupa Sebenar Hang Tuah Hasil Pertemuan Di Alam Ghaib (Gambar)"

WTF : "Sweat Machine", Peluh Kitar Semula Yang Boleh Diminum (5 Gambar)


Untuk menimbulkan kesedaran mengenai kekurangan air bersih untuk diminum di seluruh dunia, UNICEF telah bekerjasama dengan Gothia Cup dan juga agensi kreatif dari Stockholm, Deportivo, untuk menghasilkan mesin peluh pertama di dunia.

Mesin ini berfungsi untuk mengitar semula air peluh dari pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut, dan membersihkan peluh tersebut supaya ianya boleh diminum. Idea dan konsep ini memang agak menarik, tapi sanggup ke nak minum? Lepas ni selepas habis main bola boleh lah tanggal baju anda yang basah dengan peluh tu dan masukkan ke dalam mesin ni.



Sumber : Here
Read More.. "WTF : "Sweat Machine", Peluh Kitar Semula Yang Boleh Diminum (5 Gambar)"

Cool : Sut Renang Yang Dapat Menghalang Serangan Ikan Jerung (7 Gambar)


Para penyelidik dari Australia Barat telah berjaya mencipta sejenis pakaian renang yang dikatakan mampu menghalang serangan ikan jerung. Pakaian tersebut merupakan sebuah projek yang dibiayai oleh pihak kerajaan.

Pada tahun lepas, kerajaan Australia Barat telah mengumumkan sokongan untuk membiayai beberapa program penyelidikan sebagai reaksi kepada lima serangan maut yang membabitkan ikan jerung di perairan negara berkenaan dalam tempoh setahun.

Syarikat tempatan iaitu Shark Mitigation System (SAMS) telah melancarkan beberapa reka bentuk pakaian renang dengan menggunakan teknologi berpaten yang direka dengan kerjasama University of Western Australia's Oceans Institute dan sekolah biologi haiwan marin berdekatan.

Faktor yang menjadi halangan kepada serangan jerung adalah disebabkan oleh aspek visual pakaian renang tersebut. Terdapat dua reka bentuk berbeza yang menggabungkan dua strategi berasingan untuk memberi perlindungan yang diperlukan.

Menurut mereka yang terlibat dalam penciptaan baju renang tersebut, satu reka bentuk pakaian itu membolehkan pemakainya "bergaul" dengan warna persekitaran di dalam air yang membuatkan jerung sukar untuk mengesan dan memfokuskan mangsanya.

Manakala, reka bentuk yang kedua menjadikan si pemakai kelihatan amat ketara dan menyangka si pemakai tadi adalah mangsa yang beracun dan berbahaya untuk di makan.

Pengarah SAMS, Hamish Jolly berkata beliau tidak boleh mengatakan bahawa "pakaian tersebut merupakan pakaian renang selamat yang gagal" dari serangan jerung.

"Tetapi kami percaya ia pasti boleh membantu tanpa memerlukan apa-apa kelengkapan tambahan atau kos yang lain daripada apa yang telah digunaka," katanya.

Pakaian ini turut mendapat reaksi positif oleh syarikat Radiator, iaitu sebuah syarikat yang telah diberi lesen untuk untuk menjual pakaian yang telah diberi teknologi SAMS ini.

Bob Lushley dari pihak Radiator berkata dalam tempoh 20 tahun dalam industri perniagaan ini,  dia sering tertanya-tanya apakah warna dan reka bentuk pakaian renang yang tidak disukai oleh jerung.

"Namun sekarang kita telah tahu jawapan kepada soalan itu dan ia sangat menarik," katanya.

Encik Lushley berkata walaupun risiko untuk diserang oleh ikan jerung adalah minimum, namun penciptaan pakaian renang itu sangan memberi manfaat kepada orang ramai.

"Jika kita boleh berbuat sesuatu untuk mengurangkan kebimbangan mereka, khususnya orang awam dengan meyediakan penghalang yang sebenar, kita akan berasa sangat berpuas hati dengan usaha yang telah dijalankan selama ini."


Sumber : Here
Read More.. "Cool : Sut Renang Yang Dapat Menghalang Serangan Ikan Jerung (7 Gambar)"

Awesome : Inilah Suasana Ramadhan Di Serata Dunia (18 Gambar)

Berikut merupakan gambar-gambar suasana Ramadhan di negara-negara lain yang diambil oleh seorang photographer dari Indonesia. Layan..



Sumber : Here
Read More.. "Awesome : Inilah Suasana Ramadhan Di Serata Dunia (18 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...