Kongsikan Entri Kami

Saturday, 21 July 2012

OMG : Rupa 'ClassicJimbo', 'Joker' Dalam Dunia Nyata Yang Mengamuk Dalam Cinema (6 Gambar)

Rupa 'ClassicJimbo', 'Joker' Dalam Dunia Nyata Mengamuk Dalam Panggung Wayang.
Untuk berita lanjut sila ke entri ini :batman
Ramai orang tertanya samada, ini adalah The Joker yang sebenar kerana seorang lelaki yang dikenali sebagai 'ClassicJimbo' telah mengamuk dalam sebuah panggung wayang semasa filem The Dark Knight yang terbaru. Selepas dia berjaya ditangkap, dia mengaku yang dia adalah 'The Joker' Nama sebenarnya adalah James Holmes, 24 tahun merupakan seorang pelajar PHD yang tercicir dari Universiti Colorado. Dia telah membeli tiket wayang bersama ribuan penonton yang lain untuk filem The Dark Knight. Selepas beberapa ketika dalam panggung wayang, dia telah meletupkan satu bom asap dan kemudian menembak sesuka hati menggunakan 4 senapang berbeza.Berikutan insiden itu, seramai 58 orang cedera dan 12 orang maut termasuk seorang pemberita sukan. Sebelum dia mulai menembak, dia didapati mendengar musik techno berulangkali dalam panggung wayang. Menurut sumber, dia menggunakan sebanyak 6,000 peluru yand dibelinya secara online dan juga kedai senjata tempatan. Dia berjaya ditangkap di apartment miliknya

Mari lihat rupa 'The Joker' dunia nyata ini:



Read More.. "OMG : Rupa 'ClassicJimbo', 'Joker' Dalam Dunia Nyata Yang Mengamuk Dalam Cinema (6 Gambar)"

Serius : Lelaki Bertopeng Bunuh 12 Penonton Semasa Tayangan Filem Batman (2 Gambar)


Denver – Seorang lelaki bertopeng melontar gas pemedih mata ke dalam sebuah pawagam yang menayangkan filem terbaru Batman – The Dark Knight Rises, sebelum melepaskan tembakan ke arah penonton, menyebabkan 12 terbunuh dan 50 lagi cedera.

Antara yang cedera termasuk kanak-kanak dalam kejadian di kompleks beli-belah Aurora dan mereka dirawat kerana terhidu gas pemedih mata.

“Kejadian ini menakutkan orang awam,” kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates. Beliau memaklumkan seorang suspek ditahan di tempat letak kereta di belakang pawagam itu.


Oates mulanya meletakkan angka korban 14 sebelum diubah kepada 12. Polis berkata, penyerang Au-rora itu muncul di depan pawagam ketika filem mula ditayangkan dan melepaskan gas pemedih mata sebelum tembakan kedengaran.

Anggota polis berada di tempat kejadian dan pihak berkuasa mengarahkan semua orang keluar bagi memeriksa bahan letupan yang tersembunyi. Oates juga memberitahu hanya seorang penyerang terbabit dalam keganasan itu.

Jurucakap polis, Frank Fania berkata, suspek James Holmes, dipercayai berusia 20-an, membawa pisau, raifal dan senapang patah ketika ditahan selain memakai jaket kalis peluru.  Polis berkata, pangsapuri suspek juga dikosongkan dan polis mencari bahan letupan selepas suspek membuat kenyataan mengenainya selepas ditahan.

Cable News Network (CNN) memetik seorang saksi sebagai berkata, seorang lelaki melepaskan tembakan rambang manakala seorang lagi saksi berkata dia mula menembak serentak dengan adegan tembak menembak dalam filem itu yang menyebabkan ramai keliru. – Reuters

p/s : Gila betul.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Lelaki Bertopeng Bunuh 12 Penonton Semasa Tayangan Filem Batman (2 Gambar)"

Amazing : "Mushroom Cloud" Ketika Ujian Nuklear 'Licorne' Di Perancis (4 Gambar)

Berikut merupakan beberapa gambar mushroom cloud yang dihasilkan semasa ujian nuklear di Perancis pada tahun 1970. Nuklear ini dikenali sebagai Licorne. Memang amazing..





