Amerika Syarikat sedang mempersiapkan sebuah rancangan dan
senario yang mengancam tanah suci Makkah dan Madinah. Negara Barat itu
merancang perang kemusnahan dengan menggunakan bom atom terhadap Makkah dan
Madinah. Ini merupakan langkah deteren terhadap negara-negara Islam yang
menjadi ancaman bagi Amerika Syarikat.
Tentera Amerika Syarikat dilaporkan sedang mempersiap dan
melatih para pemimpin masa depan bahawa perang terhadap umat Islam di seluruh
dunia sangat diperlukan, bertujuan melindungi Amerika dari ancaman pengganas
Islam, seperti dilaporkan oleh BBC baru-baru ini.
Berita yang dikeluarkan oleh BBC itu mengatakan, bahawa
tentera Amerika sedang mengajar para pemimpin masa depan yang akan melakukan
perang besar melawan 1.4 billion umat Islam di seluruh dunia.
Sekolah yang mendidik para pemimpin masa depan itu, seperti
diungkapkan oleh seorang bekas tentera yang mengajar di Sekolah Staf Gabungan
Angkatan Bersenjata di Norfolk, Virginia.
Sekolah dan pendidikan tentera yang dikhususkan kepada calon
pemimpin masa depan itu, termasuk menggunakan cara seperti Amerika Syarikat
menghadapi Jepun dengan mengebom Hiroshima.
Mereka diajarkan ilmu peperangan, termasuk bagaimana
menghapus seluruh kota dan pekan kecil di negara-negara Islam, serta
kemungkinan menggunakan senjata nuklear, terhadap kota-kota suci Makkah dan
Madinah.
Pesara tentera di Norflok, Virginia itu, mengatakan bahawa
tidak ada konsep Islam sederhana. Beliau turut
mengatakan, keseluruhan agama (Islam) itu harus dianggap sebagai musuh
melawan Amerika.
"Mereka membenci segala sesuatu yang anda perjuangkan
dan tidak pernah akan hidup berdampingan dengan anda, kecuali anda serahkan
Amerika,", ungkap instruktur Angkatan Darat, Letkol Matthew Dooley, dalam
ceramahnya di Sekolah Tinggi Staf Gabungan Angkatan Bersenjata di Norfolk.
Dooley mengatakan teori perang yang baru sudah menganggap
“tidak relevan lagi teori” bahawa Konvensyen Geneva yang menetapkan standard
dari konflik bersenjata.
Rencana perang itu ingin menjadikan negara seperti
"Arab Saudi terancam kelaparan ... kota-kota suci Islam, di antaranya
Makkah dan Madinah di Arab Saudi "dihancurkan" secara keseluruhan.
Itulah rancangan masa depan para pemimpin masa depan Amerika Syarikat, dan
mereka akan lahir dari lembaga tentera tertinggi di Norfolk, yang menjadi
markas operasi mereka.
p/s : Ingat senang-senang je nak bom.. jahanam punya US.
Sumber : Here













