Kongsikan Entri Kami

Wednesday 6 March 2013

OMG : Lebih 30 Juta Belalang Menyerang Mesir (4 Gambar)


Berjuta-juta belalang telah menyerang  ladang pertanian yang terletak di Giza, Kaherah. Video di bawah menunjukkan serangan belalang tersebut pada 3 Mac lalu. Menurut Menteri Pertanian Mesir, Salah Abad Almoman berkata kumpulan belalang itu dianggarkan sebanyak 30 juta ekor dan ia telah mengakibatkan pelbagai kerosakan terhadap tanaman.

Di Kaherah, penduduknya cuba membuat pembakaran tayar untuk mengelakkan serangga hijau itu daripada terus menyerang kawasan penempatan mereka. Perpindahan besar serangga itu turut dilaporkan sudah sampai sehingga ke Zafarana, 200 kilometer daripada Kaherah.

Selain itu, belalang-belalang tersebut turut dikhabarkan sudah melanda kawasan Qena di mana mereka telah dikesan menyerang tiga kampung utama yang terletak di situ.

Sumber Al-Ahram melaporkan sejak Januari lalu, perpindahan serangga bermula di Sudan terus melangkaui kawasan Laut Merah, Selatan Timur Mesir, Utara Timur Sudan, Eritrea dan Arab Saudi.



p/s : Byk giler... 

Sumber : Here

8 comments:

adam said... Best Blogger Tips

assalamualaikum..sudahkah anda semua solat asar..ingat, solat itu tiang agama..insyaallah..

Carlos Santiago said... Best Blogger Tips

ADAKAH INI SATU PETANDA KEPADA MESIR.

##Pemikiran Berahi Anonymous - BANkami

Anonymous said... Best Blogger Tips

Teringat aku citer exorcist yg ke berapa tu..lupa aku..belalang serang penduduk kg.banyaknya cm kat kaherah tu.abisla..adalah yg kena serang ngan exorcist kang

lynnda77 said... Best Blogger Tips

teringat plak aku citer The Mummy tahun 1999.bila heroin baca sesuatu dr Book Of The Dead...pastu dtg belalang2 ni serang...10 Plagues og Egypt...pastu Imhotep bangun!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

jemput org china,vietnam, thailand pergi mesir, sure diorang suka ya amat. yumm yumm..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni mesti angkara anwar

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau disuruh tv3 suku kira...mungkin jawapannya lebih kurang 30 ribu ekor

laksamana sunan said... Best Blogger Tips

sume ni 1 bentuk pengajaran wat kite sume ttg kekuasan ALLAH belaka..dlm al quran ada di jelaskan ttg bagaimana ALLAH menghantar belalang katak dn serangga lain di zaman nabi musa lagi..sesungguhnya serangga ni sume walaupun kecik tp bilangan nya byk hingga boleh mengugat kehidupan alam dan manusia..tidaklah ALLAH jadikan sume ni untuk kite menjadi kaum yg berfikir...???

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...