Kongsikan Entri Kami

Monday, 7 January 2013

OMG : Ini Superman Versi Vietnam Yang Sangat #LOL (5 Gambar)

Ini Superman Versi Vietnam Yang Sangat #LOL.
Memang ada nampak macam Superman tetapi masih tak cukup untuk menandingi yang sebenar. 


Read More.. "OMG : Ini Superman Versi Vietnam Yang Sangat #LOL (5 Gambar)"

WTF : Remaja Mendapat Kentucky Fried 'Otak' Di KFC Essex (3 Gambar)

Seorang remaja di Essex terkejut apabila dia mendapat seketul 'otak' goreng yang disangka  ayam goreng KFC. Remaja tersebut menyatakan dia sangat jijik dengan apa yang dia dapat dan berjanji tak akan ke KFC lagi walaupun dia diberi kupon KFC percuma. Bila tengok betul-betul memang nampak macam otak sesuatu tetapi pakar KFC menyatakan itu hanya peparu ayam. Jadi jangan risau dan terus makan di KFC.
p/s pernah tak korang jumpa benda ni dalam ayam KFC? hehe..

Read More.. "WTF : Remaja Mendapat Kentucky Fried 'Otak' Di KFC Essex (3 Gambar)"

Info : Rupa Minuman Keras Di Bawah Mikroskop (11 Gambar)


Sebuah syarikat bernama Bevshots telah menghasilkan satu siri gambar minuman keras di bawah mikroskop di makmal kimia Florida State University. Gambar di bawah ini adalah Martini kering pada pembesaran 1000x.

Pengambilan gambar di lakukan dengan membiarkan titisan minuman beralkohol tersebut hingga kering dan meletakkannya di dalam bekas kedap udara yang kemudian di potret dengan menggunakan kamera 35 mm. Seluruh proses pengambilan gambar ini memakan masa lebih dari 3 bulan dan sebanyak 200 kali percubaan telah dilakukan untuk dapat mengambil bahagian-bahagian dari minuman beralkohol ini.

Margarita
Champagne
Chablis
Daiquiri
Pina-Colada
Sake
Tequilla
Scotch
Vodka
Whiskey

p/s : Arak itu haram dalam Islam... 

Sumber : Here
Read More.. "Info : Rupa Minuman Keras Di Bawah Mikroskop (11 Gambar)"

Kesian : Anak Kambing Dibuang Ibunya Kerana Berwarna Pelik (3 Gambar)


Seekor anak kambing telah dilahirkan di sebuah ladang penternakan anjing di Barbossa, Australia. Apa yang peliknya, anak kambing ini dilahirkan dengan warna yang unik seakan-akan warna anjing dalmation. Oleh kerana itu, ibu kambing ini telah meninggalkan anaknya itu. Namun seekor anjing dalmation yang bernama Zoe yang juga tinggal di kawasan penternakan itu telah mengambil anak kambing itu sebagai anak angkatnya. 

Pemilik ladang penternakan itu, Julie Balton merana hairan apabila anak kambing itu menyusu dengan ibu angkatnya, Zoe yang merupakan seekor anjing. 



p/s : Kasih sayang tidak mengenal spesis..

Sumber : Here
Read More.. "Kesian : Anak Kambing Dibuang Ibunya Kerana Berwarna Pelik (3 Gambar)"

Serius : Banduan Latih Kucing Bawa Telefon Bimbit Ke Dalam Penjara (2 Gambar)


BRASILIA - Seekor kucing yang dilatih oleh para banduan untuk membawa telefon bimbit dan pelbagai peralatan menggali terowong telah ditangkap di sebuah penjara di timur laut Brazil.

Menurut seorang ketua kesatuan pengawal penjara Alagoas, Marcelo Avelino, seorang pengawal itu yang melihat kucing tersebut kemudian mendekati haiwan berkenaan. Avelino menjelaskan, pengawal berkenaan mendekati kucing tersebut kerana dia mendapati terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh haiwan itu.

Beliau memberitahu akhbar O Globo, pengawal itu yang mendekati haiwan berkenaan mendapati terdapat sebuah beg yang dibawa kucing itu.  Menurutnya, beg tersebut mengandungi mata gergaji dan peralatan menggali untuk digunakan dalam penggalian terowong.



Beliau berkata, sebuah telefon bimbit turut ditemui termasuk bateri dan alat pengecas. Kucing itu kerap dilihat masuk dan keluar dari penjara berkenaan. Seorang pegawai penjara tersebut, Luiz de Oliveira Souza memberitahu portal berita G1, para banduan tersebut telah membela haiwan itu.

Souza menyatakan, saudara-mara banduan kerap membawa pulang kucing itu selepas mereka datang ke penjara tersebut.

"Kami berasa amat terkejut dengan taktik baharu banduan itu yang melatih haiwan supaya ia datang semula ke penjara dan membawa barang-barang," katanya. - Agensi


p/s : Pandainya kucing tu... dhla comel.. hoho.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Banduan Latih Kucing Bawa Telefon Bimbit Ke Dalam Penjara (2 Gambar)"

Berita : Misteri Kehilangan Pelajar Tahun 1 Universiti Malaya (Gambar)

Dikala kebanyakan pelajar Universiti Malaya sedang sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan akhir bagi semeseter 1 sesi 2012/2013, seorang pelajar wanita tahun pertama Universiti Malaya telah dilaporkan hilang semenjak 3 Januari 2013, sehingga ke hari ini pelajar tersebut masih belum ditemui. Berikut merupakan kenyataan dari MPPUM 2012/2013 berkenaan kejadian tersebut:

SALAM MAHASISWA

Laporan kehilangan seorang pelajar Universiti Malaya yang hanya disedari pada 3 Januari 2013.

Nama: Siti Shairah Zakaria
Fakulti: Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM)
Tahun Pengajian: Tahun 1
Menetap: KK3, UM
Asal: Kelantan


Sesiapa sahaja mempunyai maklumat tentang kehilangan pelajar ini, anda dikehendaki melaporkan dengan segera di nombor yang disediakan di bawah.

Kami, MPPUM mengambil serius perkara ini kerana perkara ini adalah di bawah kuasa PDRM. Kami berharap tiada sebarang
laporan palsu yang diberikan.

Nombor yang boleh dihubungi: 016-934 5286 / 013-299 7954

Semoga saudari Siti Shahirah Zakaria dapat pulang dengan keadaan selamat, amin…

p/s : peringatan untuk semua, berhati-hati walau dimana anda berada.

Sumber : Here
Read More.. "Berita : Misteri Kehilangan Pelajar Tahun 1 Universiti Malaya (Gambar)"

Sunday, 6 January 2013

Cool : Apa Yang Tersorok Dalam Pintu Rolls Royce Tu? (4 Gambar)


Benda yang tersorok tu ialah payung... hehe.. Kereta Rolls Royce Phantom ni dilengkapi dengan tempat simpan payung dalam pintu.. hebat beb.. kereta kau ader??? kompem takde.. simpan kat tempat letak kaki blakang je.. takpun kat kepala seat blakang..tak pun kat dalam bonet..





p/s : Cool gler walaupun payung jer.. hoho.. 

Sumber : Here
Read More.. "Cool : Apa Yang Tersorok Dalam Pintu Rolls Royce Tu? (4 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...