Khabar angin Samsung Galaxy S IV (Galaxy S4) telah lama kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu lagi. Namun, sebelum ini, hanya gambar konsep yang dikatakan Samsung Galaxy S4 sahaja yang bocor.
Kali ini, gambar Samsung Galaxy S4 terbaru sekali lagi bocor dengan gambar yang agak jelas. Pada pengamatan kami, gambar ini bukan dirakam pada peranti tetapi pada material cetakan. Gambar ini telah diperolehi daripada laman web SamMobile yang mendapat maklumat daripada kakitangan Samsung.

Dari gambar bocor tersebut, Galaxy S4 menyerupai Galaxy S3 yang berada di pasaran sekarang ini. Perbezaan ketara ialah bebutang Home fizikal tidak terdapat pada Galaxy S4 seperti mana yang terdapat pada Galaxy S3 sebelum ini. Nampaknya Samsung akan memperkenalkan Galaxy S4 dengan bebutang maya pada skrin yang membolehkan paparan skrin lebih besar.
Di samping itu, bingkai panel atau bezel di sekeliling Galaxy S4 lebih nipis dan paparan skrin juga tampak lebih besar. Tidak pasti sama ada ia betul-betul merupakan Galaxy S4 yang dikatakan akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Berdasarkan khabar angin sebelum ini, Samsung Galaxy S4 dikatakan akan dilengkapi dengan pemprosesan 2.0Ghz Quad-Core Exynos, skrin 4.99 inci dengan definasi tinggi, memori 2Gb dan kamera hadapan 2 megapiksel.

Apa yang pasti, Galaxy S4 tidak akan diperkenalkan semasa pameran Consumer Electronic Show (CES 2013) 3 hari lagi. Menurut SamMobile juga, ia mungkin akan diperkenalkan pada bulan April 2013 berdasarkan gambar jemputan acara Samsung Mobile Unpacked 2013 yang akan diadakan di Pyeongchang, Korea. Apa pendapat pembaca? Adakah gambar ini merupakan Galaxy S4?
p/s : Tak larat nk kejorrr...
Sumber : Here
6 comments:
1st..hahaha
IDK...
bukan bulan April 2013 la admin, tapi bulan mac, 4 haribulan (March 4, 2013)
Samsung peniru! Wahai peminag Samsung tngk ni ah! Ni bukti nya Samsung tiru Apple!
niat nak beli dari S2 lagi... tapi tunggu ada lagi best, ada lagi best... tak larat lah den...
Ad yg kne saman lg ni..haha
Post a Comment