Sumber : Here
Read More.. "Amazing : "Mushroom Cloud" Ketika Ujian Nuklear 'Licorne' Di Perancis (4 Gambar)"

OMG : Inilah Dia Roti Bakar Yang Berharga RM1,131 (Gambar)


LONDON - Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin.

Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981. Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun. Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.

Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut. Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana. Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.

Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu. Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.

Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. - Agensi

Sumber : Here

Read More.. "OMG : Inilah Dia Roti Bakar Yang Berharga RM1,131 (Gambar)"

OMG : "Tukang Peluk" Profesional Dengan Bayaran $60 Sejam (3 Gambar)


Penfield, New York - Kadangkala apa yang anda perlukan ada satu pelukan yang baik dan di sini, Jackie Samuel akan membantu anda memenuhi keperluan tersebut dengan perniagaan baru nya iaitu "The Snuggery." Anda boleh mendapat satu pelukan yang bernilai tersebut dan sudah tentu, tidak berunsur seks dengan hanya US$60 untuk satu jam.

Samuel, seorang graduan daripada University of Rochester yang berusia 29 tahun ini sedang berusaha untuk menguasai bidang kerja sosial dan memulakan langkah awal kariernya dengan menubuhkan "The Snuggery" pada bulan lalu selepas berakhirnya semester musim bunga, lapor The Henrietta Post dan ia sudah pun mula mendapat perhatian dari orang awam di seluruh negara.

Usaha Samuel juga pernah disiarkan di Fox News, CNN dan dia juga dilaporkan akan muncul  di dalam rancangan "Late Night With Jimmy Fallon" dan siaran "Sirius XM Radio's Playboy Radio." Walaubagaimanapun, Samuel tidak menyangka perniagaannya itu akan mendapat perhatian sebegini pantas.

"Saya sangat suka dipeluk, dan saya anggap ia merupakan suatu perkara yang baik untuk dilakukan. Namun, kebanyakkan orang tidak suka akan idea saya jadi saya terpaksa mengembangkan perniagaan ini secara berskala kecil bagi menyediakan sedikit pendapatan tambahan."


Dia juga pernah menjinakkan diri dalam perniagaan ini pada awal gred persekolahan untuk tujuan suka-suka. Samuel dan kakaknya juga pernah 'menjual' pelukan di tepi jalan untuk satu dolar sekali pelukan dan mereka mendapat US$80 hanya dalam tempoh satu jam.

Samuel juga memberitahu kepada akhbar Metro meskipun dia tidak mendapat kebenaran memperakui sesi dakapannya itu, dia telah pun mengkaji gaya pelukan di dalam "Sutra Cuddle."Walaupun ia mempunyai 100 gaya pelukan yang diperincikan di dalam buku tersebut, dia secara amnya hanya akan melakukan apa yang datang secara semulajadi.

Bagaimana? Sanggup bayar untuk mendapatkan pelukan yang baik?


p/s : Bisnes peluk pun ada.. Macam-macam la..

Sumber : here

Read More.. "OMG : "Tukang Peluk" Profesional Dengan Bayaran $60 Sejam (3 Gambar)"

Perhatian : Notis Minta Maaf Dari Pihak Admin ASG


Saya admin no 2 ingin menyatakan rasa kesal dan ingin memohon maaf di atas kesilapan kami kerana telah repost beberapa entri. Sebenarnya, hal ini berlaku kerana admin blog ASG ada dua orang. Salah seorang dari admin iaitu admin 1 sedang mengalami masalah dengan internet beliau. Jadi, beliau tidak sempat untuk memeriksa samada entri tersebut telah di post atau belum. 

Disebabkan perkara itulah terjadinya repost entri di dalam blog ini dengan tajuk yang berlainan. Bukan bermaksud untuk menipu para pembaca, tetapi disebabkan oleh kekurangan komunikasi diantara admin blog ASG. Post2 yang berkaitan telah didelete oleh saya. Kami akan cuba mengatasi masalah ini pada masa akan datang. Diharap pembaca blog ASG terus menyokong kami. Sekali lagi kami ingin meminta maaf. 





Read More.. "Perhatian : Notis Minta Maaf Dari Pihak Admin ASG"

WTF : Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal (7 Gambar)

Konvokesyen Tadika  Di Gaza Yang Sangat Brutal.
admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi
dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.

Read More.. "WTF : Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal (7 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...